Saturday, March 10, 2012
Bersabarlah dengan dugaan
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Manusia yang paling berat menerima dugaan adalah para nabi , kemudian orang soleh , kemudian orang yang mengikut jejak langkah mereka dan demikian pula seterusnya."
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi)
Setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ranjau hidup
Ada juga yang menyebutnya cobaan (P.Ramlee style)
Apapun nama yang diberi, dugaan yang datang sentiasa ada hikmah yang datang bersama-sama
Bagaimana cara utk menghadapi dugaan?
1) Sabar.
Bukan setakat bersabar, tetapi harus banyakkan bersabar. Fikiran perlu positif, perlu waras barulah dapat melihat segala-galanya adalah ketentuan daripada DIA. Tiada apa yang datang drp DIA yang tidak baik. Sabar adalah separuh drp iman. Allah sayangkan umatNYA yang bersabar. Percayalah bahawa setiap kesabaran yang dikorbankan ada nilainya. DIA sentiasa bersama-sama kita dalam setiap dugaan yang datang.InsyaAllah.
2) Muhasabah
Setiap dugaan yang datang tentu ada sebab. Saat dugaan datang inilah kita perlu diam bermuhasabah, fikirkan mungkin ada salah dan silap kita di mana-mana atau dengan siapa-siapa. Jika perlu kita minta maaf,kita minta maaf. Jika perlu kita cepat-cepat baiki kesilapan itu, hendaklah kita segerakan. Dugaan datang adalah supaya kita kembali semula ke jalan yang benar setelah lama kita menyimpang. Semoga dengan bermuhasabah, kita dapat menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah
3) Syukur
Bersyukurlah apabila dugaan datang. Kerana yang pertamanya menandakan Allah sentiasa sayangkan kita. DIA sentiasa buatkan kita teringat pada DIA. Kerana memang sudah lumrah manusia akan kembali mengingati tuhannya ketika mereka dalam kesusahan. Maka apabila dugaan datang, ALLAH mahu kita kembali mengingatinya. Sudah terlalu lama DIA membiarkan kita dalam keseronokan dunia, dan sudah tiba masanya DIA mahu kita kembali ingat pada DIA maka ketika itulah dugaan diturunkan. Ketika ini kita haruslah bersyukur. Kerana sejahat mana pun kita, DIA sentiasa teringat pada kita dan berikan kita dugaan supaya kita ingat pada DIA sama.
4) Redha
Redha..perlu sentiasa redha dengan ketentuanNYA. Setiap dugaan adalah takdirNYA. Tentu ada sebab. Tiada apa yang diutuskan oleh DIA adalah tidak baik untuk kita. Kita cari hikmah di setiap sebalik dugaan yang datang. Sentiasa positif, jangan kuat melatah. Perlu tenang, redha, dan barulah kita dapat melihat dugaan yang datang bukanlah satu bebanan, tetapi anugerah dari tuhan supaya kita dapat perbaiki kesilapan. Sama-samalah kita menghayati maksud redha, semoga bermanfaat. InsyaAllah :)
5) Berdoa
Yaa..inilah yang kita PALING PERLU LAKUKAN ! Jangan putus berdoa pada DIA. Sesungguhnya DIA lah penyembuh segala luka, segala duka, bukan pakwe,bukan makwe, bukan terletak pada mana-mana manusia. Berdoalah dengan penuh pengharapan, penuh keikhlasan, biar sampai tikar sujud basah dengan airmata penginsafan, itu yang terbaik. Moga-moga dimakbulkan segala doa . InsyaAllah :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 beautiful judges:
Post a Comment