Thursday, February 2, 2012
Counterback entry for you (with love)
Kerana apa aku mencintaimu?
Jika kau mahu jawapannya, maaflah, sampai bila-bila pun aku tidak dapat memenuhi permintaan itu. Kerana aku tiada jawapan untuk itu
Aku sendiri tidak tahu kenapa aku mencintaimu, sungguh, aku tak tahu !
Satu pujangga telah berkata
Jika cinta kerana rupa
Itu bukan cinta, itu nafsu
Jika cinta kerana harta
Itu bukan cinta, itu gila pada kekayaan
Jika cinta kerana suara
Itu bukan cinta, itu keasyikan
Tetapi jika engkau tidak punya punca mengapa kau jatuh cinta
Maka itulah cinta yang SEBENAR !
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan disentuh dengan zahir tangan. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dirasai dari dalam hati..” Pakar Cinta Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 beautiful judges:
Post a Comment