Thursday, November 4, 2010

Plan A yang takde plan B




Plan A

1) Abah akan datang on 5th Nov to collect my stuff untuk bawak balik Selangor becos this is the last semester in college and get back on 8th Nov

2) AR (Action Research) sepatutnya dah dapat dari lecturer dan sekarang sepatutnya dah mula editing process tapi sebab banjir, lecturer yang handle moderasi AR tak dapat hantar pada kami lagi

3) AR sepatutnya dah siap dibackrum atau dijilidkan atau dibukukan sebelum 9th hb sebab Fatah suruh balik on 9th tuh jugak. Dia akan datang temankan balik Banting. Tapi disebabkan banjir, AR pun tak dapat lagi apatah lagi nak jilid semua 6 buku.

4) Duit kerepek sepatutnya dah dapat pada masa blog ini ditulis tetapi pensyarah yang handle duit tuh rumah beliau ditenggelami air banjir

5) Sepatutnya kami akan mula kemas-kemas dan basuh-basuh rumah sewa sekarang ni sebab nak passing kat junior kami pulak tapi banjirr...tak dapat buat apa-apa

6) Sepatutnya sekarang saya sedang study untuk final exam on 9th Nov tapi akibat banjir semuanya jadi kelam kabut


Plan B

Baru fikir plan B nih tadi sebab banjir masih tak reda.... Sedih :'(

1) Abah mungkin datang esok juga (5th Nov) dan mungkin juga lusa kalau-kalau air naik lagi. Dan sepatutnya abah akan stay hotel kat sini tapi air takde so maybe diorang duk hotel kat Penang

2) Tadi baru dapat call dari supervisor AR yang AR akan diserahkan hanya pada 8th Nov !! Lewatnyee..:(. Tapi tak boleh jugak nak blame dia sebab rumahnya naik air banjir. Kesian Puan Hjh. Noraini, takziah saya ucapkan. Beliau sendiri difahamkan sudah 3 hari tidak bekerja kerana terperangkap banjir di rumah beliau di Alor Setar. Semua jalan-jalan Alor Setar - Jitra sudah ditenggelami air.

3) Terpaksa pulang pada seawal-awalnya 12hb sebab editing process yang mengambil masa 2 hari dan penjilidan 6 naskhah AR yang mengambil masa 2 hari. Plus final exam lagi so memang tak dapat siapkan awal.

4) Duit kerepek akan diserahkan oleh Puan Asmahan pada 8 Nov akibat rumahnya juga ditenggelami air banjir. Kesian Puan Asmahan..sabar banyak-banyak ye puan. Rumah beliau di Alor Setar.

5) Tak boleh jugak nak balik on 9hb Nov sebab rumah sewa tak basuh dan tak kemas lagi. Takkan nak tinggalkan kawan-kawan jeh buat kerja-kerja membersihkan rumah yang sememangnya banyak. Tak baik pulak. Dats why sepatutnya nak kemas before 9hb Nov so boleh balik on dat date.. Tapi sekarang tak boleh daa..

6) Tak dapat study apa-apa lagi sebab busy kerja-kerja pembersihan dan pemulihan banjir. Dahlah takde air, food supply pun amat-amat berkurang. Kesian kami....

Haiz...

PS : sakit hati dgn berita-berita di media massa dan elektronik sebab KEBANYAKANNYA SIBUK SIARKAN HAL-HAL BERKAITAN PILIHANRAYA SAHAJA. Nasib kami MANGSA BANJIR nih macamana ??? Mana janji-janji kamu wahai wakil-wakil rakyat nak bela rakyat ?? Sibuk dengan hal kebajikan periuk nasi sendiri tapi kami rakyat yang lebih memerlukan bantuan di ketepikan.. RENUNGKAN-RENUNG kan lah..

2 beautiful judges:

cik nurulain said...

heyyy...terlibat gak ke dgn banjir? be tough ok? ain pun mcm lewat je nk jilid tesis ni. byk kena btul kn. relax k?

Unknown said...

CN ~ yelah sygg....siap ade gambar tau..air paras dada sexy fadh nih..hahhaha
kitorg dh setel lame dh AR..tp sbb banjir terpkse tangguh nk jilid... sedehlaa... nk balik awal...wuu :(

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...