Saturday, November 19, 2011

Sekolah je cuti, cikgu tak cuti pun



Akhirnya, sekolah pun melabuhkan tirainya
Budak-budak masa ni bukan main seronok sebab tak payah pergi sekolah
Cikgu-cikgu pun dapat rasa seronok sebab dapat bercuti
Tapi seronok untuk 5 minit saja bila Guru Besar bagitau kena datang sekolah jugak minggu depan settle fail and segala macam jenis dokumentasi
Yeah, great sangat

Oh, before that,
Nak bgitahu buat para readers kat sini
Yang sekolah saya, SK Putrajaya Presint 11(2) berjaya mendapat tempat pertama UPSR dalam Putrajaya
dan no. 3 dalam Wilayah Persekutuan !! :D
Alhamdulillah, memang sgt-sgt gembira
Tapi..orang kata jangan seronok sangat
Disebabkan keputusan yang amat cemerlang ini juga saya terpaksa bekerja ketika cuti sekolah selama 2 minggu
Minggu yang pertama, kena settlekan fail and dokumen-dokumen dalam fail panitia
Minggu yang kedua, kena ajar budak Tahun 6 sesi 2012 tuition Sains
Aiyakkk!!
Good sangatt !! T_T

Takpelah, ini namanya pengorbanan
Demi anak-anak bangsa tercinta, guru berkorban
Bila anak bangsa berjaya, mereka juga yang gembira, guru akan lihat daripada jauh dan berbisik dalam hati, tanggungjawabnya selesai :'). Itulah guru.

Tak sia-sia abah paksa saya amik Ijazah Pendidikan
Bukan kehendak saya sebenarnya kerjaya guru ini menjadi kerjaya saya sekarang
Saya terpaksa amik 6 tahun untuk tanamkan dalam-dalam rasa kecintaan pada pekerjaan ini
Kalau dulu tak sanggup berkorban demi anak murid, fikir mahu cuti saja
Sekarang alhamdulillah, saya sudah tidak kisah sangat tentang cuti, yang penting anak bangsa ang amat dicintai :)

Jadi, mari bekerja ketika cuti !
(Still rasa terpaksa dalam rela jugak ni. hoho)




Tata.


0 beautiful judges:

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...