Friday, December 31, 2010

Tutup tirai 2010



Satu persatu bloggers update entry psl kebangkitan 2011 esok
And sy terus baca dari satu belog ke satu belog tentang pengisian mereka
Kan sy nih kaki penyibuk hal hidup org lain :p
So mmg dah hobby keje asek stalks blog orang tanpa tinggal jejak. *keji kan? hehe.

So and so, tibalah giliran sy pulak nk share cerita sy sejak Janurai 2010 sehinggalah 31 Disember 2010 yang sy rase lebeh byk duka dari sukanya
Hehe..unsur saspen eh
Mmg saspenlah tapi serius 2010 bukan tahun yang baik
Walaupun sy ditemukan dgn FATAH TERSAYANG pd tahun nih, tapi kebahagiaan nih tak cukup nak mengubati segala kisah-kisah sedih sy spjg thn 2010 nih

(Fatah sayang...sorry ye...bukan nak mengimnbas kenangan lame, cume nak tulis sbg ingatan di masa hadapan)

Sy mulakan tahun 2010 dgn sejuta kesedihan dalam hati
Sy mulakan tahun 2010 dgn kesedihan ex sy curang pd perempuan lain
Selama nih, segalanya sy korbankan demi dia, wang, masa, kasih sayang, rindu, kawan-kawan dan sbgnya.
Tapi bila dia keje, semuanya mcm takde nilai pd mata dia
Mcm tuh aje dia tinggalkan sy. Terkapai-kapai.
Call langusng xnak angkat, mesej langsung xnak balas
Korang bayangkanlah, dahlah kami jauh dia di Negeri Sembilan sy pulak Kedah.
Mase tuh kalau gile sy dah satu tahap lagi nak gile
Kawan-kawan byk bantu sy bangun smula
3 bulan hidup sy bagai mayat bernyawa
Hanya tuhan yang tahu

Rentetan dari peristiwa hitam itulah, maka bermulalah segala kisah hitam dalam hidup sy
Sy mudah jatuh cinta
Bukannya jatuh cinta yg serius, tapi cume nak mengisi kekosongan dan kekecewaan dalam hati
Hidup sy tunggang langgang sepanjang tahun ini sehinggalah sy bertemu Fatah :)

Pointer sy pd semester 7 jatuh merundum
Praktikal sy kat sekolah sucks!
Sy menjadi bualan guru-guru di sekolah akibat sifat sy yang dikatakan sombong, tidak bertegur sapa dgn guru-guru lain, hasil tugasan sy teruk, rancangan pengajaran & pembelajaran sy utk murid-murid kabur dan sebagainya.
Guru pembimbing sy yang sepatutnya menjadi org plg rapat dgn sy telah jadi spt musuh dalam selimut dgn menenggelamkan sy dgn pelbagai komen-komen negatif disebarkan ke serata sekolah.
Pada masa nih hanya redha dan sabar aje pd ketentuan Allah
Sy bukannya sombong atau berperilaku buruk, cumanya fikiran sy kacau dgn hal cinta sy yang bodoh tuh dulu
Satu cerita yang sgt bodoh lagi menyesalkan aje bila difikirkan semula. Haiz.

Dan setelah segalanya berlalu, barulah kawan-kawan sy sorg demi sorg dtg bercerita mengenai keburukan ex sy
Mereka sblm nih tak sampai hati nk beritahu sy tentang keburukan ex sbb mereka lihat sy sungguh gembira dgn hubungan yang bodoh itu.
Itulah, org kate cinta tuh buta. Tapi sebenarnya kite yg BUTA bkn cinta

And adelah jgak beberapa lelaki yang datang dan pergi dalam hdup sy sekadar utk mengisi kekosongan hati
Sy beri harapan lalu dgn serta-merta sy musnahkan.
Mungkin sebab dendam. Mungkin sbb sy tak berjumpa dgn apa yg sy cari.
Dan juga adelah beberapa peristiwa sy dipermainkan. Titik hitam di atas tompokan yg sememangnya hitam.
Dan mmg setiap apa yang jadik telah membuat sy makin membenci diri sy sndiri

Sehinggalah pada suatu hari sy bertemu dgn seseorang bernama Fatah :)
Kisah sy bertemu dgn Fatah pun agak menarik, kan sayang? :)
Kisah yang bila korang dgr korang hanya akan sebut sau perkataan, KARMA !
Kalau korang nak tahu sila menyatakan "MAHU DGR KISAH CINTA AWAK" pd ruang komen yang disediakan..and akan dibawakan kpd Fatah utk meluluskannya. :)

Mula-mula susah juga nak terima Fatah nih
Tapi hasil usaha kawan-kawannya yang hampir setiap hari mmberi petunjuk-petunjuk yang menyatakan kebaikan Fatah pd semua org maka hati sy makin hari makin tertarik.
Namun dalam pd itu sy juga harus berhati-hati takut pisang berbuah 2 kali
Dan dari hari ke hari dia buat sy kembali sihat dr sakit yang telah lama tiada pengubatnya
Dia bawa diri sy kembali ke bentuk asal
Dia mengembalikan Dilla yang dulu ceria dan selalu happy
Dia menjadikan Dilla yang serba tak kena hidupnya kpd Dilla yang boleh tersenyjm walaupun byk masalah melanda :)
Dialah segalanya skrg slps Allah dan keluarga sy
Fatah juga telah dtg ke rumah sy dan atleast supaya mak abah sy tahu dgn siapa sy berkawan
Namun soal jodoh kami serahkan segalanya ke tangan tuhan
Kami akan terus berusaha berdoa dan berharap semoga segalanya berjalan dgn lancar
InsyaAllah. Amin

So skrg sy ingin menutup tirai 2010 ini yang penuh dgn sejuta cerita sejuta airmata yg sebenarnya membuatkan diri sy lebeh matang, lebeh bijak menguruskan diri
Manusia belajar dr kesilapan dan sy akan pastikan yang kesilapan lalu tidak akan berulang
Semester 8 telah sy habiskan dgn jayanya dan pointer sy alhamdulillah kembali stabil
Dan akhirnya sy berjaya menamatkan pengajian 5 tahun setengah sy di IPG setelah sekian lama
Alhamdulillah
Ini semua berkat doa Mak Abah dan seluruh ahli keluarga sy, Terima Kaseh daun keladi :)

Selamat Datang 2011 !!
Semoga tahun 2011 menjanjikan sejuta lagi kisah yang baik-baik shj buat sy dan tahun yang akan menjadi saksi bermulanya kerjaya sy sbg seorang pendidik kpd anak bangsa.
Sayalah guru. Tetapi sy bukan lagi lilin yang membakar diri utk menerangi org lain, sy skrg lampu moden yang menerangi semua orang dgn cahaya sy yang tidak akan habis tak spt lilin.
InsyaAllah.

Gambar-gambar sekitar tahun 2010 ^_^
Mereka-mereka yang membawa kegembiraan dalam hidup sy















0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...