Tuesday, September 21, 2010

Aku harap sayangku faham




Aku ni seorang yang penyimpan kah?..
Hurm..
Memang kut...
Lagipun biarlah aku simpan..
Meluahkan mungkin memburukkan keadaan

Selagi aku boleh simpan rindu
Maka akan aku tahan sampai..entahlah..
Mestilah sampai satu masa kami disatukan nanti :)

Selagi aku boleh simpan sabar
Maka aku akan bersabar melayan semua kerenahnya, rajuknya, manjanya

Ego?
Untuk apa lagi ku menjaga ego
Kerana permata yang dalam genggaman aku skrg bukan permata yang biasa
Jadi, brsabarlah hati dan perasaan
Jika ditanya sampai bila
InsyaAllah sampai bila-bila :)

Aku simpan cinta
Cinta itu semakin berkembang
Aku suka, aku sayang, aku kasihkan dia
dan aku akan tegar MENYIMPAN semuanya
Aku mahu dia bahagia 
bukan bahagia dia sahaja
Pulangannya, aku sendiri pun turut sama akan bahagia

Pada dia, 
aku menjaga hatiku kerananya
dan dia tidak suka
Yang sebenarnya
Aku menjaga hatinya kerana diriku sendiri
Kerana dia akan bahagia bila bersamaku
dan sekaligus aku sendiri akan sangat-sangat bahagia

Jadi kepadanya..
Noktahkan segala kerisauan mu tentang sifatku yang suka menyimpan ini.
Kerana aku lakukannya bukan untuk dirimu, 
tapi untuk kepentingan diri aku juga
Harap kamu memahaminya :)

0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...