Saturday, August 28, 2010

Salah Cakap


Saya tersalah cakap pagi nih
Saya ingat dengan berahsia saya akan selamatkan hubungan saya
Sbb benda yang saya rahsiakan x jejaskan apa pun pada hubungan kami
Tapi entahlah...

Pendirian dia
baik berterus terang. baik ceritakan aje semuanya walaupun bakal menyakiti hati satu sama lain. baik luahkan saja apa yang terjadi walaupun tahu ianya salah. dalam erti kata lain baik kita jujur dgn si dia supaya si dia pun akan jujur dan cerita segala-galanya dengan kita.
Hakikatnya
hati saya sakit apabila dia terlalu jujur sehingga menceritakan semuanya yang jadi dalam diari harian dia. kadang-kadang ada sesetengah benda yang dia perlu rahsiakan demi saya untuk mengelak daripada saya kecil hati.

Pendirian saya
pada saya, jika sesetengah benda itu perlu kita rahsiakan demi untuk menjaga hati dan bukan tujuan menipu pasangan haruslah diamalkan. kadang-kadang satu-satu rahsia tuh tidak akan jejas apa-apa di dalam perhubungan selagi kita jujur dgn dia. ada sesetengah benda yang patut untuk kita diamkan demi untuk tidak melihat dia sedih atau kecewa.

Hakikatnya
Si dia tidak suka. malah saya dianggap menipunya dan kepercayaan yang diberikan semakin menipis terhadap saya. saya bukan berniat yang tidak baik atas hubungan ini, tetapi saya cuma mahu selamatkan hubungan ini biar mekar seperti biasa. mungkin pada dia saya menipu tapi pada saya sesuatu yang tidak patut dia tahu dan tidak penting sememangnya perlu dilupakan daripada isi-isi perbualan antara saya dan dia

Saya sayang awak :(




0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...