Assalamualaikum
Ke hadapan sayangku, Abdul Fatah.
Ketika warkah ini dicoret, kamu sedang diulit mimpi yang lena
Ditemani bidadari dan ku harap segalanya indah dalam rentetan cerita mimpi2 mu
Fatah ku sayang,
Tiada kata2 yang bisa menggambarkan rasa cinta dan kasih sayang yang sedang kita bina sekarang
Sesungguhnya mengenali kamu adalah suatu keajaiban
Sehingga pada suatu ketika aku merasakan yang layakkah perempuan sepertiku mendekati dan menerima pautan tangan kamu
Fatah,
walaupun usia ikatan kita baru di peringkat putik
Tetapi sudah pelbagai perkara kita tempuh sama2
Dan semuanya cantik2
Semuanya sangat indah
Semuanya hanya mimpi sahaja yang pernah membuatku ke peringkat sana
Kamu umpama mimpi indah dalam mimpi lena malamku
Seperti taman bunga yang cantik dalam realiti siangku
Fatah,
Entah apalah yang akan berlaku kelak
Apabila di suatu masa tuhan takdirkan kita berpisah
Ku harap hanya ajal sahaja tuhan bisa menjarakkan kita
Itupun jarak kita hanya pada mata bukannya hati
Kerana sudah terpatri mati namamu dalam sanubari
Biarlah kerana bah air berubah
Biarlah kerana pulut santan binasa
Kerana tidak ada apapun yang bisa merubah rasa sayang, rasa cinta, rasa rindu ini
Bahkan setiap hari ia makin manjadi2
menghimpit hati untuk segera bertemu dengan kamu sayang
Hidupku berubah dengan adanya kamu
Cintaku mekar disirami air mawar dari kelopak cintamu
Rinduku semakin indah dihiasi iringan irama rindumu
Sayangku x berubah selagi kau masih perlukan aku
Saya menyayangi kamu
bukan untuk hari ini
bukan juga untuk esok
Tetapi sampai syurga
Hugs and kissess :-*
0 beautiful judges:
Post a Comment