Saturday, December 17, 2011

RED BULL drinks caused slowly death


Credited to Aby Rad's blog .




RED BULL was created to stimulate the brains in people who are subjected to great physical force and in stress coma and never to be consumed like an innocent drink or soda pop. RED BULL is the energizer DRINK that is commercialized world-wide with its slogan: "It increases endurance, awakens the concentration capacity and the speed of reaction, offers more energy and improves the mood." All this can be found in a can of RED BULL , the power drink of the millennium.

RED BULL has managed to arrive at almost 100 countries worldwide. The RED BULL logo is targeted at young people and sportsmen, two attractive segments that have been captivated by the stimulus that the drink provides.

It was created by Dietrich Mateschitz, an industrialist of Austrian origin who discovered the drink by chance. It happened during a business trip to Hong Kong , when he was working at a factory that manufactured toothbrushes.

The liquid, based on a formula that contained caffeine and taurine, caused a rage in that country. Imagine the grand success of this drink in Europe where the product still did not exist, besides it was a superb opportunity to become an entrepreneur.

BUT THE TRUTH ABOUT THIS DRINK IS ANOTHER THING:

FRANCE and DENMARK have just prohibited it as a cocktail of death, due to its vitamin components mixed with GLUCURONOLACTONE, a highly dangerous chemical, which was developed by the United States Department of Defense during the sixties to stimulate the moral of the troops based in VIETNAM, which acted like a hallucinogenic drug that calmed the stress of the war.

But their effects in the organism were so devastating, that it was discontinued, because of the high index of cases of migraines, cerebral tumors and diseases of the liver that was evident in the soldiers who consumed it.

And in spite of it, in the can of RED BULL you can still find as one of its components: GLUCURONOLACTONE, categorized medically as a stimulant. But what it does not say on the can of ,RED BULL are the consequences of its consumption, and that has forced us to place a series of WARNINGS:

1. It is dangerous to take it if you do not engage in physical exercise afterwards, since its energizing function accelerates the heart rate and can cause a sudden attack.

2. You run the risk of undergoing a cerebral hemorrhage, because RED BULL contains components that dilute the blood so that the heart utilizes less energy to pump the blood, and thus be able to deliver physical force with less effort being exerted.

3. It is prohibited to mix RED BULL with alcohol, because the mixture turns the drink into a "Deadly Bomb" that attacks the liver directly, causing the affected area never to regenerate anymore.

4. One of the main components of RED BULL is the B12 vitamin, used in medicine to recover patients who are in a coma; from here the hypertension and the state of excitement which is experienced after taking it, as if you were in a drunken state.

5. The regular consumption of RED BULL triggers off symptoms in the form of a series of irreversible nervous and neuronal diseases.

CONCLUSION: It is a drink that should be prohibited in the entire world as when it is mixed with alcohol it creates a TIME BOMB for the human body, mainly between innocent adolescents and adults with little experience.


Friday, December 16, 2011

Ya tuhan,tolong lindungi dia :'(



Ketika ini Fatah sedang dalam perjalanan pulang dr Putrajaya ke Melaka
Dengan menunggang MOTORSIKAL :'(
Can you imagine how worried I am ? :(
I am so so worried :( Almost I cry now thinking of how is he doing out there alone :(

Hes riding a big red scooter home to Malacca from Putrajaya in the middle of the night
Oh dear Allah the Almighty, please save him from any danger :(

And guess what? Last night he only had 2 hours of sleep before he wake up at 5 am and go to Putrajaya
And he just had not more than 1 hour sleep in my car and after that, seharian Fatah teman saya berjalan
And jam 5 ptg, Fatah hantar saya balik Putrajaya and dia gerak pergi Kajang untuk settle bisnes ngan member dia pulak
Jam 11 mlm, dia gerak semula balik Putrajaya and singgah belikan saya nasi goreng ayam
Jam 12 lebih malam baru dia gerak balik ke Melaka, by his BIG SCOOTER (sorry tatau jenama tapi dia agak besar)



Berita terbaru

Fatah dah sampai Seremban, alhamdulillah dah separuh perjalanan :)
But the bad news is, kat sana hujan :( so Fatah terpaksa stop kat hentian tepi :(

Semoga everything selamat ye awak :'(

Thursday, December 15, 2011

Seoul Garden to Ombak Rindu : TQ dear


Alhamdulillah
Harini bernafas lagi di atas muka bumi Allah ini
Hari ini diberi peluang untuk bernafas dan menikmati hari yang indah sekali lagi
Alhamdulillah ;)

So harini sy kuar date dengan Fatah
Date bukan bermakna kuar dating pegang-pegang tangan pelok-pelok oh no no no..
Masing-masing dah dewasa, so kua selalunya bersebab
Harini tujuan kami date adalah untuk pergi HQ Herbalife purchase barang customer and alhamdulillah Fatah dapat untung sikit hasil bussiness dia so dia cadang nak belanja saya makan Seoul Garden
Jadi itulah antara penyebab kami keluar date today ^^,

SO around 9 am kami bergerak ke Pullman Putrajaya Lakeside sebab Fatah nak mandi
Kat situ ada Public Toilet yang macam toilet istana, selesa sangat buat mandi.
Maybe sebab itu kan Lakeside, ada macam-macam aktiviti riadah kat tasik tu and ada swimming pool kat situ thats y public shower dia amat menyelesakan.
Lepak-lepak tunggu Fatah mandi, ada main shoot-shoot tapi gambar tak dpt diupload sebab akan memakan diri sendri kerana malu
Ye ye jeh pakai DSLR tapi gamba mcm pakai camera phone. Huu
Tapi sy akan share some lah, ini pun Fatah yang amik ^^



bertolak ke HQ melalui Kajang Silk and exit Seri Kembangan and exit Tol Serdang to hiway KL-Seremban untuk masuk SMART tunnel.
Eh korang,tak perlu kut sy nak explain jalan-jalan yang kami lalu kan. Bosan betul entry tulis mcm tuh. huhu
So sampai kat HQ dalam pukul 10 am and terus straightly balik
And pakcik Fatah nih memang jenis GPS-rely so dia memang takkan percaya benda selain GPS
So ikutlah GPS kan..todddiaaaaa..JAM GILAAA ! huuuuhhhhhhhh
Gaduh-gaduh kejap pasal jalan and tau-tau dah sampai LDP betul-betul sebelah IOI MALL Puchong
Alhamdulillah. Sampai juga dalam lebih kurang pukul 1.00 ptg

So rushing-rushing cari parking masuk mall agak-agak mana Seoul Garden terletak terus cari GSC
Alhamdulillah, dapat tiket jam 2.40 pm
So gegas-gegas pegi Seoul G and bayar
Pergh ! RM 74 !! Memang takleh makan selalu
Masuk jeh terus rasa amazed by the food sebab all the stuff untuk di grill and disteambotkan bukan semata-mata raw, tapi dah dimarinate dengan bermacam jenis marinate sauce. such as blackpepper, honey, korean style, and macam-macamlah. Belum lagi bermacam jenis fish ball, squid ball, crab stick, nasi goreng, mee goreng, various flavor of ice cream, so many types of sauces (korean hot sauces really goodddd ^^), various of vegies and so on lah. TERRRbaik :D

Let just pictures tell u the stories ;)






Okeh. dah tengok?
Cuba tengok gambar bawah nih pulak.
Teka apa yang pelik. Hihi






Hehehe..perasan tak chopstick tuh pelik?
Ini adalah kerana sy tak pandai guna chopstick utk makan
And thank you to Fatah sebab modify the chopstick dengan mengikat kedua-dua hujung menggunakan plastik chosptick itu juga and tengah-tengah diletakan tisu yang bertindak seperti spring :D
So dengan mudahnya saya dpt mengepit makanan-makanan kecil atas griller. hee ^^
Sangat kreatif kan idea ni?
Hehehe

Dah sejam lebih duduk Seoul G. , perut masing-masing dah FULL TANK, baru kami blah
Terus straight pegi wayang
Oh OMBAK RINDU !!! ^O^

Mula-mula tengok memang rasa nak maki jeh direktor yang buat babak ranjang, malu I tau kat Fatah :( and kat kaum-kaum lelaki yang lain
Tapi jalan cerita dia memang drama
Tanpa sedar .....aiseh...... dah mengalir airmata dah. huhu
Terasa menusuk-nusuk kalbu bila tengok cerita Izzah ni
Tapi sgt sweet lah cerita ni sebab cinta dipupuk dari benci kepada serius romentik lah Haris ;D





Alhamdulillah , another good day today ;)
Tambah pulak semuanya Fatah yg blanje kan? ;)

Adios semua ;)

PS : Doakan Fatah selamat sampai Melaka sebab sekarang dia sedang intheway balik Melaka (waktu sekarang jam 1.00 pagi)

Wednesday, December 14, 2011

Kawan?





Lately nih kan..cepat sgt touching
Nak kata sebab datang moon, takdelah pulak
Moody tu datang ikut suka dia jeh
And lately jugak, cepat terasa dengan kawan-kawan
I always feel insecure about the people around me

Insecure means rasa macam kalau kita ada silap ngn kawan tu , dia takmau kawan ngn kita lagi
Tambah pulak dengan kawan yang banyak berbudi pada kita (takdelah byk budi sangat)
or kawan yang kita kenal dah berpuluh tahun (cthnya sejak primary)
Entahlah.

Actually dah perasan lama dah yang selama ni apa yang kita cuba buat untuk buat kitorg rapat macam sia-sia je
Sebab dia memang tak pernah amik kesah pun
Kita ajak dia g sana sini semata-mata nak bantu dia prepare barang untuk majlis dia and tau-tau dia dah pergi mcm tuh aje
Sedih. Serius sedih
Bila fikir balik, macam orang bodoh mengejar-ngejar benda yang tanak kat kita
"Muka tembok betol aku ni!"

So dengan sepenuh kekuatan dan azam tahun baru yg bakal tiba ni
Serius perangai banyak kena ubah

Satunya, tak payah nak depends ngan kawan sangat lah,
sebab kita boleh buat benda-benda tu tanpa kawan pun

Keduanya, tak payah nak amik-amik kesah dah dengan orang yang menyamar baik dan sweeet jeh depan kita. In the end of the day, we ended up crying alone, she doesnt care at all.

Ketiganya, tak payah nak buat baik sangat lahh. Nanti dah tak dpt layanan sepatutnya, menggelabah nangis-nangis depan Fatah. Kesian Fatah jadik beban dia pulak nk pujuk

Keempatnya, berhenti mengintai hidup orang lain. atau bahasa manisnya, stop stalking people's life!
Sebab life kita sendiri is away fun than others. Yeah, I love my life better than others ;). Family saya amat sporting and very supportive (abah n mak mampu nak bg keselesaan pada kitorang. keta rosak ke,roadtax mati ke,abah yg bayar. hee). And Fatah ni sgt happening and sporting ! tp dia masih menjaga batas-batas islam. ISLAMIC IN URBAN WAYs ;). Tak sukelah bakal husband yang ortodoks sangat. Tak best, tak adventurous :D. Dengan Fatah ni kalau teringin nak try makan tempat-tempat baru, teringin pegi Bangsar ke, USJ ke, PJ ke, amna-manalah dia sanggup bawa. So sy amat lah menghargai Fatah dan hidup saya yang mungkin org lain tak ada ni :)

Kelimanya, kena jadi better workers, better cikgu, kena rajin buat kerja, tak tangguh kerja, pergh..banyaklah.. sebab sy nih serius pemalehhh.. huu (LADP pun isi tangguh-tangguh walaupun due date esok. haha)

SO, apa kesimpulan daripad entry ni?
Live on your own feet ;D
INSYAALLAH ! I can make it ! :D




Fatah dan saya ke Kedah ! ^^, (vol 1)


Sepatutnya entry nih dah berkurun bertaip
Tapi malang sungguh naseb follower-follower sy kerana memfollow blogger mala hapdet spt sy..
Sorry ye guys. smoochess boleh diterima tak? :p

Okeh. Alkisahnya pd 4 Disember 2011 yang lepas, Me and my darling hav went to Kedah to find some foods to eat (??..err)
No lah..kitorg pergi Kedah sbb sy ade special meet-up with my collegemates back at my studying time
I miss them all so much !! :D

And yes ofcourse sy saja bawak Fatah jalan-jalan ke Kedah as his 25th bday present on the 2nd December
(yiks! I tak buat pun entry psl Bday dia T_T. Sory my dear..pls accept my apologies)

OK ok..cut the crap..
Skarang nak cerita sikit about the journey yang serius tak meletihkan (sbb ada orang kat sebelah boleh ajak sembang;)
Kami bertolak pagi tu which actually dah lewat, pukul 9 baru bertolak kut!  Plus tak brekfast lagi T_T
So amik mr.dear kat Precint 17 (rumah Nasriq a.k.a his friend masa study kt SAL college dlu)
So dh amik, kitorg pergi makan brekfast at Mamak Kembar P9.
Ohboy, bercinta ngn Fatah ni makan Mamak Kembar pagi-pagi memang dah jadi mcm rutin. Huu

So around 10 kitorg gerak ke Petronas P9 utk isi FULL TANK !
(WNL sure happy today sebab before this owner dia hanya mampu isi RM20 setiap kali. Hee)
So baca doa banyak-banyak, fuh kanan fuh kiri, Lets rock the road !! yeah. :D

So along the road takde ape yang spesel except gaduh, borak, gaduh, gaduh, borak, gaduh lagi T_T
Kelakar pulak rasa after gaduh boleh baik macam itu aje and sambung borak macam biasa
We took pictures along the way :)
Oh yes, forgot to tell you readers that I THE ONE WHO DROVE THE CAR THAT WHOLE DAY . Phew. Thank you for being amazed XD.

So in the middle of the journey, kitorg pit stop kat Sg.Perak
Masing-masing dah tak tahan nak buang air and Mr.dear sangat teruja dgn eskalator yang ada kat situ
Ya ya ya..masa mula-mula dulu pun agak teruja tengok eskalator in the middle of no where but now dah biasa siap boleh mengejek-ejek mr.dear lagi sbb macam orang sakai tak pernah nampak eskalator. Haha.

Along the way, what we did is only....... CAPTURING PICTURES !!
And so pathetic sebab kitorg mmg bukan pro lah bab amik-amik gambo
So tibai jelah labu. XD

Here are some of the picture. I mean LAMEEE pictures ;p














After alot of hours, we successfully managed to arrive at Sg.Petani around 2 pm
Kami singgah rumah Zirah konon nak jumpa this mummy-to-be nak amik-amik gamba suma tapi dia takde
Yang ade cuma his cute mum and her siblings, Yani, Hana and Hafifi.
So dapat singgah sekejap jelah. Hee
After that nak try cari Nasi Lemak Cinta Sayang yang super famous konon nak bagi Fatah rasa tapi keadaan kedai dah tak macam dulu
So disebabkan tak biasa tengok kedai duduk ceruk and tatau bukak ke tutup, we decide to find another foods to eat
And yes we found Pasar Malam kat area Cinta Sayang tuh jugak tapi tatau apa nama. Hee
So jalan dan jalan dapat lah tangkap 3 benda jeh kat situ sebagai alas perut iaitu

1) Tongkeng ayam goreng



2) Ini super best! sedap gila apam balik ni !



3) and last sekali air minum (takde gambar)



And after that and this and that, kitorg terus pegi ke Jitra
Sampai Jitra singgah makan dulu kat Hijrah Cafe, Alor Setar yang super best! :D
Lets check out what we eat ;)

kuetiaw kungfoo

Blackpepper chicken chop

Cheesy chickenchop





* Ok bersambung later..tak larat taip. hehehe*

Tuesday, December 6, 2011

Fatah, saya sudah terbukti serius ! ;D


Saya jalan-jalan blog atau blogwalking kat blog junior sy
and sy jumpe entry yg sangat best utk kite semua perempuan-perempuan tak single untuk di share kan :)

Ini link budak junior sy yg tersayang ni ;)
Kliklah eh..serius tak rugi ;)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BILA PEREMPUAN SERIUS DALAM PERCINTAAN



NI ENTRY TENTANG “BILA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN”
NOW KITA TGK PLAK BILA PEREMPAUN SERIUS DALAM PERCINTAAN YEA..

1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu

2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu

3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu

4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni

5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA

6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA

7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU

8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA

9.  tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu

10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU

11. cukup sekadar kamu sedar TANGGUNGJAWAB kamu kepada KELUARGA kamu terlebih dahulu dan seterusnya BARULAH KEPADA SI DIA

12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu

13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah

14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia

15. akan merasa RINDU tatkala kamu JAUH denganya

16. akan memberikan kata2 semangat bila kamu KECEWA atau BILA KELAB BOLA SEPAK KAMU TERKANDAS

17 . boleh SUPPORT KELAB BOLA KEGEMARAN kamu walaupun si dia memiliki KELAB BOLA KEGEMARAN SENDIRI

18. mempelajari aktiviti seharian kamu

19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu MENDUDUKI PEPERIKSAAN dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum MENDUDUKI PEPERIKSAAN

20. membantu kamu dengan MENGEMASKINIKAN segala bagai FAIL untuk memastikan KAMU TIDAK DIPANGGIL oleh PENSYARAH sekiranya MQA SERANG

21. memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun PADA KETIKA ITU SI DIA SEDANG BERGELUMANG DENGAN ASSIGNMENT SEGALA BAGAI

22. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu KAMU TIBA2 TERGELINCIR KETIKA BERJALAN DI ATAS LANTAI YANG BASAH

23. dengan rela hati menaip segala bagai KISAH COUPLE kamu ngan si dia di dalam BLOG

24. sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG

25. memujuk kamu dengan PELBAGAI SKILL memandangkan kamu ni KEPALA BATU

26. sedaya upaya membantu JIKA TERDAPAT SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI

27. tidak KISAH kamu nak BERKAWAN dengan SIAPA, JANJI KAMU TETAP MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU IAITU MENJAGA SI DIA

28. sabar dengan DUGAAN dalam MENANGANI PERANGAI KEBUDAK-BUDAKAN KAMU

29. sentiasa MESEJ atau CALL walau KAMU TAK REPLY ATAU ANGKAT

30. sentiasa mendokan KESEJAHTERAAN KAMU

31. BERSIKAP DEWASA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERSAMA KAMU

32. menunjukkan PERASAAN ingin MENGENALI AHLI KELUARGA KAMU

33. sentiasa BERTANYAKAN KHABAR IBU dan BAPA kamu

34. sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu

35. menyediakan BAJU MELAYU kamu atas PERMINTAAN kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA

36. membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan KUIH RAYA yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran

37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA




JIKA KAMU MENJUMPAI GADIS SEPERTI INI, MAKA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SI DIA AMAT SERIUS MENJALINKAN HUBUNGAN BERSAMA KAMU…
BERI RUANG UNTUK MENYELESAIKAN SAGALA BAGAI MASALAH DAN BUKAN DENGAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKHIRNYA MENGUNDANG KECELARUAN EMOSI….


Thank you Lyana Mahat sayang..credit to her for this entry ;)

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Taken from the blog (click the coloured words words to find out more;)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...