Thursday, March 15, 2012

Kalaulah boleh kan..kalaulah boleh






Mulakanlah dulu ucapan mu itu
Kerna aku wanita,
Aku malu, namun aku sudah pun penat menunggu
Aku perlu dahulu tahu adakah kau benar-benar masih perlukan aku
Kau perlu perlu perlu mulakan dulu


Datanglah kepadaku sekarang
Ku akan laju-laju sambut tanganmu, takkan ku lepas lagi
Tapi sebelum itu, kau mesti katakan dulu
Semua-semua yang kau sudah simpan sepanjang lamanya kita tak "bercinta" ini
Ku ingin dengar, semua-semuanya
Apa yang kau lakukan, apa yang kau sedang rindu, apa yang kau sudah bina, dalam selama kau tutup ceritamu daripada aku
Kerana, sungguh aku punya banyak-banyak benda nak cerita, macamana aku rindu, macamana aku jalani hari-hari aku tanpa mu, bagaimana aku menangis menunggu, dan bagaimana aku terpaksa simpan semua-semua yang aku bisa ceritakan tapi kau tak ada di situ ketika aku mahu bercerita
Jadi cepatlah sayang, kau mulakanlah dulu ucapan mu itu....
Malam ini juga, kau harus mulakannya..

0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...