Thursday, August 25, 2011

Currently being addicted to

WHO DO YOU THINK YOU ARE ....


Lyrics | Christina Perri lyrics - Jar Of Hearts lyrics

3 kali bulan nih? *senyum



Bulan nih jeh dah jumpe tiga kali dengan Fatah :D
Memang awesome :)

Melaka-Putrajaya dah macam Bangi-Kajang jeh sekarang.
Huhu.
I LIKE !

Semalam kitorang jumpe lagi
And dia buat surprise yang tak bape nak jadi sebab boleh di agak :p
Sorry Fatah.. Try again next tym okeh . Hihi

SO semalam pegi mane eh?
Kitorg pegi Bangsar.
Tengok Uptown Bangsar (depan The Gardens Shopping Complex tuh)
And pegi makan kat mane lagi..kat Murni Discovery USJ lah.. :D

And the best part, Naza pun ada :)
Sape Naza? Hes my upline of upline in Herbalife yang dah lost 50 kgs ! :D
Terrrrrbaik lah :)

So and so..
Nak gitau best sebab dapat jumpa buah hati jeh semalam
SOrry lah ye kalau entry tak memberangsangkan untuk dibaca .. hee.

Thank you readers! :D

See u later :)

iklan kejap :p



Tuesday, August 23, 2011

Ustazah pun nak bergaduh?


Ya Allah..apa nak jadi dengan dunia sekarang
Orang-orang yang kita sandarkan kepercayaan untuk membimbing kita
Orang-orang yang kita hormat lebih tinggi sikit dari orang-orang biasa yang lain
Senang ceritanya, ini kisah-kisah ustaz dan ustazah di sekolah saya nih haa...

Aduh.. Apalah dapat daripada pergaduhan yang tak ke mana ni
pasal relief jeh pun kenapa nak perbesar-besarkan sehingga ke pengetahuan Guru Besar..
Ya rabbi.. apelah nak jadik ni wahai umat akhir zaman......

Melempar-lempar tohmahan ke arah orang lain
Bercakap kuat-kuat seolah-olah mahu memberitahu satu dunia akan kesalahan pihak satu lagi dan diri sendiri seperti malaikat suci tidak ada khilaf...
Alahai...apa nak jadi umat Muhammad sekalian...

Apa yang saya buat?

Hanya beristighfar dan cakap SABAR AJELA.....

Monday, August 22, 2011

Sory sayang, cikgu nak pengsan ni

Ya Allah.. mengantuk sungguh mata hari ini
Syaitan takde, iblis pun takde, so nih apa yang buat mata aku rasa berat sangat nih ?
Sape pulak yang dok bergayut kat kelopak mata kalau syaitan, iblis sume takde nih .. @_@'

Ketika kelas DSV 1 Eugenia...........

OMG ! tak tahan dah mata nihhhhhh
Ya rabbi...apesal lah mengantuk sangat nih..
Nih yang takde mood nak ajar subjek art nih.. *dahlah bukan opsyen aku :'(

Hey budak-budak, apekata korang sume buat kerja sendiri
*eh, tak boleh tak boleh..karang haru biru kelas. dahlah budak darjah 1

Hey budak-budak, apekata kita pergi library
*eh, tak boleh tak boleh...byk sgt lah pulak protokol kalau nak bawak budak darjah 1 masuk library. nak kena macam itulah, macam inilah. Dah tu kalau bising, mampus I

Hey budak-budak, cikgu bagi awak kertas lukisan, awak lukislah apa-apa yang awak suka
*hurm....macam best! tapi......tak bestlah..bosan budak-budak nih karang. Kesian.

Hey budak-budak, korang buatlah apa-apa kerja rumah yang cikgu lain bagi
*tapi..tak bestlah pulak. Macam apa jeh cara nih. Tak bagus kalau buat sambil lewa kerja yang diberi. Lagi pulak kalau itu soalan BM, manelah aku tahu wacana-wacana terbaru bahasa Melayu. Kan bahasa itu hidup, ia sering berubah-ubah.

So mengajar mcm biase jelah..
Today buat origami, origami baju
Mula-mula masa demonstrasi, okeh jeh sume dengar, diam aje duduk tempat masing-masing

Selepas aje aku bagi kat diorang kertas warna nak buat origami, hancuss.
Cikgu! Saya punya tak jadi pun!
Cikgu! Saya nak kaler merah sama ngan kawan saya!
Cikgu! Tadi cikgu suruh lipat kanan pastu?..
Cikgu! Dia amik kertas saya! Sepatutnya saya punya kaler kuning..
Cikgu!
Cikguuu!
Cikguuuuuuu !

Adeh..deh....

DIAM !!!!!!!! nak terkeluar anak tekak aku jerit macam hape

Sorry ye sayang...cikgu nak pengsan ni

Terus duduk dan membiarkan budak-budak terkebil-kebil
Mengantuknyaaaa :'(....korang buatlah macamana pun origami tuh..nak lukis ke,nak koyak ke, ikut sukelah..
Cikgu nak rehat sekejap..

The end

Such a nice quatation
Tapi kalau cikgu dah mengantuk?..


Sunday, August 21, 2011

Second Anniversary Date

Pada suatu hari, ada seorang gadis berbaju kurung kuning sedang bersiap-siap hendak ke tempat kerja
Bajunya kuning terang pucuk pisang, tudungnya juga berwarna sama dengan baju
Sedang mengadap cermin panjang paras kepala ke kaki, dia mengulas-ulas sisa bedak Pixy Tropical Beige buat kali terakhir sebelum keluar bekerja

Sebelum keluar, dia mencapai handphone
Sudah kali ke sepuluh agaknya dia melihat skrin handphone.
Namun, tiada apa-apa, wajahnya kecewa.
"hurm...dia masih marah agaknya", getus hatinya
Dengan wajah sugul, gadis pun mengambil beg laptop dan sedia keluar dari rumah
Handphone yang tadi menjadi sebab kesedihannya di pagi hari, diletakkan semula di dalam poket handbag Vincci berwarna pic gelap pemberian ibunya
Sejak menyambut ulangtahun pertama minggu lepas, perbalahan sering berlaku di antara mereka.

"ish, dah lambat dah ni !" jerit nya dalam hati sebaik sahaja melihat jam tangan di pergelangan tangan kiri.
Cepat-cepat dia mengambil kasut dan bersedia mengunci pagar rumah
Selepas menekan butang lif ke bawah, asyik-asyik gadis tadi melihat jam tangan jenama Casio hadiah daripada ibunya sebagai ganti jam tangan lamanya yang rosak.

"ting!' bunyi lif terbuka, terus cepat-cepat dia masuk dan cepat-cepat berjalan menuju ke kereta

"aiseh, dah pukul 7.21 nih.. harap-harap jalan tak jem harini"
hatinya memujuk kerana kelewatannya ke tempat kerja akan menjejaskan prestasinya nanti
60 km/ sejam, 80 km/ sejam, 100 km/ sejam, 120 km/ sejam !
Myvi Silver jenis Auto dipandu laju di Lebuhraya Putrajaya menuju ke Presint 11

Selepas 15 minit, maka sampailah si gadis ke tempat yang dituju
SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
Nama sekolah terpampang di pagar sekolah yang cantik ditemani beberapa 'abang guard' menyebabkan gadis itu memperlahankan kereta dan mengangkat tangan sebagai tanda hormat.

Terkocoh-kocoh si gadis mencari tanda nama "S.N.FADHILAH" di dalam poket handbag
Berjalan laju bagai ada anjing mengejar ke mesin perakam masa atau punch card supaya tidak merah
"fuhhh..lega kau" senyum terlihat di wajahnya.
Namun, apabila gadis mengambil handphone mengagak ada mesej yang masuk, wajahnya hampa semula
"takpela" kecewa lagi.

"Assalamualaikum cikgu Fadhilah!" tegur seorang murid tahun 5.
"Morning cikgu!" sambung rakan di belakangnya yang berbaju putih sekolah namun memakai vest merah tanda dia berjawatan pengawas pusat sumber.
"Waalaikumsalam" salam disambut dengan senyuman.

Dia menghempas badannya ke kerusi, dan bermulalah kehidupannya sebagai seorang guru pada hari itu.
Dari kelas Sains 2 Petunia ke kelas Bahasa Inggeris 1 Scabiosa, si gadis sentiasa menguntum senyuman.
Namun jauh di dalam hatinya, ada hati yang masih terluka, berdarah dan mahu sahaja hati itu menangis di dalam kelas tadi

Dari jam 8 pagi ke jam 10 pagi
Dari jam 10 pagi ke jam 12 tengahari
Dari jam 12 tengahari ke jam 1.15 petang, si gadis masih tersenyum mesra mengadap murid-murid kesayangannya
Namun tidak siapa tahu, handphone Nokia Navigator itu sentiasa ditenung setiap 10 minit sekali
Ada lah juga 2,3 mesej dari dia-yang-dinanti masuk, tetapi hanya mesej-mesej pendek yang mahukan gadis itu berehat dan menjaga diri
Perasaan hampa menyelubungi hari si gadis pada hari itu
Kedengaran suara murid-murid menjerit-jerit kerana seronok bermain telah menandakan sudah tiba waktu habis persekolahan.

"Mumu..jom kita pergi solat. Kejap lagi kelas KAFA dah"
pelawa si gadis pada seorang rakan sejawatan dengannya untuk ke surau bersama menunaikan seruan Zohor kerana setiap petang Isnin, Selasa dan Khamis di sepanjang bulan Puasa, Kelas KAFA akan berlangsung bermula jam 2 petang.

"tut tut..tut tut" bunyi mesej kedengaran
Cepat-cepat si gadis menyeluk handbag melihat handphone
"Awak kalau tak sihat tak perlulah pergi KAFA hari ini" itulah ayat yang tertera di skrin handphone
"Jgn risau kayh, sy okeyh jeh" si gadis menaip dan menekan REPLY pada paparan skrin

--------------------Kelas KAFA dari jam 2.00 hingga jam 5.00 ptg --------------------

"Ya Allah...leganya habis dah kerja hari ini!" berkata gadis dalam hati
Bayangkanlah, bekerja tanpa henti dari jam 7.30 pagi hingga ke 5.00 petang sememangnya meletihkan
Masuk sahaja ke kereta, handphone berbunyi lagi
" Saya kena hujan nih :("
Gadis menekan butang reply dan menaip "berhentilah kat mana-mana dulu, jaga kesihatan baik-baik. Tak pun, duduk jela kat umah"

Punat radio kereta ditekan
97.60 fm menjadi pilihan.
Lagu-lagu yang berputar di segenap kereta banyak menyebabkan gadis tersebut merindui seseorang

"tuttt...tutt..tuttt..." handphone berlagu
Dia telepon !!
"Hello..." so gadis menegur
"Awak katne dah nih syg.." terdengar suara di sebelah sana menegur
"Saya ondaway balik nih yang" jawab si gadis ringkas
"Awak kat area mana nih sayang.. dah sampai mana.."
"Saya kat jambatan yang cantik area PICC nih.." jawab gadis
"Alamak! batteri handphone habislah. Nanti saya call balik eh. Ada benda saya nak minta tolong nih"
"Okeyh yang"
klik! bunyi handphone dimatikan.

"tut..tut.." Kedengaran bunyi mesej
" Sayang, sy nak minta tlg sikit. Saya ada kat sebelah Pullman nih. Tolong bawak tuala mandi and shower gel okeyh :)"

WHATTT???!!!! Dia datang??
What a surprise ! OMG OMG OMG OMG OMG !
Suka buat surprise mcm ini kann... ya Allahhh...terkejutnyaaaa :D
Tak sangka. Tak sangka. Tak sangka !!


Dia berpura-pura dingin selama beberapa hari ini sebab dia nak buat surprise nih ?


Oh..sy sesungguhnya cair.. macam coklat Cadbury bila letak dalam oven jadi cair secair-cairnya :')

I LOVE YOU FATAH !! :D

Ya Allah...dengan sesungguhnya aku bersyukur dipertemukan oleh MU kepada dia :') *menangis
Myvi dipandu memecah kesunyian petang
Ke mana?
Kalau tadi niat asal mahu pulang ke rumah, tapi selepas satu panggilan yang mengejutkan dari dia, gadis bertukar arah ke Pullman Resort and Spa

Sesampainya si gadis di Pullman, matanya tak habis-habis melilau kanan dan kiri takut-takut orang yang ditunggu telah tiba
Tudung yang tadinya senget, mula dibetulkan
Dibukanya handbag dan cuba mencari kotak putih Pixy lalu disapu serbuk-serbuk coklat bedak ke pipi yang tadinya agak berminyak

Selang beberapa minit kemudian, terlihat oleh si gadis skuter besar merah brand Modenas
"What?? Fatah naik moto datang Putrajaya from Melaka ??? Ish..risaunya...ada keta napelaaaa tak naik ketaaaa" getus hati si gadis penuh dengan kerisauan.
Senyuman di hulur ke luar tingkap mengadap ke seraut wajah yang dirindu

"Awwaaaakkkk!!!!! eeee..jahattt... nape buat surprise mcm nih. Ish..sweet sgt lahh... Ohhh..selama nih dingin sebab surprise ini ke.. SWEET !"
Melompat-lompat si gadis di hadapan lelaki yang ditunggu.
"Hehehehe... sayang awwak punya pasal kan.. " ujar Fatah.
Senyuman yang dikuntum oleh si gadis tidak lekang dari saat Fatah memberitahu tentang kedatangannya SECARA MENGEJUT ke Putrajaya tadi

Setelah selesai semua urusan mandi dan persiapan diri, Fatah membawa gadis ke Taipan, USJ
Mereka berbuka puasa di MURNI DISCOVERY Taipan, USJ dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang :)
Malam yang sangat indah walaupun tenggelam timbul bunyi cengkerik di sebalik hiruk pikuk kota
Namun semuanya kelihatan sangat indah dari pandangan si gadis



Senyuman gadis terus-terusan meleret sehingga esok..

dan hari-hari seterusnya..... :)


Sunday, August 14, 2011

Its been like years.. or did I ?

Weeellllll........
I guess i am abit late to tell u bloggy
that I have gone 1 year in relationship with my dearest Fatah
Yeah.. tak sangka dah setahun..
because I still feel like yesterday we just started the 1st conversation and say love:).

What do you get for your 1st anniversary?

Well..since our 1st anni falls on fasting month, so what can we do is finding good place to break the fast together.
We dont want to have wayang ke..dating-dating kat taman ke..because it is fasting month.
No matter what, we have to RESPECT THE MONTH :). Bulan yang penuh dengan BARAKAH :))
So I drove off to Malacca and stayed at my friend's house at Parit Melana and Fatah will pick me up there and brought me somewhere to eat.

Is that is? Only that?

Not only that actually.. We planned to break fast together for twice so the second time would be at my place at Putrajaya.
But we didnt pick any date yet as Fatah has business to run in Bazar Ramadhan so we have some problems about picking a date.
And yeah, I did gave him a keychain with my name on it and a cellphone kit with his name on it.
Both are HANDMADE :).
I sewed them myself okeh (dibawah jagaan & tunjuk ajar kawan yang profesional lah. hehe)

Do you have any pictures of your 1st anniversary celebration?

Yeah, I did. I upload okeh bloggy :).









Hahahahaha. Kedai biasa-biasa jeh. Tapi outfit bajet Fatah bawak pegi makan hotel.
Huhu. I am just ready with the outfit.
Kate pun he wanna give me surprise, so I guess its really a surprise lah XD
Tapi kan..the food is seriously SURPRISING !! Sumpah sedap! :D
Thank you Fatah :)

Sakit nak demam dan MONJONG

wuuu...
badan tak sihat
tak sukaa...
sebab sume benda tak berselera jadinya
nak shakes pun tak dapat telan banyak-banyak sebab shakes guna air sejuk
(guna air tak sejuk tak best :( )

Well..im home now..
Hujung minggu nih spend kat Banting a.k.a umah mak abah
Last week tak balik so dis week balik lah :)

And next week mak dah siap-siap gitau suruh balik sbb sabtu mak abah nak monjong*
Yang bestnya tahun ini abah nak monjong sate (included nasi impit, kuah kacang and timun) dan jugak popiah. and I can say the best popiah in town abah dah tempah utk monjong kali ini :)

Last year abah monjong nasi ambeng.
Nasi ambeng nih kami tak masak sendiri, kami tempah jeh dari orang kampung kat sini.
Mak abah kalau buat makan-makan sure tempah sebab tak larat nak masak plus boleh juga bagi untung pada orang kampung nih sempena bulan baik nih :)

* monjong ialah adat org Jawa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan. Kami akan berkumpul satu keluarga utk sama-sama masak and agihkan juadah masakan pada sedara-mara dan orang kampung dalam bentuk bungkusan yang akan diagihkan sebelum masuknya waktu berbuka.

Taken from uncle Google. Lebeh kurang mcm nihlah bungkusan2 monjong yang nak diagihkan kat suma org tuh :)


So today I have not planned yet where should I break my fast
Since now, I planned to have my break fast at Putrajaya.
But if my mum and dad allowed me to go back after 8 pm, so I guess I'll stay :)

Until my next entry. daaa ^^,



Tuesday, August 9, 2011

Titik titik titik

Sedih

Itu perasaan aku sekarang......
*bergenang-genang

Entahlah
apa akan jadi depan-depan nanti
aku cuma mampu harap
moga eloklah pengakhirannya nanti
pengakhiran ku bkn pd takat mati
tp sampai syurga ku berharap ianya abadi

aku cuma hamba
aku hanya menurut segala caturan hidup yang ditentukannya
soal semuanya aku serahkan pd dia yang ciptakan aku
moga seperti yang aku harapkan
bukan sekadar mimpi dalam kotak angan

Sedih.

sinonimnya dengan airmata
disukat mungkin sudah jadi lautan agaknya
rentetan jiwa yang luka di dalam
tidak mahu ku biar sesiapa pun tahu
luka yang boleh sembuh sendiri
ku biar ia kering dimamah angin
nanti-nanti okehlah tuh, hatiku memujuk :')

Ya lah.
aku perempuan yang dijadikan dari tanah liat
sentiasa ukiranku tidak sempurna
namun aku cuba berdiri sesempurna ukiran kaca
supaya tak tampak cacat cela dan bucuku melukai hatinya

sekeping hatinya......adalah nyawaku

Thursday, August 4, 2011

Saat Paling Gembira Bulan Ramadhan pabila............................











pabila tiba masa BERBUKA lahh..
apo laiee.... hehehe.

sekarang nih pun ketika entry ini ditulis,
dah macam ada orkestra tak berbayar jeh dalam perut nih
bunyi gendang, bunyi trumpet, bunyi gitar, bunyi gong, mcm-mcm bunyi ade nih haa

So dikesempatan ini nak ucap lah

SELAMAT BERBUKA PUASA YE KAWAN-KAWAN

maka lengkaplah sudah puasa kita 4 hari ye :)
Alhamdulillah :)

Malam ini jangan lupa berterawih ye kawan-kawan..hee :D

PS : sy shakes Herbalife jeh buka nih.. :) bukan macam kat bawah nih yek..

Ape beza Melaka dengan KL yg OBVIOUS?

Semalam bukak-bukak FB jeh terus terjah notifications
Tengok-tengok ada banyak stetmen adik post kat wall
So terus terjah wall


Adik post kata ada  surprise abah sy nak bg hujung minggu nih kt umah
So ingatkan surprise apelah kan..
Ingatkan dpt Blackberry free ke ape kee..
Tapi ... :'((((

Perbualan pagi tadi dengan abah di talian Celcom akibat sgt tidak sabar untuk tahu 


Sy : Assalamualaikum
Abah : Waalaikumsalam
Sy : Abah busy ke
Abah : Abah baru smpai ofis nih kak. Pekabo?
Sy : sihat, alhamdulillah. Abah sehat ke?
Abah : sihat, alhamdulillah. Haa..kenapa call pagi-pagi nih, takde kelas ke?
Sy : Ada...tapi hujung-hujung nanti. Abah, apa yang adik cakap surprise nak gtau *excited okeh, muke senyum-senyum
Abah : Surprise? *gelak sinis. Akak nak tau ke?
Sy : Yelah. Takkan pasal kes saman kereta yang harituh kut..
Abah : Habis tu pasal apa lagi. Nak tau tak saman kat KL yang akak salah parking tuh harga bape?
Sy : Entah. Mcm saman masa salah parking kt Melaka kut..RM30 atau RM 50
Abah : RM250 !
Sy : Whattt????????? Mahalnyaa !!!
Abah : Tahu takpe. Lain kali beringat sikit kat KL tuh. Parking jauh-jauh pon takpelah janji tempat parking
Sy : :'(..hurmm...
Abah : Abah dah bayar...
Sy : Masuk buku 555 lah abah yee...
Abah : Okehlah...abah nak keje nih..
Sy : Okeh abah.. Assalamualaikum
Abah : Waalaikumsalam



Sedihnyaa....:'(
Terbang duit abah (tak lama lagi duit sy lah) RM250..
So nampak tak apa perbezaan OBVIOUS KL dgn MELAKA ??

SAMAN PARKING MAJLIS PERBANDARAN DORG JAUH BERBEZA
MELAKA : RM 50
KL     : RM 250 *geesh

So boikot KL !
Tanak g KL !!!
*errr...for temporary only until YES (Year End Sale :p)

Wednesday, August 3, 2011

Sape kate jadik cikgu senang?????!

Assalamualaikum

Buat semua yang membaca :)
Maceh manyak-manyak kerana sudi singgah ye :)

Today punye entry adalah efek pd 4 kerja yang sy buat dalam satu masa

1) Core bussiness sy : cikgu
2) Topup kehadiran guru yang tidak hadir bagi sesi KAFA petang (kelas agama)
3) Guru tuisyen malam bagi subjek Sains (dari 8.00 mlm - 10.00 mlm)
4) Herbalife distributor

Dah baca?
Korang rase mcm kacang jeh eh?
Kejap
Kejapp
Nak bagi dalam bentuk jadual pulak. huu


Haa.. Sila ramai-ramai tengok jadual sy minggu lepas
Mujur bukan dlm bulan RAMADHAN yang mulia
Jika tidak memang terawih ke mana, letih berganda-gandaa..
Huuuuuuuu

Sape yang masih nak kata kerja guru tak letih, MAI HABAQ CEQ
Mai ceq pelangkung kepala :p

Okeh dokie semua :)

See u in next entry :)

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa Semua Blogger !!! ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada semua blogger yang disayangi :)
Readers yang setia menunggu loading internet utk papar ruang blog ini :)
Terima Kasih diucapkan :)))

Kerana sudi singgah di teratak ENDLESSOFSTORY yang bersawang ini. :p

Di kesempatan ini, ingin sy mengucapkan,

Selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan :)

Semoga segala amalan puasa kita diterima dengan sebaik-baiknya oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.
Dan semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik drp tahun-tahun sebelumnya :)

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...