Friday, December 10, 2010

Konflik dalaman

Salam
To all bloggers, readers, SAYANG :), and all beloved stalkers

Sorrylah kalau ada regular-regular readers yang suka baca blog nih
Lama rasanya sy x update entry
Bukan sibuk, tapi jiwa kacau
Bukan putus cinta tapi tak tahulah sebab apa
Entahlah
Korang-korang, saya nak tanye leh tak?
Untuk sape-sape yang pernah melalui umur 24 thn, adakah life korang masih dibawah kawalan ketat ibubapa?
Means ade tak korang tak boleh keluar rumah kalau takde urusan yang betul-betul penting
Cthnya macam kalau takde alasan kukuh nak keluar atau keluar sekadar nk tgk wayang atau saja-saja jumpe kawan-kawan mak ayah korang tak bagi. Ade tak ?
Atau diorg tak bagi korang bercinta walhal korang dah pun mula nak bina hidup sendiri
Korang dah pun abeh study and tinggal tunggu surat posting penempatan guru aje
Orang lain yang sama umur dgn korang boleh hidup aman sejahtera tanpa masalah kawalan ibubapa yang amat ketat
Rata-rata kawan-kawan korg pulak ramai yang dah pun bertunang, mak ayah dah terima pasangan hidup masing-masing and siap berlambak yang dah kawen !
Tapi saya masih mcm nih ..
Selalu sgt kena kondem kalau bab cinta.. Alahh..macamlah saya tak boleh bezakan yang hak dan batil
Tak sukelah mcm nihhhh...
Janganlah samakan dgn org dulu yang kawen lambat semata-mata nak tunggu jantan bagus tip top datang dari langit..
Zmn skrg byk jantan mak oii...lelaki makin pupus..
Kalau dah jumpa seorang lelaki tapi kita lepaskan...silap-silap esok jantan yang kita dapat...
Entahlah..hari-hari kene bising especially bab cinta nih..rimaslah !


Saya agak tertekan jiwa dan raga dgn keadaan ini
Jiwa seorang yang selalu inginkan kebebasan tetapi dikongkong teruk akan menyebabkan konflik dalaman yang boleh menggalakkan pemberontakan yang teruk
Jika bukan memberontak sekarang, mungkin satu hari apabila seorang anak itu membesar dan sudah ada hidup sendiri maka kat situlah akan wujudnya dendam dan mulalah bersifat dingin dgn ibu bapa
Saya taknak jadik mcm tuh !!!! Nauzubillah..jauhkanlah ya Allah...


Memanglah kalau nak kata tanggungjawab menjaga saya masih atas mak ayah, tapi pernah tak dorg sedar yang tindakan dorg nih buatkan jiwa saya amat-amat tertekan !
Masalah dalaman nih lebih teruk berbanding kecederaan fizikal..boleh bawa perasaan benci tak semena-mena menguasai diri
Sy taknak perasaan memberontak dan mula dingin dgn keluarga menguasai badan saya

Tolonglah..sy bukan budak kecil yang perlu diikat kaki dan tangan
Saya juga macam anak-anak gadis lain perlu udara luar dari persekitaran rumah
Im already 24 !!!! Pleaselah.....

Ya Allah...tertekan sangat....
Hurm..:'(

3 beautiful judges:

norh said...

kita tak tahu apa yang terbaik buat kita.. hanya Dia yang mengetahui..moga2 diberi petunjuk dariNya..

Anonymous said...

Salam
Pertama, saya gembira sebab kita dalam haluan yang sama. Kita guru dan usia pun sama. =)

Awak, situasi yang awak lalui saya fahami. Dan saya cuba untuk berkongsi pandangan. Ambillah yang baik saja dan tinggalkan yang buruk di sini.

Awak, semua ibu bapa sayang anak mereka dengan cara yang adakalanya kita tidak fahami. Bila kita tidak dapat memahami, maka mulalah kita berasa rimas, terkongkong, ingin memberontak dan segala. Tapi mana ada ibu bapa yang menentukan keburukan untuk kita? Saya rasa, awak perlu luahkan secara hati ke hati dengan mereka. Cari masa yang terbaik dan luahkan keinginan dan hasrat awak secara baik. Buat mereka fahami naluri awak sebagai gadis dewasa yang sudah mampu berdikari sendiri. Lebih baik jika awak minta pelepasan untuk bebas sedikit demi sedikit untuk raih kepercayaan mereka. Gunakanlah segala peluang sebaik mungkin. Mana ada ibu bapa yang inginkan anak mereka andartu atau terperuk begitu sampai tua? Insya-Allah, awak pujuklah perlahan-lahan.

Kedua, hasrat ingin berpasangan dan bercinta itu normal. Saya juga punya naluri serupa, cuma, saya yang dapat kebebasan penuh pun tidak sewenangnya membebaskan diri saya. Sebaliknya, saya suka terperap di rumah. Percayalah, pada usia sekarang dengan kerjaya yang baru bermula, saya lebih berminat untuk menjengah dunia daripada mencari pasangan. Biarlah kita menikmati kehidupan bujangan dulu. Jika awak punya kekasih, mintalah dia bertandang ke rumah jika benar dia ikhlas.

Apa yang penting, berbincang seeloknya dan jangan derhaka. Saya percaya, mereka akan dapat fahami meski ianya akan lambat diperolehi. Semoga awak mencapai segala impian. Ambil segala yang tidak kita sukai itu sebagai satu cabaran atau haluan positif. Barulah kita tidak tertekan.

Maaf, panjang sangat.
=)

norh said...

:)

awak..thanks for sharing..
actually sy bukan guru, pekerja swasta..tp doesn't matter..dan sy lebih tua dari awak..
actually dlm usia sekarang ni, dah banyak yg sy lalui.. dan dlm hal percintaan, i'm not the lucky one..Allah mengetahui apa yg terbaik..nampak mcm mudah tp dalam hati, memang Dia Maha Mengetahui.. tp sy ada kawan2 yg baik di keliling sy dan mostly dah kawin.. dan dah pelbagai situasi sy lihat.. cuma dgn kerja sy yg sentiasa sibuk, sy cuba kurangkan rasa unhappy tu.. Life goes on, no matter what..be ready for the worst..

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...