Sunday, September 25, 2011

Laptop abah boleh buat hati menangis


Macam biasa bila weekend sure balik rumah
Nak qada zaman blaja dulu balik rumah 3-4 bulan sekali sebab jarak Selangor dan Kedah tak boleh dicongak dengan jari
Selalunya weekend balik rumah sure angkut laptop sendiri sebab kat rumah ada WIFI
(kat Putrajaya guna berukband Maxis aje)
Dalam toilet pon boleh angkut, membuang sambil surf internet (ini tipu)
Tapi weekend nih macam banyak sgt benda nak bawak balik plus bawak 2 bungkus sampah masa nak turun lif
(Duduk tingkat 16 kuarters apartmen kat Putrajaya, kalau menapak hari tu jugak patah kaki)
So memang laptop kesayangan sengaja ditinggalkan memikirkan kat rumah ada laptop DELL, abah kesayangan punya, tanpa memikirkan DELL itu adalah versi lama, i mean sangat lama

Bila tangan dah terbiasa guna Toshiba ber-Windows 7 i5 mempunyai RAM dan Hardisk besar, skrin licin licau, touchpad boleh skrol atas bawah zoom in zoom out, keypad selesa ditekan dan macam-macamlah
Tapi weekend nih kena guna DELL ber-Windows XP version 2002 service Pack 2, 1.99 GB RAM and Hardisk pon kocik yo.. Yang lain-lain tu pun tradisional lagi, takleh skrol-skrol dengan touchpad.. So agak kena kerja keras di situ ketika stalking :p
(Kau compare lappy kau ngan abah kau macam lappy kau brand APPLE kan? :p)
So memang menangis lah sebab nak skrol kena tekan touchpad belah kiri
Kena tekan satu satu pulak tuh, takleh skrol sekaligus
Pastu takleh nak zoom zoom gambar FB
Skrin laptop abah pon dah kabur sebab versi lama kan, so nak kena tengok lama-lama nak pastikan itu huruf apa
Plus, laptop abah ni agak besar kalau nak banding dengan Toshiba I punya

-
-
-
-
-

Tulah umat zaman sekarang, dah biasa senang dah tak boleh dah hidup susah sikit -_-
Padahal dah cukup beruntung ada laptop bukan desktop
Dengan laptop nih bolehlah kau usung merata
Nak tengok cerita Model-model Amerika tak pakai baju boleh tengok sambil tengok FB
Nek tengok cerita orang putih yang bodoh cari pasal mencari hantu dalam rumah terbiar pun kau boleh tengok sambil kau buat blog
Cuba abah kau ada desktop jeh, hamik kau lagi menangis takleh tengok orang putih kulit penuh freckles bogel
So tak payahlah nak komen-komen kata laptop abah susah lah, laptop bole kasi airmata keluar la, kau kena bersyukur Dilla
Dengan laptop DELL abah tulah kau belajar macam-macam sejak kau takde laptop lagi
Sekarang kau dah tukar dari Acer ke Toshiba sebab Acer kau patah leher tp DELL ni tetap sama menemani abah buat kerja dia
So kat sini DELL ialah laptop terhebat !
Sebab dia berjaya merentas banyak masa berbanding laptop-laptop lain yang ada kat rumah
Kalau kira sapa makan garam lebih, DELL lah bendanya
Dia tahu kenal banyak virus-virus drp banyak era, cthnya virus Brontok yang dulu sangatlah popular
Jadi kau patut lebih seronok dan happy ketika menggunakan DELL, okeyh Dilla? :)


PS : menaip blog sambil tersenyum tapi dalam hati sedang rindu Toshiba di Putrajaya. *sigh* kau memang takkan berubah. :p


Thursday, September 22, 2011

Birthday bash 2011 !


Birthday sy sudah berlalu berkurun nan lalu
Awal bulan 9 arituh, 5 September 2011
Hehe
Tapi budak-budak umah buat surprise dengan baked choc cake sendiri semata-mata buat saya
*terharu sampai nanges*

-
-
-
-
-
-
-
*bunyi cengkerik*
-
-
-
-
-
-


Haha.
Percaya ke diorg masak kek sendiri??
Memang takkkkk lahh..
Diorg beli aje kat SR, Indulgence Choc Cake :)
My most favorite cake kat SR (and mmg ramai minat kek nih pun rasenya kan)
Yang diorg buat sendiri ialah gubahan kek
Mari nengok ape dah jadi pada Indulgence Choc Cake yang lazat dari SR ini digubah oleh 3 tgn mereka yang serupa tikus membaiki labu nih XD



Hahahahaha. Entah apa-apa entah.
Bila makan suma kais pisang letak tepi, haih, membazir btul
Kalau buat fried banana makan petang-petang kan bagus
Tapi THEIR EFFORT IS REALLY APPRECIATED ! Thank you girls :)
And ada lagi hadiah diorang nih bagi
As mumu bagi bekas taruh kerongsang yg vintage dan cantek :)
and Waheed bagi red pashmina shared dgn my rumate, Suhana :)
Thank you girls :)

 Abaikan panorama biskut raya yang melambak kat belakang ;p


Selang beberapa minggu tiba lah pulak birthday si waheeda a.k.a waheed which is on 17th September 2011

So berikutan birthday dia is on holiday, so tak dptlah nak celeb-celeb mcm birthday I. hehehe
Tapi takde celeb-celeb pun best-best hadiah dia dpt okeh
Salah satunya ialah spagetti air tgn sendiri yang super sedapp (walaupun takde garam:P)
Tengah tolong si mumu masak spagetti baru pasan garam takde!
Mase tuh dah siap tumis everything dah -_-
Daging kisar pun dah siap masuk dah -_-
Mujur mumu ada beli Mozarella cheese sepaket besar
SO nak cover kemasinan apelagi, kita lebihkanlah cheese. Hehe
And guess what? kuah bolognaise tuh jadi makin sedap !!
SERIUS!
Makan sampai licin okeh
Siap kuah bolognaise yang tak abeh tuh kitorg buat pizza esoknya :D
Mai tengok mai gambaq bolognaise takde garam kitorg nih :D





Dan kat bawah ini ialah rupa pizza versi sendiri yang hanya menggunakan roti gardenia dan mozarella cheese juga lebihan bolognaise semalam :)

Tada !!!!!


Tamatlah sudah alkisah harijadi di bulan September 2011 :)

*smoooches*

Wedding Kamelia


This is a kinda outdated entry. Hehe
Sorry, teramatlah busy these few days

Today's entry is going to be about my Bestfriend's Wedding, Mrs. Kamelia Kamli
With the man of her life, Mr. Hakim Azmi :)
May all the happiness be with you
dan semoga hubungan suami-isteri kamu berdua sentiasa di bawah keberkatanNYA :')

MAKA berkuranglah lagi seorang kawan baik saya ke jinjang pelamin
So tinggallah saya kat sini...
Tapi bukan seorang lah, saya dan mereka-mereka di bawah ini
Hahahaha.
Takpe, ada geng tak naik pelamin lagi
Mari kita selesaikan study kita dulu ye Nadz :)
Settlekan master kita dulu and kita kerja kumpul duit banyak-banyak bari pikiaq mahu menikah
Hee.
Okeyh tak macik Nadzirah Minhad? :D

Di sini ada beberapa gambar THE BRIDE AND THE GROOM
dan juga ofkoslah KAMI YANG TAK BRIDE DAN TAK GEROOMM :p
Mari skroll utk saksikan :)

Solemnization Ceremony of Kamelia (Camy) & Hakim















Gambar kat bawah nih pulak ialah gambar kami TAK BRIDE & TAK GEROM ;p



LOL.

Sekian sahaja entry kali ini.

*Smooches*

Sunday, September 18, 2011

New life with new perspective


Banyak benda jadi 2,3 minggu lepas
Dan I feel like I was at the bottom of the jar
Apa yang aku belajar tentang hidup sejak peristiwa-peristiwa itu terjadi ialah jangan letak tanda aras baik pada semua orang yang kita baru kenal atau kawan lama yang dipertemukan semula setelah beberapa tahun
Kerana rambut sama hitam, hati lain-lain
Kita terima dia dengan sangat baik tidak semestinya dia berfikiran yang sama
dan jangan ambil mudah sesuatu perkara
Janganlah mentang-mentang dia kawan sekampung, kau boleh bayar lewat sewa rumah
(walaupun kau dah biasa dgn tuan rumah dulu yang jenis tak kesah & jenis happy2 jeh:)
Please jangan ulangi okeh

Apa yang aku tahu, aku mungkin dah takkan jumpa kawan-kawan spt kawan-kawan aku masa di Kedah dulu
Kawan-kawan terbaik yang aku penah ada
Susah senang sama-sama
dan yang paling penting tidak pernah berkira
Tidak pernah bermasam muka
Kalau ada salah, boleh terima teguran dengan ikhlas
Bukannya pendam, tidak mahu bercakap, treat kita macam tak wujud and tidak meluahkan rasa tak puas hatinya sehingga menyebabkan keadaan jadi tak selesa
That is not how a friend treat a friend

Takpelah, everything yang jadi ada hikmah
Tuhan nak beritahu kita sesuatu dan belajar
dan terima kasih tuhan
Aku memang belajar memperbaiki diri
Jangan ambil mudah dan jangan mudah mesra
Thats it.

When im thinking of a real friend
I CAN just think of them





They are AWESOME !
Where can I find such friend like you guys, THE BEST EVER! :'(

Kadang-kadang, bila kita ada masalah dengan kawan-kawan kita, kita kena tengok sendiri diri kita
Tentu salah tu dtg dari diri kita sendiri
atau kawan-kawan kita tak treat kita macam kita treat mereka, tentu ada masalah pd diri kita, bkn mereka
So, what i need to do is move on to a new chapter
Trust only the people who deserve your trust, unfortunately they are hardly to find, but i know someone is there :').

PS : teringat ada sorg kawan pernah meluahkan perasaan tentang kawan-kawan rumahnya masa belajar dulu tak treat dia macam dia treat mereka. Nasihat aku, tengok pada diri kita sendiri, apa agaknya salah kita ye. Jenis berkira kut. Hihi. Kidding :).

PSS : nak guna apa-apa barang better jangan pinjam, BELI sendiri. Kita tak susahkan kawan-kawan kita and kita pun happy jeh. FRIENDS is about SHARING but nevermind, I cant stick into that phrase anymore, I can found this phrase ONLY in Kedah years ago but I didnt find any yet here. Tapi takpe, lebih baik hidup tak bergantung orang kan? :)

*Smooches*

Peace no war ye :)

Friday, September 16, 2011

Cinta saya


2,3 hari ni asyik NGAPDET cerita serius dan emosi
Harini agak-agak nak NGAPDET ape eh

Lame tak update pasal Fatah
Fatah nih siapa?
Fatah nih pakcik saya :p
Pakcik saya yang sgt mengade :p






Well..its been a year
Banyak yang kami lalui
And ramai dah tanya bila mahu kawen
and bila org tanya rasa mau cili sama mulut-mulut org tersbut
Apa dia ingat kawen pakai daun ka deyy

Kawen itu maksudnya
1) penggunaan duit lebih hangat dari biasa
2) tanggungjawab lebih banyak dari biasa
3) skil memasak, membasuh, menjahit, menjaga, mengemas lebih hebat dari biasa
4) dulu jaga diri, sekarang jaga suami (kalau ada anak......yadeiii..manyak oo)
5) malam tak boleh tido suka hati daa
6) dan simptom-simptom selepas kahwin yang lain .

tapi semua masalah di atas tidak akan membawa apa-apa makna apabila perkahwinan itu membawa berjuta-juta kali ganda KEBAHAGIAAN dalam hidup seorang wanita :)

Walau bagaimanapun, ada lah beberapa perkara yang membuatkan kami belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri
Termasuk saya sendiri yang merancang untuk sambung master Pendidikan Sains dan proses memohon sudah pun bermula
Fatah pula sedang bertarung dengan bisnes barunya dan dia pun berhajat nak sambung pengajiannya juga
Semua program yang kami rancang dalam hidup kami ni memakan masa sekurang2nya 2-3 tahun
Kami berdua nih masih lagi CHAOS..masing-masing nak kejar karier masing-masing... so nanti-nantila ye ;)

Apapun jodoh itu kan Allah yang pegang
Kalau dia kata esok jodoh saya, maka esoklah sy berkahwin
Apa yang kami buat hanyalah berdoa dan merancang namun biarlah Allah yang tentukan

Buat masa skrg, apa yang kami harap ialah supaya hubungan kami ini berkekalan hendaknya
Moga bahagia sentiasa mengintai kami
Moga kalau ada tergigit lidah atau jari tu cepatlah kami selesaikan
Moga hubungan mendapat restu dari kedua ibubapa kami
dan yg paling pnting semoga ukhuwah antara kami sentiasa diberkati Allah SWT. Ameen :)




PS: Kalaulah macik macik, pacik pacik, atok atok, nenek nenek, tok sedara, nek sedara aku ada blog.. lame dah aku nak tunjuk entry nih bagi puas hati. Letih mengelak soalan-soalan cepuemas nih wooo..


Thursday, September 15, 2011

Motivasi menghadapi masalah cara sendiri ;)




Problems may rise and faded and rise again someday and faded the other day....
These are some of my OWN problems in MY LIFE which always rise and faded and ways how turn it into better ;) (atleast i feel its better and if you dont, save it to yourself. XD)

These are some of the examples of MINE. (thank you for stalking how big my problems is. hehe :P)



1) Life isnt always beautiful..

2) I am not always at the top ..

3) Friends ....(sighing).... is like those type of ordinary people u met at malls (sulking face)

4) I dont have to sacrifice so much for all those people I loved when they doesnt

5) I was so pathetic! Why is this happen to me ????


but above all, we should be optimists :)
NOT sometimes, ALWAYYYYSSSS be optimists and please stay out of being pessimists. not good!

1) life isnt always beautiful, yes it is, BUT it has PERFECTLY drawn by THE Almighty God. Kalau semuanya DIA lakar cantik, life must be so boring, so lame, so plain. Because usually we learn something from mistakes, we learn from bad experiences, we learn how to drive the car our daddy's style perfectly because we had gone into accident 5 times before we did well. Thats how LIFE TEACHES US ;)

2) you're not always the top, because you might falling down and knocked your head hard. Maksudnya bila kita sentiasa kat atas, kita mungkin akan lupa daratan,lupa asal-usul kita,boleh jadi lupa mak ayah kita and macam-macam perkara yang lebih teruk akan terjadi. So tuhan bg kita merasa duduk bawah sekali sekala supaya bila kita kat atas, kita sentiasa ingat perkara-perkara di bawah and supaya kita ingat tuhan selalu. PS: Allah suka sangat kalau kita selalu ingat DIA :).

3) friends is like those type ordinary people u met at malls. Yes, IF ONLY they really those people u met at malls. you see them now while shopping and a minute later u dont. geesh. FRIENDS is when you meet someone and shake hands while introducing your name and automatically they will got into your friendlist. Either they are bad or pretty bad or not bad at all,they are your friends that you neither like it or not,you have to take care of their feelings. thats it.

4) you dont have to sacrifice so much for all those people you loved when they OBVIOUSLY never care at all. At this level, you can decide either you still wanna let your friends be at your normal friendlist or you can move it into the folder named "less care,less talk,less share". LOL. Tapi seriously cara ini memang berguna. Instead of deleting them forever or turning them into enemies, this "less care,less talk,less share" folder way is better;). You can change your life into better way through the better way ;).

5) I was so pathetic! Biasanya perasaan ini hanya last long not over 5 minutes. Biasanya bila I was being cheated or someone gotten me into troubles or something that turns my moood into the green mood (marah,sedih,kecewa). Apa yang saya buat ialah letak tepi kejap masalah tu, tarik nafas, fikir yang indah-indah which is selalunya sy online jeh tengok website-website best and poof! perlahan-perlahan sy lupa yang sy tengah marah. PS: jangan lupa ingat pada ALLAH jugak okeh ;).


So diharapkan cara saya yang tersendiri ini tak buat korg rasa mcm korg pulak yg pathetic baca entry ni. hehehe XD.

*smooches*






Pengalaman mengajar


Roomate telah menghilang ke Bacheloratte Party
and leaving me here
Not alone okeyh, im here sitting with my blog :)

These few days ive learnt so much stories
(Pssttt..cannot tell much you know, becos my blog isnt private and its legally being read by anyone XD)

Well..I just want to share about my point of view of FRIEND-ing
Why it is -ing at the back?
Sbb translate directly from BM which is BERkawan. hee XD

Sume org ada point masing-masing, and here i am going to share mine
Kalau ada yang tak agree, please raise your hand eh (I know you cant. hee XD)

Ada pepatah kata berkawan biar ramai, bermusuh please jangan
Tapi senang tak nak cari KAWAN SEJATI dalam ramai-ramai kawan yang kita jumpa?
Susah kan???

Mula-mula jumpa kita rasa "ouh,dialah yang aku cari selama ini menemani dunia akhirat"
But when somthing not good that u were accidentally did, terus macam-macam kata-kata tak sedap didengar TER-keluar T_T
or masa mula-mula jumpa buat kita rasa nak luah semua sebab "eee..dia nih pendengar yang bagus la"
but when something bad happen, terus rasa macam "ya Allah..kenapalah aku cepat percayakan orang"

Tapi actually intuition kita tak salah
When we feels dat someone is fit so much with you, can hear you , can listen to your sighing but at the end you feels you decide wrong, please dont
Sebab..?
Sebab dia sepatutnya gembira ada seorang kawan yang sanggup buat apa sahaja demi sebuah persahabatan dunia akhirat tapi dia sendiri yang tak mahu hargai itu adalah silap dia, bukan kita
Kita dah BUAT SEHABIS BAIK untuk mencorakkan sebuah perhubungan yang indah jadi terpulang pada Allah untuk membuka matanya supaya dapat melihat kita

So after semuanya yang jadi apa lagi yang kita boleh buat?

MOVE ON.

Ye, kita kena melangkah ke depan
Bygone is bygone
I am no longer stick with the first plan
Lets move into the second plan
Takde second plan? REKA sekarang!
First plan yang punah kita jangan buang, jadikannya SEMPADAN dan TELADAN sebagai BEKALAN MASA HADAPAN
Kalau dulu kita pinjam, now beli sajalah
Kalau dulu kita bertangguh, now DONT. Make sure its on the date!
Kalau dulu kena berteman, now gagahkan diri berseorangan
(especially bila kita tahu kita TAHU BANYAK BENDA LEBIH DRP ORANG LAIN)
SO why wait for something NEVER AWAITS you?
MOVE dear friends MOVE!

So, friends, here we are
STANDING on the border line
NAK PEGI?
ATAU
NAK PEGI?

So takde option. hee.

Okeh guys, my roommate is home ;)
So now sy nak tido.
Thank you for reading
and thank you bloggy for accompanying me ;)

*smoochess*



Wednesday, September 14, 2011

Gajet Terbaru !


-
-
-
-
-
-
-

Ouh.
Sorry guys.
Actually, I just wanna announce my VERY OWN GADGET
Which is seriously not NEW -_-'
(that post title is written SECARA SENGAJA to attract your eyes for clicking my blog. Sorry..hihi :P)

So as wat I said on announcing my very NEW-BUT-NOT-SO-LATEST-GADGET-IN-TOWN
Here it goes..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Hehehhee...sorry. Ini hanyalah sebuah gambar Maxis Broadband yang latest. Hee. 
New but not so latest kan? hehehe.


As saya tahu yang korang
dan korang
dan korang sume mesti mengharap 


INI !
or

A GALAXY TAB ???!


hehe..
Again..sorry okeyh 
Masih bulan raya kan?
Minta maaf zahir batin banyak-banyak eh.
Sayang korang-korang-korang :D






Friday, September 9, 2011

Pagi-pagi dah kena BOOM !




Huh!
Sakit hati dengan PK 1 sekolah aku nih
Suke-suke jeh bagi aku jadual mengajar
Satu hal dahlah tak ikut opsyen
Itu aku okeh lagilah walaupun pada awalnya bengang jugak
Aku opsyen Sains/BI tapi dia bg subjek Pend.Seni kat aku. huh.
Pastuh dia bubuh aku kat Pra Sekolah plak, suruh aku ajar BI
Sepatutnya tak boleh, sbb Pra Sekolah ada silibus tersendiri tak sama dengan KBSR
Itupun aku sabar lagi
Pagi ni dia bagi aku SEMUA jadual kak Wan Mashitah yang cuti bersalin
Bengang betul aku!
Huh.

Kenapa aku bengang?
1) Kak Wan nih ajar BM, aku nih opsyen BI la. #%@$ betul!
2) Jadual aku dah banyak dah. 21 masa seminggu plus kena jadi guru pengawas & penyelaras LDP. Kalau tambah kak Wan Mashitah punye jadual, haru lah kerjaya aku. Mahu jadi 40-50 masa nih! nih pun nak kena #%@$ jugak nih. huh.
3) Haru biru jadual mengajar aku si PK1 nih buat. Bilalah kau nak blah eh??

GRRRRRRR~~


Kesian murid-murid aku hari ni...*sigh*

Happy SANGAT Belated Birthday to Me ;)


Fuh
Fuh
Fuuhhh
*tiup sawang atas siling belog :p

Lamenye tak update entry..
WOW
Belog berbau habuk. huhu.

By the way,

HAPPY BIRTHDAY SAYA !! ^0^ !!


bila eh?
5 September 2011 hari tu
atau 5/9/2011
pada hari ISNIN! T_T
Sehari selepas kita semua balik beraya untuk bertugas T_T *sedih guling-guling


Celebrate kat mane?
Celebrate kat merata-rata tempat pada hari itu dengan si Fatah ^_^
Kami pergi HQ Herbalife kat Jln Raja Chulan
And then teringin makan nasi lemak Antarabangsa kat Kg.Baru, KL tp tutup (bukak malam jeh)
tapi manage makan nasi lauk kat area-area situ jugak
and then jalan-jalan sikit
malam lepak kat Mamak Bangi yang femes tu iaitu Ameer Ali makan Nan-Keema ^_^


Thank you Fatah ^_^
and thank you to all of my friends yang wish birthday pd sy ^_^
Mwah.Mwah.Mwah.

Perghh..kalau dapat cake nih kan..mmg RARE!.. huhu
Pakcik Google yang bagi nih XD



The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...