Wednesday, April 13, 2011

Sabar yang TERUJI.

Assalamualaikum

Entry malam ini berbaur sedikit sedih. sedikit kecewa. sedikit putus asa. sedikit tertekan. sedikit airmata.
Sesiapa yang membacanya, sila tafsir sendiri krn penulis menulis sekadar utk meringankan beban hati..

Sabar aku benar-benar diuji kali ini
Bahagia datang, bahagia pergi
Hipotesis hidup aku cipta sendiri
Semakin manis senyuman menguntum, semakin banyak Dugaan,Cabaran,Airmata,Kekecewaan,Tekanan harus ditempuh
Banyak kali aku ingatkan diri, jangan kau seronok sgt dgn bahagia ini, mungkin tidak lama,
Mungkin esok kau buat khilaf dan nah! D.C.A.K,T datang bertubi

Dalam dunia ada berapa jenis komitmen?
Pada aku ada empat
Komitmen kepada cinta hakiki, tak pernah lupa kita walau kita benci
Komitmen kepada awan nano
Komitmen kepada periuk nasi
dan komitmen kepada syurga di bawah tapak kaki cerita di masa hadapan

Komitmen yang terakhir itu................
Banyak buat aku menangis.
Khilaf kali kedua, caturannya spt aku melacur diri.
Terjelepuk terduduk aku menginsafi diri
Sejuta maaf, sejuta insaf, sejuta keampunan, sejuta butir airmata menyesali diri
Tetapi hukuman tetap sama, peti suara tetap tidak berbunyi, sayang tetap juga tidak berkembang, benci semakin mendalam (agaknya)
Kesabaran aku diuji lagi dan lagi
Tidak mengapa, kerana satu lafaz janji aku kata tidak apa, aku tetap akan teruskan juga
dan teruskan, teruskan, teruskan, teruskan, teruskan, teruskan..... (jangan kau orang tanya sampai bila)
Aku jenis manusia (klasifikasi perempuan tidak ganas) yang setia
Aku kata aku setia maka sumpah aku memang setia
Aku kata aku sayang, ofcourse aku sayang amat-amat
Aku kata aku gila, bermakna aku boleh gila jika dia tidak lagi gilakan aku
Aku tidak tahu lagi cara apa aku mahu buka matanya (mata siapa?kau orang abaikan)
Kalaulah aku ada kepak (atau jutawan, aku ada jet laju-laju) aku akan terbang saat ini juga
Bagi dia lihat dalam-dalam mata aku supaya dia tahu aku seperti apa, aku jenis apa, aku perwatakan apa dan sedalam mana aku bersumpah aku gilakan dia!
Aku dah tak ada cara apa untuk aku pujuk dia
Aku dah hampir putus asa, tapi manusia harus pegang pada janji
Selagi belum mati, kau harus pegang pada janji...
Maka kat sinilah aku, masih memegang janji, masih utuh memegang tali itu yang sebelah sana mungkin sudah melepaskannya dan ikat pada pokok mati
dan jika pokok mati itu tumbang, maka aku akan tumbang bersamanya
Demi janji, aku akan tetap terima walaupun aku mati bersama janji

Sekian.

PS : Aku tadah airmata malam ini dengan baldi and aku tak ada masa nak buat lawak dgn kau orang.

1 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...