Bajunya kuning terang pucuk pisang, tudungnya juga berwarna sama dengan baju
Sedang mengadap cermin panjang paras kepala ke kaki, dia mengulas-ulas sisa bedak Pixy Tropical Beige buat kali terakhir sebelum keluar bekerja
Sebelum keluar, dia mencapai handphone
Sudah kali ke sepuluh agaknya dia melihat skrin handphone.
Namun, tiada apa-apa, wajahnya kecewa.
"hurm...dia masih marah agaknya", getus hatinya
Dengan wajah sugul, gadis pun mengambil beg laptop dan sedia keluar dari rumah
Handphone yang tadi menjadi sebab kesedihannya di pagi hari, diletakkan semula di dalam poket handbag Vincci berwarna pic gelap pemberian ibunya
Sejak menyambut ulangtahun pertama minggu lepas, perbalahan sering berlaku di antara mereka.
"ish, dah lambat dah ni !" jerit nya dalam hati sebaik sahaja melihat jam tangan di pergelangan tangan kiri.
Cepat-cepat dia mengambil kasut dan bersedia mengunci pagar rumah
Selepas menekan butang lif ke bawah, asyik-asyik gadis tadi melihat jam tangan jenama Casio hadiah daripada ibunya sebagai ganti jam tangan lamanya yang rosak.
"ting!' bunyi lif terbuka, terus cepat-cepat dia masuk dan cepat-cepat berjalan menuju ke kereta
"aiseh, dah pukul 7.21 nih.. harap-harap jalan tak jem harini"
hatinya memujuk kerana kelewatannya ke tempat kerja akan menjejaskan prestasinya nanti
60 km/ sejam, 80 km/ sejam, 100 km/ sejam, 120 km/ sejam !
Myvi Silver jenis Auto dipandu laju di Lebuhraya Putrajaya menuju ke Presint 11
Selepas 15 minit, maka sampailah si gadis ke tempat yang dituju
SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
Nama sekolah terpampang di pagar sekolah yang cantik ditemani beberapa 'abang guard' menyebabkan gadis itu memperlahankan kereta dan mengangkat tangan sebagai tanda hormat.
Terkocoh-kocoh si gadis mencari tanda nama "S.N.FADHILAH" di dalam poket handbag
Berjalan laju bagai ada anjing mengejar ke mesin perakam masa atau punch card supaya tidak merah
"fuhhh..lega kau" senyum terlihat di wajahnya.
Namun, apabila gadis mengambil handphone mengagak ada mesej yang masuk, wajahnya hampa semula
"takpela" kecewa lagi.
"Assalamualaikum cikgu Fadhilah!" tegur seorang murid tahun 5.
"Morning cikgu!" sambung rakan di belakangnya yang berbaju putih sekolah namun memakai vest merah tanda dia berjawatan pengawas pusat sumber.
"Waalaikumsalam" salam disambut dengan senyuman.
Dia menghempas badannya ke kerusi, dan bermulalah kehidupannya sebagai seorang guru pada hari itu.
Dari kelas Sains 2 Petunia ke kelas Bahasa Inggeris 1 Scabiosa, si gadis sentiasa menguntum senyuman.
Namun jauh di dalam hatinya, ada hati yang masih terluka, berdarah dan mahu sahaja hati itu menangis di dalam kelas tadi
Dari jam 8 pagi ke jam 10 pagi
Dari jam 10 pagi ke jam 12 tengahari
Dari jam 12 tengahari ke jam 1.15 petang, si gadis masih tersenyum mesra mengadap murid-murid kesayangannya
Namun tidak siapa tahu, handphone Nokia Navigator itu sentiasa ditenung setiap 10 minit sekali
Ada lah juga 2,3 mesej dari dia-yang-dinanti masuk, tetapi hanya mesej-mesej pendek yang mahukan gadis itu berehat dan menjaga diri
Perasaan hampa menyelubungi hari si gadis pada hari itu
Kedengaran suara murid-murid menjerit-jerit kerana seronok bermain telah menandakan sudah tiba waktu habis persekolahan.
"Mumu..jom kita pergi solat. Kejap lagi kelas KAFA dah"
pelawa si gadis pada seorang rakan sejawatan dengannya untuk ke surau bersama menunaikan seruan Zohor kerana setiap petang Isnin, Selasa dan Khamis di sepanjang bulan Puasa, Kelas KAFA akan berlangsung bermula jam 2 petang.
"tut tut..tut tut" bunyi mesej kedengaran
Cepat-cepat si gadis menyeluk handbag melihat handphone
"Awak kalau tak sihat tak perlulah pergi KAFA hari ini" itulah ayat yang tertera di skrin handphone
"Jgn risau kayh, sy okeyh jeh" si gadis menaip dan menekan REPLY pada paparan skrin
--------------------Kelas KAFA dari jam 2.00 hingga jam 5.00 ptg --------------------
"Ya Allah...leganya habis dah kerja hari ini!" berkata gadis dalam hati
Bayangkanlah, bekerja tanpa henti dari jam 7.30 pagi hingga ke 5.00 petang sememangnya meletihkan
Masuk sahaja ke kereta, handphone berbunyi lagi
" Saya kena hujan nih :("
Gadis menekan butang reply dan menaip "berhentilah kat mana-mana dulu, jaga kesihatan baik-baik. Tak pun, duduk jela kat umah"
Punat radio kereta ditekan
97.60 fm menjadi pilihan.
Lagu-lagu yang berputar di segenap kereta banyak menyebabkan gadis tersebut merindui seseorang
"tuttt...tutt..tuttt..." handphone berlagu
Dia telepon !!
"Hello..." so gadis menegur
"Awak katne dah nih syg.." terdengar suara di sebelah sana menegur
"Saya ondaway balik nih yang" jawab si gadis ringkas
"Awak kat area mana nih sayang.. dah sampai mana.."
"Saya kat jambatan yang cantik area PICC nih.." jawab gadis
"Alamak! batteri handphone habislah. Nanti saya call balik eh. Ada benda saya nak minta tolong nih"
"Okeyh yang"
klik! bunyi handphone dimatikan.
"tut..tut.." Kedengaran bunyi mesej
" Sayang, sy nak minta tlg sikit. Saya ada kat sebelah Pullman nih. Tolong bawak tuala mandi and shower gel okeyh :)"
WHATTT???!!!! Dia datang??
What a surprise ! OMG OMG OMG OMG OMG !
Suka buat surprise mcm ini kann... ya Allahhh...terkejutnyaaaa :D
Tak sangka. Tak sangka. Tak sangka !!
Dia berpura-pura dingin selama beberapa hari ini sebab dia nak buat surprise nih ?
Oh..sy sesungguhnya cair.. macam coklat Cadbury bila letak dalam oven jadi cair secair-cairnya :')
I LOVE YOU FATAH !! :D
Ya Allah...dengan sesungguhnya aku bersyukur dipertemukan oleh MU kepada dia :') *menangis
Myvi dipandu memecah kesunyian petang
Ke mana?
Kalau tadi niat asal mahu pulang ke rumah, tapi selepas satu panggilan yang mengejutkan dari dia, gadis bertukar arah ke Pullman Resort and Spa
Sesampainya si gadis di Pullman, matanya tak habis-habis melilau kanan dan kiri takut-takut orang yang ditunggu telah tiba
Tudung yang tadinya senget, mula dibetulkan
Dibukanya handbag dan cuba mencari kotak putih Pixy lalu disapu serbuk-serbuk coklat bedak ke pipi yang tadinya agak berminyak
Selang beberapa minit kemudian, terlihat oleh si gadis skuter besar merah brand Modenas
"What?? Fatah naik moto datang Putrajaya from Melaka ??? Ish..risaunya...ada keta napelaaaa tak naik ketaaaa" getus hati si gadis penuh dengan kerisauan.
Senyuman di hulur ke luar tingkap mengadap ke seraut wajah yang dirindu
"Awwaaaakkkk!!!!! eeee..jahattt... nape buat surprise mcm nih. Ish..sweet sgt lahh... Ohhh..selama nih dingin sebab surprise ini ke.. SWEET !"
Melompat-lompat si gadis di hadapan lelaki yang ditunggu.
"Hehehehe... sayang awwak punya pasal kan.. " ujar Fatah.
Senyuman yang dikuntum oleh si gadis tidak lekang dari saat Fatah memberitahu tentang kedatangannya SECARA MENGEJUT ke Putrajaya tadi
Setelah selesai semua urusan mandi dan persiapan diri, Fatah membawa gadis ke Taipan, USJ
Mereka berbuka puasa di MURNI DISCOVERY Taipan, USJ dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang :)
Malam yang sangat indah walaupun tenggelam timbul bunyi cengkerik di sebalik hiruk pikuk kota
Namun semuanya kelihatan sangat indah dari pandangan si gadis
Senyuman gadis terus-terusan meleret sehingga esok..
dan hari-hari seterusnya..... :)
2 beautiful judges:
Alalalala sweet nyaaaaa ceritaaa ni :") tersenyum plak tetibeee heheee.
hah! suweet nye. okeh, nanti kalo dah cukup umur, nak buat macam encik abang tu jugak!
sigh, im 21! =.=" :D
Post a Comment