Sunday, October 24, 2010

Bersabarlah sayang-sayangku sekalian

Assalamualaikum

Hye kawan2 dan stalker2 sekalian :)
Apa kabar kamu hari ini?
Harap semuanya baik2 saja
Adakah kamu sume sekarang sedang menghadapi masalah?
Tidak kiralah masalah pekerjaan atau masalah kewangan atau masalah pelajaran atau masalah cinta atau masalah kesihatann atau apa-apa shj jenis masalah yang mungkin timbul

Sejak akhir2 ini, ramai org2 di sekeliling saya menghadapi masalah..especially orang2 yang saya sayang..


Ketika masalah datang dan penyelesaiannya  tidak semudah yang dibayangkan, hidup kita pun menjadi terganggu.
Bagaimana jika masalah ini mengakibatkan saya kehilangan pekerjaan? atau orang lain mungkin memandang saya sebagai orang yang lemah? atau  saya dianggap tidak berguna? 

Janganlah masalah yang menimpa kita dianggap sebagai beban apalagi bencana, namun anggaplah sebagai kurnia untuk meningkatkan ilmu, amal, wawasan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. 

LA TAHZAN : Jangan Bersedih

Masalah yang datang tidak akan melebihi dari kudrat kita. Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang kita tidak dapat dipikul. Allah sayang hamba-hambanya. Masalah yang diturunkan bermakna DIA sayang dan DIA mahu hambanya mengingati DIA dan mengangkat tangan memohon pertolongan dari NYA. DIA suka mendengar suara hambanya berdoa dan menangis mengadapNYA. 

Untuk org2 yang saya sayang,
Dengarlah ini
Saya amat sayangkan awak2 semua
Dgn itu, cubalah dgr apa yang saya mahu katakan
Masalah itu perencah hidup
Janganlah awak putus asa untuk terus berusaha
Tentu ada jalan untuk awak selesaikan segala masalah awak
Allah sedang menguji kamu sayang...
Bukalah matamu dan lihatlah alam sekeliling
Mari kita kenang semula masa lalu ketika awak sedang senang
Mungkin ada yang awak tersilap di mana2 pada siapa2
Cuba gunakan masa yang ada ini untuk kita muhasabah diri kita
Allah tidak akan pernah lupa untuk mengurniakan nikmat yang banyak buat hambanya
Dan ketika hambanya semakin lalai inilah maka Allah mendatangkan musibah supaya kita kembali mengingatiNYA
Supaya kita kembali merintih kepadaNYA 
Kesusahan yang diturunkan adalah sebagai PERINGATAN
Dan the best part is MUSIBAH BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA KECIL KITA YANG LALU dgn syarat kita perlu bersabar dan dilarang merungut
Ingatlah, jika kita sedang menghadapi masalah, terdapat manusia lain yang lebih berat menanggung masalah dari kita
sekurang2nya kita ada keluarga, ada sahabat2, ada orang untuk kita bergantung dan menghiburkan kita
Ada SAYA :)

Jangan GIVE UP !
Jangan MENGALAH !
Semua orang ada masalah, dan setiap masalah PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA
Pasti ada !...
Jangan berhenti mencari ye sayang..
I ALWAYS BY YOUR SIDE.. FOR THE REST OF YOUR LIFE :)

Last sekali
JANGAN LUPE SENYUM :)


Cube baca ini.. Agak menarik :)

25 Tips untuk menghadapi masalah 

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan lari daripada ditimpa masalah. Perkara paling mudah untuk dibuat ialah mengeluh. Kamu boleh memberikan pelbagai jawapan untuk masalah kamu itu. Tetapi untuk bersyukur kamu begitu susah untuk menyatakannya. Apa kata kamu rujuk senarai dibawah setiap kali kamu ditimpa masalah. Mungkin ada diantaranya yang sesuai dengan masalah yang kamu hadapi.



1. Kamu masih mempunyai keluarga dan bukannya yatim piatu atau terbiar tanpa arah tuju..

2. Sihat dan tak perlu dibayar untuk bernafas.



3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau dan merasa makanan yang enak-enak.



5. Mempunyai kawan untuk diajak bersembang, makan bersama atau berjalan-jalan dihujung minggu.

6. Mampu bersekolah, walaupun penat mengulangkaji dan menghadapi peperiksaan.

7. Masih mampu ketawa apabila menghadapi saat yang melucukan.

8. Mampu menangis apabila melihat sesuatu yang mengharukan walaupun tiada kaitan dengan kamu. Ternyata kamu masih mempunyai perasaan.

9. Masih mampu membelikan hadiah untuk teman, keluarga dan orang teristimewa.

10. Nak menonton filem cuma perlu beli tiket, dvd atau vcd. Nak mendengar muzik boleh pergi ke konsert atau cari mp3 di internet.

11. Nak merasa masakan luar seperti cina, jepun, barat dan sebagainya cuma perlu pergi ke restoran yang menyediakannya.



12. Hidup dalam negara yang bebas perang.

13. Dapat merasa menggunakan teknologi-teknologi canggih.

14. Mempunyai bakat tertentu dan dapat menggunakannya..

15. Bebas untuk memakai apa sahaja pakaian yang kamu kehendaki.

16. Tiada orang yang serupa dengan kamu 100% dari segi rupa, watak dan pemikiran. Kamu adalah unik.

17. Dapat melihat dunia luar. Cuma perlu melancong.

18. Kamu mampu membuat orang lain ketawa dan gembira.

19. Kamu masih hidup hingga hari ini.

20. Kamu masih ada tempat untuk mengadu masalah.

21. Bila pokai hujung bulan, kamu tetap ada makanan untuk dimakan

22. Bila kamu melakukan kesalahan, masih ada orang yang akan cuba memperbetulkan kesalahan kamu.

23. Kamu bebas untuk memilih apa yang kamu mahukan dalam hidup asalkan kamu rajin berusaha.

24. Kamu hidup dizaman moden. Kamu masih boleh curi tulang atau berehat semasa bekerja dan bukan buruh yang dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji.

25. Kamu boleh membaca artikel ini. Berapa ramai orang yang tidak boleh membaca akibat kesempitan hidup. 

 

0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...