Friday, September 16, 2011

Cinta saya


2,3 hari ni asyik NGAPDET cerita serius dan emosi
Harini agak-agak nak NGAPDET ape eh

Lame tak update pasal Fatah
Fatah nih siapa?
Fatah nih pakcik saya :p
Pakcik saya yang sgt mengade :p






Well..its been a year
Banyak yang kami lalui
And ramai dah tanya bila mahu kawen
and bila org tanya rasa mau cili sama mulut-mulut org tersbut
Apa dia ingat kawen pakai daun ka deyy

Kawen itu maksudnya
1) penggunaan duit lebih hangat dari biasa
2) tanggungjawab lebih banyak dari biasa
3) skil memasak, membasuh, menjahit, menjaga, mengemas lebih hebat dari biasa
4) dulu jaga diri, sekarang jaga suami (kalau ada anak......yadeiii..manyak oo)
5) malam tak boleh tido suka hati daa
6) dan simptom-simptom selepas kahwin yang lain .

tapi semua masalah di atas tidak akan membawa apa-apa makna apabila perkahwinan itu membawa berjuta-juta kali ganda KEBAHAGIAAN dalam hidup seorang wanita :)

Walau bagaimanapun, ada lah beberapa perkara yang membuatkan kami belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri
Termasuk saya sendiri yang merancang untuk sambung master Pendidikan Sains dan proses memohon sudah pun bermula
Fatah pula sedang bertarung dengan bisnes barunya dan dia pun berhajat nak sambung pengajiannya juga
Semua program yang kami rancang dalam hidup kami ni memakan masa sekurang2nya 2-3 tahun
Kami berdua nih masih lagi CHAOS..masing-masing nak kejar karier masing-masing... so nanti-nantila ye ;)

Apapun jodoh itu kan Allah yang pegang
Kalau dia kata esok jodoh saya, maka esoklah sy berkahwin
Apa yang kami buat hanyalah berdoa dan merancang namun biarlah Allah yang tentukan

Buat masa skrg, apa yang kami harap ialah supaya hubungan kami ini berkekalan hendaknya
Moga bahagia sentiasa mengintai kami
Moga kalau ada tergigit lidah atau jari tu cepatlah kami selesaikan
Moga hubungan mendapat restu dari kedua ibubapa kami
dan yg paling pnting semoga ukhuwah antara kami sentiasa diberkati Allah SWT. Ameen :)




PS: Kalaulah macik macik, pacik pacik, atok atok, nenek nenek, tok sedara, nek sedara aku ada blog.. lame dah aku nak tunjuk entry nih bagi puas hati. Letih mengelak soalan-soalan cepuemas nih wooo..


2 beautiful judges:

ArulchelseA said...

jodoh pertmuan di tgn tuhan..

cik nurulain said...

heee. lama tak intai kau fadh. mcm jiwa kacau pun ada aku tgk kau nih. apa2 jgn lupa jmput aku tau!

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...