Friday, October 1, 2010

Warkah kedua buat Fatah




Assalamualaikum

Kehadapan kakanda, Fatah, moga sihat2 hendaknya kakanda di sana

Kakanda tersayang,
sudah lama sungguh rasenye kita x bertemu muka. Bergelak ketawa, menyulam kasih sambil bertentang mata. Lebih2 lagi sejak akhir2 nih hampir setiap malam cuma tangisan dan pertelingkahan menemani perbualan kita. Maafkan saya andai kakanda merasa perubahan saya. Maafkan saya jika kakanda lelah melayan kerenah saya. Saya cuma mahu sedikit waktu dari kakanda untuk berkongsi masa yang ada bersama-sama.

Untuk pengetahuan kakanda, saya sendiri pun tidak suka dengan sikap baru saya ini. Sikap saya yang mudah menangis, yang suka berendam air mata sambil memendam perasaan menyebabkan kakanda berasa serba salah. Sehinggakan kakanda berasa saya sudah benar-benar2 berubah. Tidak kakanda. Saya tidak berubah. Malah saya semakin menyayangi dan mencintai kakanda. Saban hari hanya kakanda yang saya terkenang. Hanya kakanda yang saya inginkan. Jika dunia ini dibawah telapak kaki saya, akan saya bawa kebahagiaan buat kakanda setiap hari. Saya akan hadiahkan bulan dan bintang2 yang indah2 sahaja buat kakanda.

Kakandah, hanya satu yang saya pinta. Saya mohon kakanda supaya bersabarlah melayan kerenah saya. Saya mohon agar kakanda teruslah membimbing saya. Dalam marah kakanda itu saya tahu, wujud cinta dan rindu dari kakanda buat saya. Dalam kekerasan hati kakanda itu, saya tahu wujud satu ruang bernama sayang buat saya. Hanya saya yang kenal siapa kakanda. Hanya saya yang tahu betapa halusnya sulaman cinta dan kasih sayang kakanda buat insan yang bernama kekasih. Saya selesa beradu di dalam kekabu sulaman tangan kakanda. Saya sangat bahagia berjalan memakai sepatu buatan tangan kakanda. Saya bertuah memiliki lelaki segagah kakanda. Bukan gagah pada kekuatan, tapi gagah mengawal hasutan nafsu dan syaitan dalam melayari bahtera percintaan. Kakanda tidak mudah goyah pada sebarang ujian percintaan, malah kakanda sanggup terus berjuang mempertahankan mahligai kita. Saya bangga menjadi cinta hati kakanda.

Kakanda, saya pohon pada tuhan semoga tuhan membantu kakanda untuk trus menjaga perhubungan ini bersama2 sy. Semoga semuanya akan baik-baik saja. Amin.

Nukilan dari
adindamu...

0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...