Yeah..setelah berbulan-bulan mengajar, baru nak update entry psl karier sndri
Itupun sbb nak buang masalah tekanan yang membelenggu
Hari-hari pening sbb banyak kerja
And last-last dokter kata,
"Awak ni pening sebab banyak sgt tekanan, cuba kurangkan terlalu berfikir perkara-perkara yang rumit. Awak dah kahwin?"
"Errr...sy belum kahwin lah doc" (dlm hati : dokter dah kahwin? :p)
"Belum kahwin lagi senang awak nak berehat. Tekanan kerja sentiasa ada. Awak kena bahagikan masa kerja, masa berehat dan tidur dengan cukup"
"Orait doc"
Hurm..nasihat nih aku pun tahu. dah keja memang banyak plus masalah pun banyak so memang tak dptlah nak lari drp tak fikir benda-benda yg rumit
So sekarang nih setiap kali aku rasa tertekan atau sedih atau sakit jiwa (hampir), aku akan mengadap belog usang ini
Kalau kau orang perasan lah kan...before this aku tak guna pun ganti diri nama aku sbb aku rasa kasar sgt
Tapi sorylah eh.. dlm keadaan serabaibut (serabai+serabut) bahasa pun jadi harsh sikit
Takdelah nak kata harsh pun bahasa aku dalam entry nih, sbb aku cuma ubah cara aku membahasakan diri aje, yang lain still lembut :)))
But dont wory eh my dear readers, aku tidak akan sesekali mencarut sbb aku sendiri anti-carutan
Mulut kena sentiasa jaga supaya badan, HATI dan minda dapat menjalani hidup yang sihat :)
Hati yang bersih akan melahirkan hamba Allah yang berpersonaliti bagus dan berkualiti
Hati yang bersih akan menggerakkan minda untuk berfkiran lebih positif
Tajuk entry tulis Diary Guru Baru
So ofkoslah aku nak tulis psl diary atau peristiwa yang berlaku pada diri aku setiap hari pada satu-satu ketika itu.
Minggu nih aku panggil sebagai minggu sesak nafas
Kenapa aku ckp macam tu ?
Sebab minggu ni lah aku rasa beban kerja aku bertambah-tambah-tambah (kata ganda 3 kali dan takde dalam mana-mana kamus bahasa. ini ciptaan sendiri dan jangan tiru aksi ini)
Satu kerja ke satu kerja perlu aku selesaikan
Yang bukan kerja aku pun aku kena selesaikan
Kat sekolah aku pegang jawatan guru Pengawas (gila betul bagi aku jawatan ni!)
and aku juga Setiausaha Panitia Sains (ini pun gila!)
Makanya sepanjang tahun ini aku ada 2 kerja yang permanent iaitu uruskan hal-hal pengawas
dan uruskan hal-hal berkaitan subjek Sains
Kerja pengawas memang sumpah banyak gila!
Dari jadual tugasan, kerangka kerja, mesyuarat, agenda sepanjang tahun, disiplin mereka aku kena jaga, kepimpinan mereka aku perlu pantau dan banyak lagilah. (kalau aku tulis ni boleh dapat 100 entry agaknya)
And bab panitia Sains pulak. Sama jugak manyaknya.
Aku jaga minit mesyuarat, jaga prestasi pelajar SKPP 11(2) dalam subjek Sains, pantau headcount murid, menjaga prestasi budak UPSR and banyak lagi.
Currently benda yang menyemakkan kepala ialah berkenaan pengurusan bilik Sains !
Skolah aku ada 5 orang guru Sains dan makmal Sains ada 4 bilik kesemuanya.
2 makmal Sains sahaja yang selama ini digunakan iaitu makmal Sains di tingkat 2 berhadapan blok pentadbiran
dan 2 makmal Sains tidak pernah digunakan dan sememangnya KOSONG.
dan aku rasa kau orang boleh agak siapakan gerangan guru yang mendapat tanggungjawab mencantikkan dan mengimarahkan kedua-dua bilik Sains yang kosong ini.
Ya! tentulah GURU BARU!
Guru baru subjek Sains ada 2 orang iaitu
AKU !
dan seorang rakan aku bernama Waheeda.
Padan muka kita orang dapat sekolah ada 2 buah makmal Sains baru! Hahahaha!
Sekarang nih aku tengah pening kepala macamana agaknya aku nak mengimarahkan bilik Sains kosong (harap-harap takde hantu) nih.
Seorang siap dpt sebuah lagi. Hamik kau!
Aku kena incharge makmal Sains 3 dan Waheeda incharge makmal Sains 4.
Adoila.
Takpela...tanggungjawab harus dijalankan
Dalam surat perjanjian pun dah tertera tulisan, "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
Maka buat sajalah Labu...
Ini tanggungjawab dan kalau tidak dilaksanakan maka akan ditanya di akhirat kelak.
PS : Ketika entry ini ditulis, aku sedang sibuk mengePRINT 100 helai objek buah-buahan dan sayur-sayuran untuk keceriaan makmal Sains di bawah tajuk Food Pyramid dan Healthy Eating.
PSS : Segala dakwat printer, segala kertas, segala peralatan menulis, segala peralatan mewarna adalah pembiayaan sendiri walaupun kami sedang melakukan yang terbaik untuk menaikkan martabat anak bangsa Malaysia.
Sekian.
1 beautiful judges:
hidup cikgu!! wahaaa.
Post a Comment