(EDISI WAJIB BACA #1) Diary Seorang Isteri :'(
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la
tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit
nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar
juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada
sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci
Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian
bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi)
datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa
hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi
bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor
Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa
terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang
lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam
mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin"
Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan
diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang
Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur
Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri
padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu
kecil hati .
Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa
mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan
memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu
sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial
dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya
menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya,
Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang
bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga
Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa
abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni
tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak
Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,
Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain
pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki
awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan
menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan
pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis
dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin
laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit
menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda
tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri,
bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi
macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan
kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib
aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur
dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam
darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh
hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan
mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil
menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri
ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau
tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah
dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa
menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis
Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa
berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat
overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu
dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa
gagahkan juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa
di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah
Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-
macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah,
berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah
kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya.
Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam
firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa
tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam
keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke
dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara
Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana
kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah
kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita
nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka
bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak
hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati
aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang
pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa
kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri
berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening
kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam
hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri
kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih
lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie
sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan
di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok
ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia
sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak
Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup
Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia
tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa
dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader
apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini,
ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri,
Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor
Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa
tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau
sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat
cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin
penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala
Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah
pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri
tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada
..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri
hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya
rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa
mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di
Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke
Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah
beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin
dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir
Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH
berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu
memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin
baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka
setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa
dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya
sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya
tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya
perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa
begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa.
Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda
dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk
membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang...
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan
Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania
tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan
mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa
Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan
bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di
hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih
kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih
disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu
dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan
kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa
yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah
daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan
Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak
menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania
mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial
akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang
masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi
Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA
ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING
SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN
KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR
HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan
merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi
satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam
kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang..
. kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa
maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat
memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu
sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri
kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti
wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri
perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan
menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya
mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah
mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri
ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan
bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah
diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah
Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar
bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar
mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih
ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya
KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan
lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar
dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa,
Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar
menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir
senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang
long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar
mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah
kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak,
abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah
meninggalkan pusara Nisa....
source : Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia
1 beautiful judges:
f bru fwd kat ain benda ni. touching je dia tu. smpi nk nangis baca. aku lak yg hati kering. tp mmg sedih pon..
Post a Comment