Sunday, September 25, 2011

Laptop abah boleh buat hati menangis


Macam biasa bila weekend sure balik rumah
Nak qada zaman blaja dulu balik rumah 3-4 bulan sekali sebab jarak Selangor dan Kedah tak boleh dicongak dengan jari
Selalunya weekend balik rumah sure angkut laptop sendiri sebab kat rumah ada WIFI
(kat Putrajaya guna berukband Maxis aje)
Dalam toilet pon boleh angkut, membuang sambil surf internet (ini tipu)
Tapi weekend nih macam banyak sgt benda nak bawak balik plus bawak 2 bungkus sampah masa nak turun lif
(Duduk tingkat 16 kuarters apartmen kat Putrajaya, kalau menapak hari tu jugak patah kaki)
So memang laptop kesayangan sengaja ditinggalkan memikirkan kat rumah ada laptop DELL, abah kesayangan punya, tanpa memikirkan DELL itu adalah versi lama, i mean sangat lama

Bila tangan dah terbiasa guna Toshiba ber-Windows 7 i5 mempunyai RAM dan Hardisk besar, skrin licin licau, touchpad boleh skrol atas bawah zoom in zoom out, keypad selesa ditekan dan macam-macamlah
Tapi weekend nih kena guna DELL ber-Windows XP version 2002 service Pack 2, 1.99 GB RAM and Hardisk pon kocik yo.. Yang lain-lain tu pun tradisional lagi, takleh skrol-skrol dengan touchpad.. So agak kena kerja keras di situ ketika stalking :p
(Kau compare lappy kau ngan abah kau macam lappy kau brand APPLE kan? :p)
So memang menangis lah sebab nak skrol kena tekan touchpad belah kiri
Kena tekan satu satu pulak tuh, takleh skrol sekaligus
Pastu takleh nak zoom zoom gambar FB
Skrin laptop abah pon dah kabur sebab versi lama kan, so nak kena tengok lama-lama nak pastikan itu huruf apa
Plus, laptop abah ni agak besar kalau nak banding dengan Toshiba I punya

-
-
-
-
-

Tulah umat zaman sekarang, dah biasa senang dah tak boleh dah hidup susah sikit -_-
Padahal dah cukup beruntung ada laptop bukan desktop
Dengan laptop nih bolehlah kau usung merata
Nak tengok cerita Model-model Amerika tak pakai baju boleh tengok sambil tengok FB
Nek tengok cerita orang putih yang bodoh cari pasal mencari hantu dalam rumah terbiar pun kau boleh tengok sambil kau buat blog
Cuba abah kau ada desktop jeh, hamik kau lagi menangis takleh tengok orang putih kulit penuh freckles bogel
So tak payahlah nak komen-komen kata laptop abah susah lah, laptop bole kasi airmata keluar la, kau kena bersyukur Dilla
Dengan laptop DELL abah tulah kau belajar macam-macam sejak kau takde laptop lagi
Sekarang kau dah tukar dari Acer ke Toshiba sebab Acer kau patah leher tp DELL ni tetap sama menemani abah buat kerja dia
So kat sini DELL ialah laptop terhebat !
Sebab dia berjaya merentas banyak masa berbanding laptop-laptop lain yang ada kat rumah
Kalau kira sapa makan garam lebih, DELL lah bendanya
Dia tahu kenal banyak virus-virus drp banyak era, cthnya virus Brontok yang dulu sangatlah popular
Jadi kau patut lebih seronok dan happy ketika menggunakan DELL, okeyh Dilla? :)


PS : menaip blog sambil tersenyum tapi dalam hati sedang rindu Toshiba di Putrajaya. *sigh* kau memang takkan berubah. :p


1 beautiful judges:

arituarini said...

hati menangis sapa tau...

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...