Saturday, January 1, 2011

1111



1111
01012011
1 Januari 2011

Ye, harinih dh masuk tahun baru
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk bernafas
Masih diberi peluang utk membetulkan diri
Terima kaseh ya Allah

10 minit yang lepas telah msuk satu sms
Daripada Fatah
Dia mengucapkan Selamat Tahun Baru Sayang buat sy :)
Dan telah meminta sy utk menulis ttg detik perkenalan kami
Which i have already think about of writing it at my previous entry

Okeh.
Sy akan tunaikan hasrat dia
Walaupun hakikatnya cerita yang akan sy tulis bknnya cerita yang mempunyai pengawalan yang cantek
Sebab kisah kami masing-masing bermula dgn sebuah tragedi
Namun kami laluinya dengan perasaan yang semakin bahagia
Terima kasih cinta :)

Bermula kisah pd tahun 2009
Tarikh terperinci ialah pd 26 November 2009
Dia tinggalkan sy, Kamal (bkn nama sebenar) telah tinggalkan sy
Atas alasan dia mahu kami berpisah buat seketika krn dia perlu menumpukan pd komitmen kerjaya dan keluarga
Pd mulanya sy akur shj walaupun hati terlampau pedih tak terkata
Akibat Kamal tidak mahu membalas apa-apa panggilan ataupun msg dr sy
Sy mula mencari jalan utk mengetahui hal sebenar dari adeqnya

Dan bagai kaca pecah berderai, sy mendapat tahu Kamal sudah punya teman wanita lain, Aidah (bkn nama sebenar)
Semakin luluh hati sy bila mendapat tahu sudah lebih seminggu Kamal mengenali Aidah dan kerap keluar bersama
Sejuta kali nombor Kamal sy dail, namun tak pernah sekali pun berjawab
Sejuta kali mesej dihantar hanya utk mendengar perkara sebenar drp mulutnya sendiri, juga tak pernah diendah
Jatuh terduduk, terasa badan seperti tiada tulang, lemah selemah-lemahnya sy ketika itu

Dia bermain kayu tiga di belakang sy
Sedangkan saban hari sy mendoakan kesejahteraan dia dan kerjayanya, begini pula sy diperlakukannya
Dari seorang kawan mengatakan yang Aidah sendiri telah diberitahu yang Kamal sudah pun berpunya kekasih hati, tetapi tidak diendahkan oleh Aidah
Betapa luluhnya hati perempuan ini apabila mengetahui begitu tergamaknya seorang perempuan sanggup melakukan hal sedemikian kpd perempuan lain

Bermula dari tarikh itu, hidup sy menjadi tunggang langgang
Segala kerja, segala perkara tidak dapat sy lakukan dgn betul
Airmata lah yang banyak menemani sy
Mujur juga sy punya kawan-kawan yang byk membantu sy, memulihkan sy
Sy memulakan perjalanan tahun 2010 dgn penderitaan dan kesedihan
Berbulan-bulan sy meratapi pemergian dia
Sehinggalah pada suatu hari pada bulan Februari, Kamal mencari sy semula
Ketika itu sy sudah mulai menerima hakikat yang dia bukan milik sy, tetapi dia hadir.
Dia kata Aidah menipunya
Aidah dtg dlm hidupnya hanya utk mempermainkannya
Hanya utk membuat kekasih lama Aidah cemburu
Kamal merayu, menagih cinta sy semula

Dan ketika sy mula mahu menerima kehadiran Kamal, Aidah pula dtg tiba-tiba melalui Facebook sy merisik khabar tentang sy
Dia meminta maaf dan pelbagai alasan dicipta bagi menagih kemaafan
Dan memberitahu Kamal juga sedang menagih cintanya
Alanglah bodohnya sy seringkali ditipu oleh lelaki tak guna ini
Sejak itu saya dan Aidah sering bertukar khabar
Sehinggakan satu hari Aidah menelefon sy
Dia katakan hubungan bersama kekasihnya sedang dilanda masalah
Setiap kali hubungan bersama kekasihnya dilanda masalah, Aidah akan mencari sy utk mendapatkan jalan penyelesaian
Kawan-kawan selalu bertanya, "Tidakkah kau merasa marah pd Aidah? Tidakkah kau sepatutnya dendam yang kau tujukan buat Aidah?"
Namun setiap pertanyaan itu hanya dibalas dengan senyuman
"Untuk apa aku berdendam pd org yang mahu berbaik dgn kita?"
Pada ketika itu, sy sama sekali tidak mengenali kekasih Aidah
Tetapi drp cerita-cerita Aidah, kekasihnya tentu bertuah memiliki Aidah krn Aidah seorang yang cantik
Jika tidak, masakan Kamal sanggup memutuskan hubungan kami yang tiada sedikit pun masalah krnanya

Suatu hari Aidah menelefon dgn suara yang amat cemas
Dia gelisah
Dia kata hubungan bersama kekasihnya sudah pun berakhir
Bermacam-macam nasihat sy beri kepadanya agar dia dapat bersama si kekasih semula
Kerana sy tahu betapa sakitnya perasaan ditinggalkan cinta
Sy lebih merasa bebannya, dan sy tak mahu Aidah merasakan beban yang sama

Pada suatu hari dalam bulan Julai
Sy mula menyelongkar Facebook kekasih Aidah
Pd masa itu sy benar-benar berniat mahu membantu Aidah kembali kepada kekasihnya
Sy pergi ke laman sosial Facebook Aidah
Sy klik nama kekasihnya yang ketika itu telah beberapa bulan sudah memegang title bekas kekasih Aidah
"Oh..Fatah Hebat namanya. Tapi sebelum nih nama dia lain, nama dia ada kaitan dgn bola sepak. Pernah jugak nama dia ialah Fatah Yang Baik"
Sy tersenyum mengenangkan sebenarnya sudah beberapa bulan sy selalu mengintai-intai laman sosial bekas kekasih Aidah ini.
Sy sendiri tak tahu mengapa selalu benar sy melihat-lihat Facebook lelaki bernama Fatah ini
Tidak pernaj terlintas ketika itu bahawa suatu hari nanti akan berlaku sesuatu di antara sy dan lelaki ini

Suatu hari pada bulan Julai
Pada 22 Julai, jemari sy terasa ingin menaip private msg ke Facebook Fatah
Pd ketika ini tujuan sy hanyalah satu iaitu mahu mengenalinya HANYA utk mengembalikan Aidah kepadanya
Namun dari satu msg ke satu msg dgn menggunakan alasan utk menjadi customer Herbalife, kami mula berbalas msg di Facebook
Dan akhirnya membuatkan sy percaya utk melepaskan nombor telefon sy kepada dia
Lama juga jarak masa antara tarikh sy memberikannya nombor telefon dan hari dia benar-benar berani utk menelefon sy
Maka disitulah bermulanya kisah kami, kisah rindu kami, kisah cinta kami :)

Aidah, Bagaimana dgn Aidah...
Ye..kamu semua betul. Dia sgt marah apabila mengetahui hal ini
Pelbagai kata-kata kasar yang dia lemparkan pd sy sedangkan ketika itu sy masih tiada apa-apa hubungan dgn Fatah
Kami cuma berkawan baik ketika itu
Dan Fatah sendiri beritahu yang dia sudah 3 bulan berpisah dgn Aidah
Dan Aidah tiada apa-apa hak ke atas dirinya
Aidah tidak berhak mengatakan sy merampas Fatah dr dia krn menurut Fatah mereka sudah lama tidak ada apa-apa hubungan
Aidah...Jika dia masih boleh berfikir...Tidakkah dia merasakan yang ini KARMA
Bagaimana dia dlu merampas terus Kamal dari sy dengan sengaja
Manakala pd kisah sy pula, Fatah yang mengejar sy dlu
Agak sukar mulanya sy mahu menerima Fatah walaupun sy tahu Fatah bukan milik sesiapa tetapi sy masih fikirkan perasaan Aidah
Tetapi Aidah terus menerus mencaci sy..
Alangkah sedihnya sy ketika itu...
Namun setelah pelbagai rintangan ditempuh bersama-sama Fatah, dgn setiap kata-katanya, dgn setiap semangat yang dibawanya buat sy, sy berjaya mengharunginya

Dan akhirnya pada suatu malam pada tarikh 6 Ogos 2010, pertama kali Fatah mengungkapkan rasa cintanya kepada sy
Dan masa tu sy menerimanya dgn hati yang terbuka
Dia juga menerima segala hitam putih diri sy
Dia sanggup terima sy seadanya
Itulah dia, kelebihan yang Fatah ada berbanding dgn org lain
Fatah yang sentiasa buat hidup sy dipenuhi dgn senyuman dan kegembiraan

Pada tarikh 1 September 2010 ialah tarikh keramat di mana di sinilah bermulanya kisah pertemuan kami dari mata ke mata terus turun ke hati
Perhentiaan Bas Shahab Perdana, Alor Setar menjadi saksi pertemuan 2 jiwa ini
Dan pada 4 September sy mendapat hadiah pertama daripadanya
Sejambak bunga ros merah idaman sy !
Tidak pernah ada seorang lelaki pun sebelum ini menghadiahkan sy bunga walau sekuntum
Hadiah yang bkn shj romantik, tetapi juga disertakan bersama sebuah kejutan (KLIK SINI utk baca)

Seterusnya pada 5 September 2010, iaitu hari lahir sy yang ke 23
Dia menghadiahkan sy sebiji choc cheese cake!
Juga disertai dgn sebuah kejutan. Oh, sweetnya ! (KLIK SINI utk baca)
Dan hari ini jugalah sy dapat bertemu ibu (ibu Fatah) buat pertama kalinya :)
Ibu sgt manis orgnya dan sgt ramah
Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn lancar

Akhirnya pada tarikh 16 September 2010
Fatah telah dtg bertemu keluarga sy
Walaupun bukannya datang secara formal, hanya dtg sebagai alasan utk datang beraya
Namun tetap juga perlu disanjung keberaniannya utk bertemu keluarga
Bukan senang dan bukannya dekat jarak Alor Gajah - Banting itu..
Melaka dan Selangor bukanlah suatu jarak yang sekangkang kera
Memerlukan pelbagai perkara jugalah utk sampai ke sini, ke teratak usang sy nih

Dan begitulah kisah kami seterusnya sehingga kini
Fatah masih sweet spt dulu
Tidak pernah berubah, tidak pernah berkurang perasaan cintanya pd sy
Dan begiu juga sy
Alhamdulillah, sehingga kini kami masih bertahan
Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan suatu masa nanti, InsyaAllah, Ameen

So kpd Fatah dah kawan-kawan semua, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 ye
Semoga semuanya baik-baik shj utk tahun baru yang bakal menjelma nih

Sampai sni shj nukilan khas sy sempena tahun baru 2011 ini
Diharap anda semua terhibur ^_^


Adios


3 beautiful judges:

cik nurulain said...

im crying fadh.

dulu masa fadh ckp kisah kita sama, ain xtau byk mana sama.

memang sama. tp pengakhiran nya berbeza. he must be great kan fadh. klu Aidah sggup mainkan kamal utk dptkan dia. u shud be grateful k?

:)

i havent met u yet but somehow i felt like i noe u already.

Abdul Fatah DK said...

I love U :)

norh said...

gembira melihat kebahagiaan kalian :)

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...