Sunday, March 25, 2012

The sweetest prank !!. Love you !


Good evening everyone !
Lame sangat tak on blog..kesian blog..dahagakan entry ye.. alahai
Sory ye..saya agak busy (plus malas pun ade sikit. hihi) nak up entry baru
And malam ni dengan semangat yang cuma 10%, kena jugaklah up satu entry, kesian follower-follower tercinta ;D.
Sayang korang !
mwah.

SO nak cerita sikit lah
Kalau korang tekan previous kat bawah ni, sure korang perasan yang entry sebelum-sebelum ni sedih and sayu jeh bunyinya
Huk Huk
Memang sedih pun
Dahlah banyak keja, banyak benda dalam kepala, siap kena attend pelbagai jenis kursus jauh-jauh, nak harapkan si dia untuk dengar luahan pun tak boleh sbb gaduh besar -_-
Teruk sangat 3 minggu yang lepas
Cakap sikit salah, cakap sikit nak gaduh, cakap sikit ada je yang sakit hati
Itu tak kena, ini tak kena, semuanya tak kena masa ni ! :(
Sampai terasa hidup dah single and single yang berserabut sebab keja kemain banyak menggunung-gunung

And memang bila relationship problems happens, every problems seems bigger than the usual -_-
Such a crazy-chaos weekss..it feels longeeerrrrrrrrrrrr than it should..
Penat , lelah, letih, exhausted
Badan pun cepat sangat longlai

After 3 weeks tak bercakap, tak langsung SMS,
satu hari ni, things getting worstier
Fatah siap cakap nak end this relationship *gulp!*
Tak payah lah cakap perasaan saya macamana masa tu
And dia dah siap bubuh due date bila nak clash

Khamis 22/3/12 ialah hari yg dia pilih untuk end up semuanya
Sedih :(

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis. 22/3/12

Harini macam biasa je
Takde yang istimewa melainkan hati yang sedih
Fatah ada gitau tak jadi datang, so after school terus pegi Alamanda sebab nak releasekan tension
Sebab Fatah gitau datang ke tak datang relationship still has to be end up today
So here it goes, Alamanda lah tujunya
And tengah tengok-tengok kasut, msg Mumu (kwn saya di tempat kerja) masuk
And dapatlah sembang-sembang dgn Mumu dlm hp kejap untuk hilangkan stress

Tengah makan Whooper Jr. kat Burger King, tiba-tiba call masuk
Its Fatah ! *gulp*
Baru nak angkat dia dah letak
Tengok-tengok ada 1 msg received

" Saya ada kat area kuarters awak, Sy bagi awak 15 minit je untuk datang jumpa saya buat kali terakhir. Jika tak, saya akan letak henpon abah awak depan rumah and sy balik terus. "

Terkejut!!! Dada berdebar-debar.
Terus hilang selera nak makan.
Terus jalan punya laju cari mesin bayar tiket and terus cari kereta kat kawasan parking
Tengok jam, aiseh! dah dekat pukul 5 !!
Harap-harap tak jem lah putrajaya
If jem, tak dapatlah jumpa Fatah buat kali terakhir :'((

On the way tu, Fatah msg lagi

"Awak tolong bagi number housemate awak Faezah sekarang !"

*gulp!*
Mesti dia nak bagi jeh phone tu kat Faezah
Takmau !! Nanti awak tak jumpa sy kalau sy bagi number Faez :(

Msg masuk lagi
"5 minit lagi untuk sy tunggu awak Dila ...."

:'(. Tuhan jeh yang tahu betapa berdebarnya saya
Perjalanan masih jauh
Habis semua lampu isyarat saya langgar
Mujur Putrajaya ni jalan tak sibuk so langgar lampu isyarat yang tak banyak kenderaan tu banyak

Msg masuk lagi

"2 minit lagi Dila ..."

Ya Allah..bantulah saya ya Allah...Kau lembutkanlah hati Abdul Fatah Abdul Kadir
Bantulah saya ya Allah
Kawasan rumah semakin hampir
Ya Allah...kalaulah aku boleh terbang je masa ni..masa ni aje ya Allah

Msg masuk lagi

"Kalau awak dah sampai tolong mesej saya. Awak terus naik ke rumah, tunggu saya kat sana"

Alhamdulillah. Sempat jugak saya sampai di rumah sebelum Fatah msg lagi
Terus baca masg, terus naik rumah and dada berdebar tuhan je yg tahu :(
Masuk bilik, letak beg, tunggu mcm org bodoh atas katil, mata dah ready nak menangis

Tok ! Tok ! Tok ! *bunyi pintu diketuk*

Terus saya bergegas pegi pintu and jumpa dia
Ya Allah..kenapalah tiba-tiba terasa Fatah sangat hensem di ketika dia mahu melepaskan saya
Sebelum ni takdelah hensem mcm ni :P
Tapi serius .. wajahnya tenang sahaja.
Saya dah menangis meraung-raung bila dia tengok sy
Serius meraung macam orang nak kena tembak merayu supaya jangan ditembak
Fatah pujuk, suruh sy berhenti menangis, kalau sy tak berhenti menangis, dia akan terus pergi
Pergh! Boleh pulak sy berhenti .. sebab Fatah dah ugut

"Dila, jom kita pergi dinner"

*gulp!* dinner??? Lepas dinner mesti awak nak tinggalkan saya kan :(

"Cepat siap Dila, saya tunggu awak kat kereta"

Zup. zup. zup. tanpa cuci mekap kat muka, tanpa mandi, terus tuka baju kurung kepada baju tshirt
Touch up bedak balik kt muka berminyak tu, and bubuh perfume segelen
Terus keluar rumah, turun bawah pergi kat kereta

Sampai jeh kat kereta, Fatah terus tanya, mana lokasi Tutti Frutti terdekat
And terus saya cakap Presint 15 ada
And Fatah pun setuju
Saya lega
Tapi dalam hati tuhan shj yg tahu betapa saya risau tentang apa yang akan berlaku selepas dinner nanti
Hurm..

Sesampainya di Tutti Frutti Presint 15, Fatah minta tlg sy belikan dia Tutti Frutti, take away
And saya sempat tanya dia, "awak sayangkan saya tak Fatah? "
Dia jawab " awak pergi beli dulu, nanti saya cakap"

Okeh, terus saya masuk Tutti Frutti.
Before this kalau makan TF sure saya amik sikit-sikit jeh, risau harga mahal bila letak atas penimbang
Tapi masa ni disebabkan nak amik hati Fatah, saya bubuh ikut sedap jeh
Siap amik cup sederhana besar, tak pernah saya makan dalam cup medium size, takut mahal
And sy amik dutch choc, TF original, red velvet, coffee and strawberry
Terus g bayar, pergh! RM 30 ! huuu
Takpe, janji Fatah suka

Keluar jeh kedai, cari Fatah, Fatah takde dalam kereta
And tengok-tengok sekeliling tak nmpk pon dia
Takpela, saya tunggu jela dia kat tepi kedai TF, kereta saya pn sebelah kedai je

And nampak je Fatah, terus masuk kereta.
Mula-mula dah nampak Fatah macam sorok-sorok tangan, tapi takdelah perasan apa-apa sebab masa ni ingat nak putus je
Tetiba ....

BUNGA !!!! 

Ahah, Fatah beli bunga
And dia cakap I LOVE YOU lagi
Kussss semangat! cair kuttt.. huuu

:))))))))))
Terus senyum sampai telinga :)))))

And Fatah ajak pegi Wangsa Maju, makan Burger Bakar Seksyen 2 yang gila femes tu
Sy okeh jeh !
Plus, hati saya dah berbunga-bunga niiii haa :)))

Dalam perjalanan, Fatah ceritakan semuanya, drp A sampai Z
Memang dia dah plan nak buat surprise harini kat saya
Memang dia sengaja plan dari awal nak bergaduh dengan saya
Buat-buat taknak tegur
And memang sengaja buat saya sedih supaya surprise dia menjadi

And memang menjadiklah sangat!
huh.
Siap meraung kau depan pintu umah, sabor jelah.

And Fatah memang dah buat satu plan yang sempurna
Dia dah berpakat dengan kawan-kawan saya!
Argh. huhu

Drp mula dia tahu sy ada kat Alamanda
Sebab dia msg Mumu tanya saya kat mana
Padanlah Mumu tetiba msg sy tanya saya kat mana masa saya jalan-jalan kat Alamanda tadi.. heee
And dia ada call Faezah, siap buat plan bagai nak buat surprise kat saya
Dia nak bubuh bunga kat depan pintu sy masa sy naik atas rumah konon kena cari henpon abah yang dia nak pulangkan tu..
Tapi malangnya Fezah harini meeting so plan bertukar
Fatah call Nasriq, (kwn Fatah kat Putrajaya), tanya mana kedai bunga
And kedai bunga ada kat Presint 15 !
Betul-betul sebelah kedai Tutti Frutti !
Ohhh,,itukah sebabnya Fatah ajak makan Tutti Frutti yeee...
Suweett lah mamat ni...eeee. :)

And drp saat ni, semuanya indah-indah jeh :)
Termasuklah terpaksa beratur selama 2 jam untuk makan Burger Bakar pun saya rasa indah
Walapun berpeluh-peluh berdiri 2 jam! Hamik ko..lame benau nunggu

Tu jehlah nak cerita
Kisah betapa bahagianya saya
Kisah betapa romantiknya tunang sy.. err..belum lagi bertunang..insyaAllah ;)

Kat bawah ni nak share gambar jelah ye :)

Enjoyyyyyyyyzzz ! :D

RM 30 !
Kaw Kaw Burger Bakar 

1 km ade kut orang beratur nak beli burger

Penghujung barisan ni tak dapat dikesan kerana terlampau panjangg
Abg yang tukang bakarburger

Yosh abang burger !

Fatah dan triple patties !






Fatah punya patties ! Triple Beef !

Saya punya, double beef with cheseeeee. ^O^

Sumpah sangat terkejut dengan surprise tadi, Terima kasih Fatah! :)



Thursday, March 15, 2012

Kalaulah boleh kan..kalaulah boleh






Mulakanlah dulu ucapan mu itu
Kerna aku wanita,
Aku malu, namun aku sudah pun penat menunggu
Aku perlu dahulu tahu adakah kau benar-benar masih perlukan aku
Kau perlu perlu perlu mulakan dulu


Datanglah kepadaku sekarang
Ku akan laju-laju sambut tanganmu, takkan ku lepas lagi
Tapi sebelum itu, kau mesti katakan dulu
Semua-semua yang kau sudah simpan sepanjang lamanya kita tak "bercinta" ini
Ku ingin dengar, semua-semuanya
Apa yang kau lakukan, apa yang kau sedang rindu, apa yang kau sudah bina, dalam selama kau tutup ceritamu daripada aku
Kerana, sungguh aku punya banyak-banyak benda nak cerita, macamana aku rindu, macamana aku jalani hari-hari aku tanpa mu, bagaimana aku menangis menunggu, dan bagaimana aku terpaksa simpan semua-semua yang aku bisa ceritakan tapi kau tak ada di situ ketika aku mahu bercerita
Jadi cepatlah sayang, kau mulakanlah dulu ucapan mu itu....
Malam ini juga, kau harus mulakannya..

Wednesday, March 14, 2012

Kiranya dia tahu yang aku ............




Kiranya dia tahu yang aku sedang menunggu .......

khabar beritanya dengan penuh kesabaran
senyumannya yang ku sulam dengan titis tangisan
perkhabaran cintanya yang dulu menyalakan gelap malam
rindunya yang mencantikkan hidup yang berharapan





Hanya jika dia tahu yang aku sedang menunggu .........








Saturday, March 10, 2012

Bersabarlah dengan dugaan




Sabda Rasulullah S.A.W :
"Manusia yang paling berat menerima dugaan adalah para nabi , kemudian orang soleh , kemudian orang yang mengikut jejak langkah mereka dan demikian pula seterusnya."
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi)




Setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ranjau hidup 
Ada juga yang menyebutnya cobaan (P.Ramlee style)
Apapun nama yang diberi, dugaan yang datang sentiasa ada hikmah yang datang bersama-sama

Bagaimana cara utk menghadapi dugaan?

1) Sabar.

Bukan setakat bersabar, tetapi harus banyakkan bersabar. Fikiran perlu positif, perlu waras barulah dapat melihat segala-galanya adalah ketentuan daripada DIA. Tiada apa yang datang drp DIA yang tidak baik. Sabar adalah separuh drp iman. Allah sayangkan umatNYA yang bersabar. Percayalah bahawa setiap kesabaran yang dikorbankan ada nilainya. DIA sentiasa bersama-sama kita dalam setiap dugaan yang datang.InsyaAllah.

2) Muhasabah

Setiap dugaan yang datang tentu ada sebab. Saat dugaan datang inilah kita perlu diam bermuhasabah, fikirkan mungkin ada salah dan silap kita di mana-mana atau dengan siapa-siapa. Jika perlu kita minta maaf,kita minta maaf. Jika perlu kita cepat-cepat baiki kesilapan itu, hendaklah kita segerakan. Dugaan datang adalah supaya kita kembali semula ke jalan yang benar setelah lama kita menyimpang. Semoga dengan bermuhasabah, kita dapat menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah

3) Syukur 

Bersyukurlah apabila dugaan datang. Kerana yang pertamanya menandakan Allah sentiasa sayangkan kita. DIA sentiasa buatkan kita teringat pada DIA. Kerana memang sudah lumrah manusia akan kembali mengingati tuhannya ketika mereka dalam kesusahan. Maka apabila dugaan datang, ALLAH mahu kita kembali mengingatinya. Sudah terlalu lama DIA membiarkan kita dalam keseronokan dunia, dan sudah tiba masanya DIA mahu kita kembali ingat pada DIA maka ketika itulah dugaan diturunkan. Ketika ini kita haruslah bersyukur. Kerana sejahat mana pun kita, DIA sentiasa teringat pada kita dan berikan kita dugaan supaya kita ingat pada DIA sama. 

4) Redha

Redha..perlu sentiasa redha dengan ketentuanNYA. Setiap dugaan adalah takdirNYA. Tentu ada sebab. Tiada apa yang diutuskan oleh DIA adalah tidak baik untuk kita. Kita cari hikmah di setiap sebalik dugaan yang datang. Sentiasa positif, jangan kuat melatah. Perlu tenang, redha, dan barulah kita dapat melihat dugaan yang datang bukanlah satu bebanan, tetapi anugerah dari tuhan supaya kita dapat perbaiki kesilapan. Sama-samalah kita menghayati maksud redha, semoga bermanfaat. InsyaAllah :)

5) Berdoa

Yaa..inilah yang kita PALING PERLU LAKUKAN ! Jangan putus berdoa pada DIA. Sesungguhnya DIA lah penyembuh segala luka, segala duka, bukan pakwe,bukan makwe, bukan terletak pada mana-mana manusia. Berdoalah dengan penuh pengharapan, penuh keikhlasan, biar sampai tikar sujud basah dengan airmata penginsafan, itu yang terbaik. Moga-moga dimakbulkan segala doa . InsyaAllah :')




Something to share at 3.33 a.m :)



~✿>> Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...