Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Sakit nak demam dan MONJONG

wuuu...
badan tak sihat
tak sukaa...
sebab sume benda tak berselera jadinya
nak shakes pun tak dapat telan banyak-banyak sebab shakes guna air sejuk
(guna air tak sejuk tak best :( )

Well..im home now..
Hujung minggu nih spend kat Banting a.k.a umah mak abah
Last week tak balik so dis week balik lah :)

And next week mak dah siap-siap gitau suruh balik sbb sabtu mak abah nak monjong*
Yang bestnya tahun ini abah nak monjong sate (included nasi impit, kuah kacang and timun) dan jugak popiah. and I can say the best popiah in town abah dah tempah utk monjong kali ini :)

Last year abah monjong nasi ambeng.
Nasi ambeng nih kami tak masak sendiri, kami tempah jeh dari orang kampung kat sini.
Mak abah kalau buat makan-makan sure tempah sebab tak larat nak masak plus boleh juga bagi untung pada orang kampung nih sempena bulan baik nih :)

* monjong ialah adat org Jawa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan. Kami akan berkumpul satu keluarga utk sama-sama masak and agihkan juadah masakan pada sedara-mara dan orang kampung dalam bentuk bungkusan yang akan diagihkan sebelum masuknya waktu berbuka.

Taken from uncle Google. Lebeh kurang mcm nihlah bungkusan2 monjong yang nak diagihkan kat suma org tuh :)


So today I have not planned yet where should I break my fast
Since now, I planned to have my break fast at Putrajaya.
But if my mum and dad allowed me to go back after 8 pm, so I guess I'll stay :)

Until my next entry. daaa ^^,



Sunday, May 15, 2011

Menangis kerana IBU

5 minit yang lalu..
tengok cerita Apa-apa aje FBI..at tv9..
Tak semena-mena mengalir airmata macam budak hilang teddy bear...
Teresak-esak..
Tersedu-sedu..
Sebab topik hari ini berkaitan IBU..

Ada orang panggil ibu..
Ada orang panggil emak..
Ada orang panggil mummy..
Ada orang panggil mama...
Whatever you may called them..
Tujuannya sama..iaitu ditujukan buat seorang yang melahirkan kita, membesarkan kita, menjaga makan minum kita..and orang yang BERKORBAN apa sahaja demi kita :')

Sedih bila tgk FBI pergi PUSAT JAGAAN ORANG-ORANG TUA..
And tengok ramai ibu-ibu tua ditinggalkan oleh anak-anak yang TIDAK MENGENANG JASA !!!
Ya Allah...sebaknya...:'(
Ada seorang ibu tua ni ditinggalkan oleh anak-anaknya kerana anak-anaknya (yang bangang) percaya ibu mereka membawa nasib malang pd mereka..
Wadehek??!
Kesian si ibu merayu-rayu pada anak tidak mahu ditinggalkan kat sana..
Tapi anak-anak pergi mcm itu saja..
Si ibu saban hari menanti..menanti.....dan terus menanti kehadiran anak-anak untuk datang mengambilnya...
Apalah daya si ibu............tiada pun seorang anak yang datang menjemput...
Ya Allah....apalah dosa ibu ini.. ya Allah... :'(
Sedangkan ada satu kisah di zaman Nabi...walaupun ibubapa kepada seorang anak ini telah bertukar sebagai khinzir..anak itu tetap patuh dan bertanggungjawab menjaga si ibu dan bapa..walau dalam bentuk sejijik-jijiknya ibu dan bapa dia...

Sabar jelah....
Zaman makin moden..tapi OTAK makin BODOH pulak...
Nauzubillah...
Semoga perkara-perkara ini tidak terjadi pd sy dan pada kita semua...

KITA HANYA ADA SATU IBU..
DAN SATU AYAH...
HARGAILAH SELAGI MEREKA ADA.. :')

Wednesday, January 12, 2011

Woot ! Woot ! Midnight blue CAR for FREE !!

Selamat hari Rabu sumeorang ^_^
Hari ini sy temankan abah g satu tempat utk beli kereta baru ^_^
Tempat ini terpaksa dirahsiakan krn sebab-sebab tertentu spt di bawah

1) abah nak belikan kereta utk adeq sy and die tak tahu menahu psl beli membeli kete ini (dan sy dah bocorkan pun kpdnya semalam sbb sy tak tahan sabar krn turut same excited. Haiz. Dasar takleh simpan rahsia betol!
2) kerana dia tak tahu kete ape abah nak beli kat dia. Hahahaha!
3) kerana dia dah culik MYVI sy bawak g ronggeng kt UKM. Cish. 1mm calar ko bayar RM30 tau deq ! haha. Keji betul

Canteknyeee bakal kete baru adeq nihh
^_^
Sy yg pilih kaler nih
Kalau bg peluang abah n mak pilih mmg merasa asek-asek kaler silver aje..mcmlah kaler MYVI sy abah yg pilihkan. Huu... Bersyukurlah atleast ade kete kan? :)

Oh..kesian korang eh kene tipu ngn tajuk entry
Hihihihi


Yelah...betollahh dapat FREE
Sbb sume bende abah yg bayar
Installment abah bayar
Tambah spoiler pun abah bayar
Life insurance pun abah bayar
BULAN-BULAN pun abah yg bayar
Kami nih dikira dpt kete FREE lah...hihihihi



Eh eh..bkn ini ketenya.. Cume nak tunjuk kaler midnite blue tuh ape.. Inilah kaler itu ^_^


Sayang gila gila gila gila gila gila kat abah and mak ^_^

TQ for every single thing !! ^_^

Adios.

Tuesday, January 11, 2011

Pagi yang indah tapi bakal hilang kekasih =_=

Assalamualaikum

My beloved bloggers :)
Readers yg tersayang :)
and Fatah terchentasssss :)

Tajuk mcm gempak kan??
Hahahaha
Actually kekasih disebut kat tajuk tuh bukanlah cik Fatah
Ataupun MR.BLOGY sy neh ^_^
( Nak tahu siapa MR.BLOGY? Klik sini )
Ini kekasih saya yang ketiga saya mahu reveal kan..
Miahahaha

Byk betul eh kekasih hati sy..hoho
Kejap Fatahlah (ini ofkos!)
Kejap MR.BLOGY lah
Now apa pulak ?

Okeh
Nak tayang kat korang kekasih hati sy yg ketiga
Haha
Mesti korang pelik kan cemanelah gadis tak cantek (tapi hati baik. erk!) mcm sy boleh dapat ramai sgt kekasih
Ah..jgn byk tanye okeh..jum check out my third very handsome boyfriend ^_^


Inilah kekasih ketiga sy. Tapi ini gamba lame. Skrg dia dah ada mata baru (fortlight). Dah tak pakai da mata biru yg sepet tuh (spotlight)

Gamba mase kenduri kawen sepupu. Mase nih tentu dia rimas sbb asek kena ganggu ngn budak2 kecik.


Okeh. Back to our story
Mulai hari ini, kekasih sy ini tidak akan lagi berada bersama sy selama seminggu
Dia akan dipinjamkan ke tgn adik kesayangan sy krn dia lebih diperlukan di sana sementara menunggu abah mencarikan kereta baru buat adik

Sedih mmg sedih
Bak kata makcik sy, "kak ct tak patah kaki ke takde kete?"
Agak patahlah jugak..sbb takde benda lain yg boleh angkut badan sy yg berat nih merata
Hanya kekasih sy yg baik hati nih jeh yg sanggup mengorbankan dirinya mengangkut sy dan lemak sy kemana-mana shj yg sy kehendaki
Tapi takpelah..
Sbb sy akan bertemu semula dgnnya minggu depan
Moga dia selamat di UKM sana..Ameen :)

Kpd adik,
Sila jaga MYVI ini spt kamu menjaga diri kamu sendiri ye
Dlm surat perjanjian kita td telah dinyatakan 1 mm calar = RM30
So be careful kayh syg... 
Miahahahaha!
Jaga diri baik-baik
Jgn pandu kekasih akak nih laju-laju
Patah pinggang dia karang sbb dia tak biasa bawak org kurus. Haha :p

Adios. 

^_^

Tuesday, January 4, 2011

The best 0101 ever !

Godek-godek folder print screen td maka terjumpelah something yang baru di snap semalam **kalau tak silap
Utk dijadikan entry blog yang baru and terakhir before sy masuk tido dgn tak hengat dunia
Meh jenguk gambo ape yang bagus sgt sampai nak di print screen kan




Korang sila kira menu yang adeq sy tulih di atas
Sesungguhnya itulah semua menu-menu di hari pertama tahun baru 2011 ye sayang-sayang sekalian
Tak silap ade 13 menu yang die tulih tak termasuk dessert iaitu puding kelapa pandan handmade by our lovely mum :)
And mak goreng ayam atas permintaan adeq
So total up sumenye adelah 15 menu .
Dan ini ialah menu utk sehari ! **pheww...
This is the best 1st January date ever
0101 this year is awesome !!!
Mmg gile meriah meja makan dan perut kami anak beranak tahun nie di hari pertama tahun 2011 ini

Thank you mum :)

Adios.

Saturday, January 1, 2011

Sambut Tahun Baru macam sambut Hari Raya !

Korang....
Nak tahu tak?
Today which is 1 Janurai 2011 my mum masak ape utk lunch ?
Jum kite tgk senarai ^_^

1) Nasi impit
2) Kuah kacang
3) Rendang daging (Jawa style!)
4) Tumis lodeh
5) Mihun goreng
6) Serunding kelapa (Jawa style!)
7) Tauhu goreng (ini fav abah :)

Hoho
Nak gambar?


Nasi impit
 Kuah kacang ( Ini my most fav!)

 Tumis lodeh (Ade umbut kelapa dalam nih)

 Ini rendang jawa style (Bau dia sebijik sate!)

 Ini mihun goreng brekfast pg tadi :) Tp sy minum Herbalife shakes utk brekfast :)

 Tauhu goreng. Abah punye fav!

Serunding kelapa. Kaler kuning dan manis :) (Jawa style!)

Okeh korang
Sile mengkecurkan air liur korang yek
Ini cara sambutan family sy
Family anda bagaima..? (ceh...mcm iklan)

Adios.

Friday, December 31, 2010

Tutup tirai 2010



Satu persatu bloggers update entry psl kebangkitan 2011 esok
And sy terus baca dari satu belog ke satu belog tentang pengisian mereka
Kan sy nih kaki penyibuk hal hidup org lain :p
So mmg dah hobby keje asek stalks blog orang tanpa tinggal jejak. *keji kan? hehe.

So and so, tibalah giliran sy pulak nk share cerita sy sejak Janurai 2010 sehinggalah 31 Disember 2010 yang sy rase lebeh byk duka dari sukanya
Hehe..unsur saspen eh
Mmg saspenlah tapi serius 2010 bukan tahun yang baik
Walaupun sy ditemukan dgn FATAH TERSAYANG pd tahun nih, tapi kebahagiaan nih tak cukup nak mengubati segala kisah-kisah sedih sy spjg thn 2010 nih

(Fatah sayang...sorry ye...bukan nak mengimnbas kenangan lame, cume nak tulis sbg ingatan di masa hadapan)

Sy mulakan tahun 2010 dgn sejuta kesedihan dalam hati
Sy mulakan tahun 2010 dgn kesedihan ex sy curang pd perempuan lain
Selama nih, segalanya sy korbankan demi dia, wang, masa, kasih sayang, rindu, kawan-kawan dan sbgnya.
Tapi bila dia keje, semuanya mcm takde nilai pd mata dia
Mcm tuh aje dia tinggalkan sy. Terkapai-kapai.
Call langusng xnak angkat, mesej langsung xnak balas
Korang bayangkanlah, dahlah kami jauh dia di Negeri Sembilan sy pulak Kedah.
Mase tuh kalau gile sy dah satu tahap lagi nak gile
Kawan-kawan byk bantu sy bangun smula
3 bulan hidup sy bagai mayat bernyawa
Hanya tuhan yang tahu

Rentetan dari peristiwa hitam itulah, maka bermulalah segala kisah hitam dalam hidup sy
Sy mudah jatuh cinta
Bukannya jatuh cinta yg serius, tapi cume nak mengisi kekosongan dan kekecewaan dalam hati
Hidup sy tunggang langgang sepanjang tahun ini sehinggalah sy bertemu Fatah :)

Pointer sy pd semester 7 jatuh merundum
Praktikal sy kat sekolah sucks!
Sy menjadi bualan guru-guru di sekolah akibat sifat sy yang dikatakan sombong, tidak bertegur sapa dgn guru-guru lain, hasil tugasan sy teruk, rancangan pengajaran & pembelajaran sy utk murid-murid kabur dan sebagainya.
Guru pembimbing sy yang sepatutnya menjadi org plg rapat dgn sy telah jadi spt musuh dalam selimut dgn menenggelamkan sy dgn pelbagai komen-komen negatif disebarkan ke serata sekolah.
Pada masa nih hanya redha dan sabar aje pd ketentuan Allah
Sy bukannya sombong atau berperilaku buruk, cumanya fikiran sy kacau dgn hal cinta sy yang bodoh tuh dulu
Satu cerita yang sgt bodoh lagi menyesalkan aje bila difikirkan semula. Haiz.

Dan setelah segalanya berlalu, barulah kawan-kawan sy sorg demi sorg dtg bercerita mengenai keburukan ex sy
Mereka sblm nih tak sampai hati nk beritahu sy tentang keburukan ex sbb mereka lihat sy sungguh gembira dgn hubungan yang bodoh itu.
Itulah, org kate cinta tuh buta. Tapi sebenarnya kite yg BUTA bkn cinta

And adelah jgak beberapa lelaki yang datang dan pergi dalam hdup sy sekadar utk mengisi kekosongan hati
Sy beri harapan lalu dgn serta-merta sy musnahkan.
Mungkin sebab dendam. Mungkin sbb sy tak berjumpa dgn apa yg sy cari.
Dan juga adelah beberapa peristiwa sy dipermainkan. Titik hitam di atas tompokan yg sememangnya hitam.
Dan mmg setiap apa yang jadik telah membuat sy makin membenci diri sy sndiri

Sehinggalah pada suatu hari sy bertemu dgn seseorang bernama Fatah :)
Kisah sy bertemu dgn Fatah pun agak menarik, kan sayang? :)
Kisah yang bila korang dgr korang hanya akan sebut sau perkataan, KARMA !
Kalau korang nak tahu sila menyatakan "MAHU DGR KISAH CINTA AWAK" pd ruang komen yang disediakan..and akan dibawakan kpd Fatah utk meluluskannya. :)

Mula-mula susah juga nak terima Fatah nih
Tapi hasil usaha kawan-kawannya yang hampir setiap hari mmberi petunjuk-petunjuk yang menyatakan kebaikan Fatah pd semua org maka hati sy makin hari makin tertarik.
Namun dalam pd itu sy juga harus berhati-hati takut pisang berbuah 2 kali
Dan dari hari ke hari dia buat sy kembali sihat dr sakit yang telah lama tiada pengubatnya
Dia bawa diri sy kembali ke bentuk asal
Dia mengembalikan Dilla yang dulu ceria dan selalu happy
Dia menjadikan Dilla yang serba tak kena hidupnya kpd Dilla yang boleh tersenyjm walaupun byk masalah melanda :)
Dialah segalanya skrg slps Allah dan keluarga sy
Fatah juga telah dtg ke rumah sy dan atleast supaya mak abah sy tahu dgn siapa sy berkawan
Namun soal jodoh kami serahkan segalanya ke tangan tuhan
Kami akan terus berusaha berdoa dan berharap semoga segalanya berjalan dgn lancar
InsyaAllah. Amin

So skrg sy ingin menutup tirai 2010 ini yang penuh dgn sejuta cerita sejuta airmata yg sebenarnya membuatkan diri sy lebeh matang, lebeh bijak menguruskan diri
Manusia belajar dr kesilapan dan sy akan pastikan yang kesilapan lalu tidak akan berulang
Semester 8 telah sy habiskan dgn jayanya dan pointer sy alhamdulillah kembali stabil
Dan akhirnya sy berjaya menamatkan pengajian 5 tahun setengah sy di IPG setelah sekian lama
Alhamdulillah
Ini semua berkat doa Mak Abah dan seluruh ahli keluarga sy, Terima Kaseh daun keladi :)

Selamat Datang 2011 !!
Semoga tahun 2011 menjanjikan sejuta lagi kisah yang baik-baik shj buat sy dan tahun yang akan menjadi saksi bermulanya kerjaya sy sbg seorang pendidik kpd anak bangsa.
Sayalah guru. Tetapi sy bukan lagi lilin yang membakar diri utk menerangi org lain, sy skrg lampu moden yang menerangi semua orang dgn cahaya sy yang tidak akan habis tak spt lilin.
InsyaAllah.

Gambar-gambar sekitar tahun 2010 ^_^
Mereka-mereka yang membawa kegembiraan dalam hidup sy















Wednesday, December 29, 2010

Terima kasih emak ^_^

Semalam mak amik cuti
Bukan sbb mak saket
Bukan sbb mak nk g bercuti
Tapi sebab MAK NAK BELIKAN SY BRG-BRG utk posting.
SEMATA-MATA !! *sayangnyee kat mak :'(. Terharuuu......
Sebab sepatutnya bukak sekolah sy dah mula keje sbg guru
Baik kan mak sy? ^_^
Mungkin kalau mak org lain tuh takde pun nak sibuk-sibuk fikirkan kasut anak nk posting apatah lagi pakaian dalam anak mase anak jauh dari die (tak jauh kut..insyaAllah berkat doa mak :)
Mak belikan sume brg dari kepala sampai kaki. (brg yg penting-penting ajelah. Huhu)

Sy pun takdelah kejam sgt nk begging-begging mcm-mcm dr mak
Mak suh beli 2 pasang kasut, so sy belilah 2
Dia suh sy pilih undergarments 3 helai, so takdelah sy nk mujuk-mujuk beli sampai 7 helai (walaupun dlm hati ade intention nk wat cmtuh tapi tak baguslah kan)
Mak mmg baik
Butalah mata sy kalau esok-esok mak dah tua sy abaikan mak
Nabi sendiri pun sebut nama maknya sampai 2 kali baru abah
Bila mati pun nama sy berbintinkan mak
Bawah kaki mak ade syurga sy :)
So mak is always the best person in the universe after Allah :)

Korg jgnlah fkir "apesal kau bg mak kau belanja kau? Kau kan dah besar?"
Atau "weyh, tak malu ke mak belikan brg-brg nih utk kau sedangkan kau kan bakal ade kerjaya sendiri?"

Mak buat sume nih sbb sy takde duet, kan sy tak keje lg sbb baru abeh belajar
And satu lg sebab bak kate mak, "kak, inilah last mak belikan utk kakak after 23 thn akak bwah jagaan mak, bwh tanggungan mak. After dis akak dah keje dah ade pendapatan sndri, akak pulak lah yang kene beli kat mak".
^_^. Ye mak.
(Teringat kata-kata adeq tempohari yg adeq teringin g melancong ke oversea. Ye dik, insyaAllah akak akan cuba tunaikan. Kite pergi 1 family okeh. Amin :)

So nak gak tampal gamba-gamba yang sempat di grabkan mase dah akhir-akhir Year End Sale kat Bkt Tinggi Jusco nih.
Layan ajelah..

 Byk rembat dalam Padini concept store aje. Vincci, Soda, Guess, Elle.



Handbag :) Brand Guess :)

Jum kawan-kawan, kite SAYANG mak kite lebeh :)

Adios.

Wednesday, October 27, 2010

To somebody that I care so much (1)

Budak sengal. Adeqku, Moon.

Mak and abah x mau senyum tym nih :( Mereka udah penat beraye :( Kg sebelah abah.



Abah dan Emak,
Assalamualaikum...
How are u abah? How are u emak?
Just about 5 hours ago from the phone u told me u both are fine
dan sajeje sy nak tanya abah & mak sekali lagi samada abah sehat ataupun tak
(as well as setiap kali call konfem tanye benda nih walaupun 5,6 kali call dlm satu hari. hehe)
I want to say THANK YOU for everything
From head to toe i want to apologize to any mistakes i did all these while
Jasamu dikenang, sampai mati pun takkan dapat akak balas jasa abah, jasa emak
Segunung intan atau segunung berlian pun x dapat membayar semula semua jasa2 abah dan emak
You sacrifice so much

As for mum, dari dalam perut emak lg akak dh terhutang budi
Emak jaga akak dari dalam kandungan mak, xpernah mak putus bg akak makan, bg akak minum, bg akak zat dari badan mak, akak sedut kalsium mak semata2 untuk pertumbuhan tulang akak, mak sakit gigi, sakit belakang sbb bawak akak and surely u never complained instead mak asyik tersenyum and bersyukur mak ade akak dalam perut. Thats wonderful :) How can i live without u :)
I love u mum ...really :)

As for abah, since akak dalam perut mak abah dh byk berjasa pd akak.
Bila mak x sihat jeh abah akan bawak mak pegi klinik sbb risaukan mak dan akak dalam perut.
Abah x penah lupa schedule checkup akak, abah x penah x bawak mak pegi klinik untuk pastikan kesihatan akak and foremost abah hantar mak g klinik swasta untuk make sure mak deliver akak dgn selesa and akak dilahirkan dgn sempurna dan terjaga dgn rapi. Abah xkisah, abah sanggup bayar beribu sedangkan at that tym kewangan abah bukanlah byk mcm sekarang.
Terima kaseh abah. I love u dad :)

Sejak akak lahir sampailah ke hari ini, abah x penah hampakan akak. Never!!
Part yang plg akak ingat mase akak kecik x sekolah lagi abah and mak ade belikan akak set2 buku tentang ensiklopedia Science yang berharga RM3000 sedangkan ketika itu keluarga kita bukanlah kaya mana. And dat tym akak pun x sekolah lagi, bace pon merangkak2. Dats y akak sgt berminat pd subjek Sains and no matter how its hard, i want to grow up and get job in Science area, xkesahlah keje apepon tp mesti dalam Science area. Alhamdulillah, im going to be a SCIENCE TEACHER in not less than 2 months!  And akak ingat lg akak sgt bangga dlu dlm kelas sbb menjadi satu2nya org yang ade komputer dalam kelas, mase tuh akak baru darjah 1. Akak sgt bangga mase tuh sbb akak boleh print out kan satu "welcoming banner" untuk pintu kelas mase akak darjah 3. Kalau x kerana abah, tentu akak x merasa nikmat nih sume. Akak penah mntak basikal, penah mintak walkman, discman, handphone, digital camera, laptop, kereta dan everything branded from head to toe tapi abah dan emak x pernah TAK BERJAYA TUNAIKAN! Ive got just everything !

So to abah and emak, malam nih akak sgt2 rindukan kamu berdua
Tak sabar nak blk rumah and cium tgn abah dan emak sekali lagi.
I just miss both of u so much!

Adeq,
akak sayang adeq juga
Sayang yang takde satu benda kat dunia pun yang dapat gantikan adeq akak nan sorg nih
Akak sayang sgt2 kat adeq
Adeq jgn nakal2 eh..jage diri baik2
Satu2nya permata hati akak di dunia ini, please take good care of urself

Tuesday, October 12, 2010

Im back after few days

Salam
all my sweet stalkers
dan semua kwan2 yang suke mengintip sy....especially my coursemates.. ha!!!! kantoi dh korg !

Okeh...
untuk info sumeorg..sy telah outstation ke MELAKA
Ulangan sekali lg...MELAKA
di Kg.Paya Datuk, Alor Gajah Melaka.
Untuk bersama2 yang tersyg dalam penyempurnaan Majlis Perkahwinan along Fatah atau nama sebenar Kak Falah :) dan husbandnya abg Man (xtahu nama sebenar..kekeke)
(Kak Falah, bakal kakak ipar..amin..insyaAllah satu hari nanti :)

Byk cerita yang best mase duk umah Fatah tempoh hari
Saya duk kat Bandar Keliru a.k.a Alor Gajah kut...drp hari Khamis mlm sampai hari Ahad malam.
Saya sampai kt A.G Khamis mlm kul 12 (midnite) dan betolak blk at 9 p.m hari Ahad.
Nak tulis sume benda yang jadik mmg xsempat
(sory syg...dan kawan2 sume...AR sy menunggu untuk diedit..hoho)
Lainkali kalau sy ada masa sy akan huraikan setiap peristiwa yang jadik okeh kwan2 ?
huhu.

Sy hanya ceritakan satu benda jeh yg plg best spjg sy kat sane..
Iaitu...

jeng.....
jeng....
jeng.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mestilah masa2 yang ada bersama cik Fatah tersayang :)

dan sy telah bertemu dgn ramai kawan2 Fatah
1) Pokteh Ijaz :)
2) Ghaza syg kamu :)
3) Nur (kazen Naza) :)
4) Otai :)
5) Hamdan 
6) Adik beradik Fatah cthnya Fahmi :), Fikri :), Farah :) n Fatnin :)
7) Sedara2 Fatah spt Mak Long :), Cik Nom :), the great BUSU YANTIE yg kecoh dan sporting habis :), dan lain2 lah... (ramai sgt kut nak list kan sume......hehe)
8) dan yang plg spesel sy dpt jumpe sekali lg dgn LOVELY NAZA :)), LOVELY WANIE :)) & LOVELY AFIK :)). 
I love all of u guys... Thanz alot.

Tapi ini kan kenduri kawen
Rasenye drp seribu jam sy kat sane, sy hanya dpt bersama dia berdua dalam x sampai 5 jam kut
Sbb masing2 busy dgn keje masing2
kebanyakan masa sms dlm phone aje
sbb bukan jeh keje kawen banyak menunggu
tp x manis lah dipandang sume sedara2 Fatah kat sane
Takkan asyik berkepit jeh 24 jam..
Haii..kalah pengantin karang.. hoho

3 kali kami pakai baju warna yg sama
hari pertama hari nikah pkai baju putih sama2..
Fatah pakai bju melayu puteh, sy pun pakai bju kurung moden puteh :)
(tapi x amik gambo same2  lgsung..:( )
Tym nih Fatah dh tuka bju. Haish..sabo jelah.. X dpt tgkap gamba bedua . huhu


hari kedua sanding pakai baju merah sama2
Fatah pkai bju melayu merah menyala2 (sy yg belikan :D ) dan sy pkai bju kurung pesak gantung merah cili
Sy xleh duk kt pintu utama dgn Fatah sbb takut org salah ingat kami lak jdik pengantin..hoho!


Dan hari ketiga masa bersanding sebelah lelaki, kami berdua pkai baju cokelat cair
Dan yang ini mmg xde gambar satu pun...:((
Lupe nak amik...waa !

Ape2pun tahniah buat Kak Falah...
Semoga berbahagiaa hingga ke anak cucu ye kak... :)
Doakan saya cepat2 naik pelamin ye kak dgn adek akak...hehehehehehe <---mode gatay dh tiba!

Nantilah sy update lg berkenaan majlis perkahwinan anak datuk Abdul Kadir nih
5000 tetamu tapi masak sendiri ???!
Memang korg xleh bayanglah betapa BANYAKKKNYIEEEE keje kitorg tuan umah nih before and after majlis... fuhh..!

So sampai sini jelah eh entry sy hari ini..
Sy nak continue buat tesis Action Research sy....
org lain dh hantar tp sy x hantar2 lagi..hoho

PS : x saba nak tunggu video mase Fatah jadik wali nikah tempoh hari. Menitik air mata JANTAN wa cakap luuu... haha . Kan wani manjekk :) ?

PSS : Cinta sama kamu Fatah !

The togetherness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...