Wednesday, February 23, 2011

Jem ! Esok nak ngajar 3 subjek pukul 1 pg mata masih terang!

Hoho
Korg yg dah bace title sure dh nampak kan ape agaknye yg sy nk bebel dlm entry nih
Yee..betul.
Sesungguhnya entry nih di up kan utk mengisi waktu ini yg mana mata sy tak boleh tutup utk tidur
Selalunya pukul 12 jeh dah ngantuk and masuk bilek terus tido
Or else kalau tak ngantok pon sure masuk blek terus tido jgak
Tapi malam nih.........haish..mane lah pergi kebiasaan itu ye..

Esok sy ade 3 subjek nk ajar iaitu Sains darjah 6, Sains darjah 2 and BI darjah 1
Baguslah sgt kan malam nih takleh tido
Pastuh esok 1st tym nak masuk kelas diorg pulak tuh
Sbb jadual baru and mmg kitorg cikgu baru baru start mengajar esok sejak 3 minggu lepas yg mmg takde wat pape selain buat keceriaan and bersembang. Haha (byk gak lah dpt kelas relief selain drp asyik mengumpat aje)

Come on mata cmon!
Lelaplah kau mata weyhhh...
Adehla.....

Harap takdelah jadik mcm dlm kartun nih.. Ohh..mate better kau tidur or else aku tgk cte blue. Haha. Kidding! Gile nk tgk cte filem plak, dahlah esok aku AJAR DARJAH 6 WEYHH! 






PS : Actually selalunya malam before sleep akan dgr somebody says gudnite or just dgr dia say hello pun dh boleh buat ubat tidur... But tonite..........................hurm..nevermind :) Nanti lelaplah mata nih after dah letih tgk lappy ..:)

Sunday, February 20, 2011

Ziarah rumah blogger-blogger rapat a.k.a Blogwalking


As-salam

buat sume peminat blog ini (abaikan perkataan peminat tuh okeh)

Harini sy punya byk mase utk berjalan-jalan
Perjalanan sy bukan bermula dr rumah and berakhir kt belakang rumah shj ye

Ini kesah sy berjalan dr rumah sy kt Banting nih ke Putrajaya (rumah blogger Shag),
then terus ke Shah Alam (rumah blogger Deqdeq)
tak lupa jugak dalam negeri yg same negeri Selangor, sy singgah rumah blogger Iema
kemudian sy ke Pahang (rumah blogger Siti Safiyyah),
singgah jugak sy di Temerloh (rumah blogger Munna)
terus sy ke Perak (rumah blogger PuanBee)
and terus laju-laju pergi Kemaman (rumah blogger Fatin)
and my final destination is rumah blogger Pelangi

Berjalan kaki jeh beb
takde kereta-kereta ke...train-train ke...bas-bas ke..
Nak ke semua tmpt nih amik mase dalam 2 jam aje!
Hebat kan?

Inilah namenye BLOGWALKING you all..
huhu
harini sesi menjejak kawan-kawan blogger yg rapat-rapat sewaktu masih panas dan aktif dlu..
Sejak dh masuk keje nih mmg payah nak BW nih...
sorry ye blogger-blogger yg sy terlepas pandang...
Sesungguhnya saya syg korang.
Mwah

PS : I rindu cik Fatah I...:'(

Saturday, February 19, 2011

Baru 2 minggu masuk keje, tiap minggu dah balik rumah!

Peta Precint 9. The place where i spend my free time sleeping. haha! 
Tekan bagi tumbesaran serta merta :)


Malam nih malam ahad
Means esok ahad
Means kene balik Putrajaya esok
Means Isnin KERJA !! Oh.

Walaupun kerja sy best, namun sy suke duduk umah mengadap muke mak abah :)
Mcm satu rahmat tau! :)
Well...makin dekat dgn rumah makin rase homsick lak.
Maybe sbb bile kite tau kite dekat, kite makin rase nak balik, nak balik. nak BALIK!
Teruk tak perangai? haha

Bukannya sbb sekolah tak best
FUHH.. sekolah plg best sekolah saya kut...SUMPAH BEST !!!! :D
Sampai skrg masih tak mengajar lagi
Dahlah cikgu-cikgu die sempoi-sempoi..huhuu
Dpt mengajar pun dalam 20 waktu jeh seminggu..
Makcik-makcik sy yg keje cikgu dah lame pon jelesh tau! Hee..

Tapi tulah...ye kawan-kawan
Sesungguhnya sy mmg suke BALIK RUMAH
Ohh.ohh..balik kampung
Ohh..ohh..balik kampung...
Hati girang......

Hee...I suke balik Banting tau! 40 minit dh sampai Banting dr Putrajaya...suke10000x!
So korang korang korang yang tempat keje or tempat study tuh dekat dgn umah, pekata spend lebeh mase dgn family kalau korang FREE weekend tuh.
Sure mak ayah korang takkan punye rase terbeban kalau korg balik :)
Spend mase dgn mak ayah selagi ade waktu, ade peluang, ade umur yang panjang
Sebab detik and waktu takleh berulang.
Esok-esok kalau mak ayah dah takde, sekurang-kurangnya kita boleh tersenyum sbb kita dah cube curah kasih sayang and spend masa sebaiknya dgn mereka :)

Entry muhasabah diri utk semua orang
InsyaAllah.

Moral values :

HARGAILAH SELAGI ADA WAKTU. 
TATAPLAH WAJAHNYA SELAGI ADA DI DEPAN MATA
SAYANGILAH SELAGI KASIH SAYANG MASIH BOLEH DIRASA. 
JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI 
KERANA MASA TIDAK AKAN KEMBALI :)

Adios.

Thursday, February 17, 2011

Mari intai Buku Rekod Mengajar sy ^_^

As-Salam (praktikkan cara bg salam dari entry yg lepas :)

Hello sume org !!
Sehatkag? heee :D

Harinih kat sekolah still mcm biase
SERONOK dan harap akan berterusan lah perkataan seronok nih sy gunakan dalam setiap entry berkaitan life as a teacher kt SK Putrajaya 11 (2) nih . Ameen.

Malam nih nk kasik korang chance tgk buku rekod mengajar sy
As known as my DIARY lah dalam bahasa komunikasi antara guru-guru. hehe
Tak cantek, tp alhamdulillah. At least sy dapat jadikan buku nih as a part of my teacher's life :)
Kalau seorang cikgu tak bawak DIARY HARIAN nih mase masuk mengajar or terlupa nk tulis perkara-perkara yg sepatutnya ditulis pada hari tersebut cthnya aktiviti pengajaran yg akan dijalankan pd hari tersebut.
Cikgu tersebut boleh didenda RM5000. Fuh !!
So sila syg buku DIARY awak ye cikgu-cikgu :)

Okeh. Stop mumbling :)
Jumlah check out buku DIARY HARIAN sy nih :)



Okeh.
Actually tak habis hias lagi buku nih.
Muke depan tuh mcm bosan pulak kalau tgk byk-byk kali. huuu
Tapi okehlah jgak berbanding cikgu-ckgu lain kt sekolah yg balut dgn plastik jernih jeh, tak gune wallpaper lgsg.
Alah...balut dgn apepon boleh janji isi dalam baik dan hati cikgu pon ikhlas nk didik anak murid :')

Okeh korang..
Nnti ade mase cikgu Dilla menulis lg okeh :)
Mwah

Jgn Gunakan perkataan SALAM

Dipetik dari seorang sahabat di Facebook bernama Abdullah Spontan

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya
See More

Wednesday, February 16, 2011

Welcome Back DILLA! Ops. Cikgu DILLA :D

Hai kawan-kawan sekalian
Cik Fatah tersayang :D
Ohh...rindunyaaaa pd korangggg..huuuuu :')
Especially blogger-blogger...sumpah setiap hari RINDU SERINDU-RINDUNYA kt korang (sila pasang lagu Spoon tajuk Rindu Serindu-rindunya utk mendapatkan feel yg maksima. haha)

Ini minggu kedua sy bergelar guru di SK Putrajaya Precint 11 (2)
Alhamdulillah. Sekolah nih mmg best!
Cikgu-cikgu sume baik-baik (tak mcm certain cikgu-cikgu mase praktikum dlu)
Sekolah nih baru ditubuhkan tahun 2008. and masuk tahun nih baru 3 thn penubuhan. So banyak benda masih baru and mmg masih byk keje kene settlekan especially bilik-bilik khas. Cthnya library, makmal sains, makmal komputer, makmal matematik, bilik kaunseling, setor PJ dan sebagainya.
Tapi takpe, kerjasama cikgu-cikgu lain mmg mantap gile! Sayang gile sekolah nih :)

Meh nk cte psl sekolah nih :)

Inilah sekolahku syurgaku :) SKPP 11 (2)

Plg best guru besar and semua kakitangan pentadbiran mmg sempoi habes
and kak Jah (kerani) mmg sgt bekerjasama :)
Cikgu-cikgu sume ramah-ramah. Setakat sembang gosip artis mmg boleh sekepala. hehe
Pagi td jumpe kt kantin sembang psl permaisuri Aisyah yg bergosip ngn uncle Seekers. hoho. 
Toilet mmg bersih sbb cleaner sekolah-sekolah kt Putrajaya nih adelah lebeh 10 org.
Pak guard ade 7 org. Semua sekolah kt Putrajaya nih mmg dpt 7 org pak guard setiap sekolah.
Bilik guru sumpah luas! :D Meja guru mmg luas and cantek! Siap leh lekat-lekat kalendar gune jarum peniti lagi :)
Dahlah luas, siap dapt laci 3 pintu setiap meja guru :) and tong sampah setiap meja guru :) and plg best DAPAT MARKER PEN FREE bg setiap guru (tp kitorg tak g amik lagi sbb tak stat mengajar lagi :)

Ini plg best! :D
Sy hanya dpt 16 waktu mengajar jeh seminggu !!! Sains, English and PJ :D
ALHAMDULILLAH :)
Bersykur sgt sbb biasenye cikgu-cikgu lain di sekolah lain akan dpt waktu antara 20-35 waktu mengajar seminggu. Alhamdulillah. 
Sekolah Putrajaya nih mmg mementingkan kualiti :)

Rumah pon best ;)
Sy duduk kat apartmen kt area Precint 9 :)
 
 
 
Precint yg segala-galanya ada. Ada food court, ada Petronas, ada swimming pool and plg best dekat gile ngn bandar ! :D ALHAMDULILLAH :)
Walaupun duk tinggi kt tingkat 13 jauh nun di langit, tp best !
Kak Nurul best! :D
Suhana pon best! :D
Stat semalam kitorg stat masak
Brg-brg basah sume sy beli khas dr Banting sbb murah cket. Hehe.
Kuali, senduk, periuk nasi, pinggan, mangkuk, even oven and blender pon ade :) 
Lehlah blaja wat kek! yes ! :D Seronok betul hidup mcm nih. 
ALHAMDULILLAH :) Syukur pd Allah :)

And ini part paling paling paling best!
Setiap hujung minggu leh balik woo...
Dekat jeh Banting and Putrajaya.. hehehehehe :)

Okehla korang
Mwah! :D

Saturday, February 5, 2011

Online dari kampung dan kaitannya dgn rezeki posting :)

Salam

Morning all my dearie bloggers :)
All my dearie friends :)
My love, Fatah Abdul :)

Today, i had my breakfast kat kg belah mak
Sy dah ade kt umah nenek dr semalam pagi (Jumaat pagi)
So today's morning sy online kt umah nenek la :)

ALHAMDULILLAH
Rezeki sy sekarang melimpah ruah
Bermula dr rezeki posting dekat.
Iaitu di kala sume kwn2 sy mdpt posting di luar negeri masing-masing, sy pulak dpt Putrajaya which is only 40 minutes away from my home :) alhamdulillah
Kemudian sy dpt tahu sekolah sy dipostingkan iaitu SK Putrajaya Precint 11 (2) nih, ade lg 6 org cikgu-cikgu baru mcm sy turut sama dipostingkan di sini :) alhamdulillah
Kemudian sy dpt rumah sewa kt Precint 9 and its only 10 minutes away from school ! alhamdulillah
And then yesterday abah buat kenduri kesyukuran untuk sy and menunya ialah my most favorite dish, NASI AMBENG ! alhamdulillah :)
And mlm tadi kt kg pun nenek buat jamuan sikit untuk sy and sepupu sy yg selamat drp kekalutan Mesir. Nenek banje SATE ! alhamdulillah :)

Alhamdulillah ya Allah
Terima kaseh ya Allah
Semua ini rezeki drp ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Sesungguhnya sy bersyukur menjadi diri sy :)

Kalau kite sorot 5 thn yg lepas, yang mana ketika mula-mula sy mndapat tawaran belajar
Sy telah ditempatkan di tenpat yg asing, tmpat yg sgt2 jauh dr keluarga
Iaitu Kedah
Mase tuh mmg hati terlampau berat nak pergi belah utara, terasa jauhh yang amat
Namun sy terimanya dgn REDHA :)
dan 5 thn setengah yang sy lalui amat byk mmberi pengajaran hidup dan sahabat-sahabat yang nilainya tak boleh dibeli dgn intan atau permata`

Tapi org kata hidup bagai pusingan roda :)
Kalau dulu sy mndapat tawaran belajar jauh dr keluarga, cemburu melihat rakan-rakan sy kerap pulang ke kampung setiap kali tiba musim cuti
Kini sy boleh tersenyum :)
Sy dipostingkan dekat pula dgn family :) manakala kwn2 sy kebanyakannya dipostingkan jauh dr family
Ini dikatakan roda :) dan rezeki :)
ALHAMDULILLAH :)

Doakan yang baik-baik ye utk sy :)
Terima kaseh :)

Friday, February 4, 2011

Ya Allah, tempat ku pohon SEGALANYA...

Ya Allah ya tuhanku,
Tuhan sekalian alam,
Hanya padaMU ku panjatkan doa memohon segala bantuan dan pertolongan
Hanya padaMU ku panjatkan doa memohon perlindungan dan keselamatan 
Hanya padaMU tempatku bersandar ya Allah
Permudahkanlah segala urusan ku ya Allah, 
Untuk menempuh alam baru yakni alam pekerjaan ku ya Allah


Doa Mohon Dimudahkan Segala Urusan
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-
orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah
kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)


Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:



Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.

Thursday, February 3, 2011

MINTA MAAF YE KAWAN-KAWAN BLOGGER

EDISI ENTRY PENDEK AMAT


Kawan kawan yg sy sayangi, hormati, segani, rindui sekalian
MULAI hari ini iaitu 3 February 2011, sy tidak akan lagi aktif berblogging spt dulu
Sehingga bilakah sy akan membiarkan labah-labah bersawang di blog ini, tidak akan diketahui

Kerana apa..

Kerana sy akan memulakan tugas sy sbg guru di SK Putrajaya Precint 11 (2)
Dan ini merupakan pengalaman pertama sy untuk menjadi seorang guru yg berdedikasi, berwibawa, bertanggungjawab, berdisiplin, berwawasan, berCOMEL :p dan sbgnya

Sy juga akan terus senyap dan sepi selagi tiada kemudahan internet di kediaman sy di Precint 9
Mahu menyewa berukben? Oh..itu akan difikirkan kemudian
Dan jika ada wujudnya berukben tersebut pun, sy tidak boleh berjanji untuk bergiat aktif dlm dunia blogging spt dahulu
Kerana apa?
Kerana tugas guru zmn kini kian mencabarrr...
Atau bhs pasarnya..manyak keje wooo... talak sempat mahu bukak belog maa..

Sebarang kesulitan amat dikesali..
Semoga kite akan berjumpa lagi dalam masa terdekat..
Korang doa-doakanlah semoga keje sy tak banyak yek...

Korang budak-budak BLOGGER mmg the best i ever had.. ^_^
Sayang korang juta-juta... ^_^

Mwah.


Tuesday, February 1, 2011

Yeay ! Turn Strawberry shakes punye recipe pulak!

Minggu nih, sy jalani program losing weight with HERBALIFE shakes 123 mcm biasa
Cume kali ini berbeza sket sbb......

Sy beli Herbalife F1 Strawberry Flavour !!


Introducing my NEW Herbalife F1 shakes *STRAWBERRY FLAVOR*
meowww~ sedapp gile!

Lets talk about the ingredients to make it more healthier :)

Herbalife Healthy Lose Weight Programme with Healthy Breakfast 123

1) 400 ml plain water
2) 400 ml teamix
3) 250 ml strawberry shakes 

Jum check out pictures :)

 dalam blender after being blended 1 minutes

 dalam blender after being blended 2 minutes (cm same jeh kan..haiz)

in the shaker cup 0.06 seconds before kene minum. Haha! gelojoh


Perasaaan selepas pertama kali consume Herbalife F1 strawberry shakes

1) erk..die tak sama mcm shakes yg lain-lainlah. rase mcm pekat-pekat yogurt strawberry
2) heaven !!! ^O^ tapi manede shakes dr Herbalife yg tak heaven
3) kenyang sampai tengahari dowwhhh.. kan sy nk kurus, maka kenalah cari benda yang leh elak sy 
    mengintai makanan especially kalau lunch rase nk lahap ngan pinggan-pinggan sekali. hoho


Nak kurus?
Nak naikkan badan ?
Nak cantikkan kulit?
ALL IN ONE SHAKES ^_^

Tanya saya bagaimana ^_^
Your Personal Coach
hot2bpunk@yahoo.com


The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...