Assalamualaikum
kpd sume stalker2 yg disayangi...
Hari ni sy nak bercakap tentang diri saya sendiri. Ade sikit psl Fatah. Ade sikit psl kawan2 sy yang lain. Sbb utk pengetahuan korg sume, saya dh final year skrg kt IPDA. Korg google lah sndri kalau nak tahu ape tuh IPDA. huhu.
Okeh. Mungkin korg xtau yg sy sedang belajar di salah sebuah negeri di utara nih iaitu Kedah dan saya adalah anak jati Selangor. Sy dh 5 thn setengah duduk utara nih. Susah senang saya sbg seorang anak perantauan hanya kawan2 saya shj yang tahu dan sket2 mak abah pon ade tlg. Tapi yelah..sy jenis x suke nak susahkan mak abah bgitahu tentang kesusahan sy duk jauh dr mereka sbb cukuplah mereka bersusah payah berfikir tentang sy dan beri duit belanja bulanan yg sgt2 banyak.
Kalau 5 tahun lepas sy asyik merengek x sabar nak abiskan pengajian ijazah sy kt cni..asyik mengeluh byk asimen..asyik mengeluh letih berkejar2 utk ke kelas..asyik merungut menunggu habisnya masa sy kat sni..tapi skrg keadaan amat2 jauh berbeza. SAYA KALAU BOLEH XNAK TINGGALKAN TEMPAT NIH. Tempat jatuh bangunnya sy kat sini. 5 thun setengah sgt2 byk benda saya lalui dan saya belajar kat sini. Kalau pakwe tuh telah beberapa kali bertukar ganti..tapi kawan2 sy lah yang tetap setia di sisi menjadi pendukung di masa susah, penghibur di masa sedih, peneman di kala sunyi, kawan2 sejati yang tiada boleh dijual beli. Semuanya akan jadi sebuah kenangan yang indah. Satu hari esok saya akan mula merindui saat2 saya bersama2 kawan2. Sedangkan sekarang sy sudah mula rindukan kawan2 saya walaupun masing2 masih ade di depn mata, apatah lagi esok luse bila saya betul2 berdiri keseorangan tanpa mereka.
Oleh kerana itu juga, saya telah berubah menjadi seorang yang sgt2 kuat nangesh. Sy cepat sensitif, cepat sebak dan airmata sgt2 mudah mahu mengalir. Rase ringan jeh airmata nih nak keluar. Bak kata Fatah, "awak bukan dilla yang saya kenal dlu". Fatah, saya adalah dilla yang same yg awk kenal 3 bln lepas, tapi saya sendiri xtahu apa yag dh jadi pd sy. Im a strong girl. I can do everything on my own. Bcause im used to it. I used to stand up alone. No family, no body. Im not that dependent type, saya x suka menyusahkan org lain dan saya x suka org lain berkorban demi sy. Because im just not that type of girl. Campaklah saya ke mana2 pun, janji ade makanan dan sumber air insyaAllah sy masih boleh hidup. Tapi I admit sejak akhir2 nih saya telah berubah menjadi seorang gadis yg sgt2 mudah menangis, nampak lemah, nampak sgt2 bergantung, nampak cepat melatah, cepat mengalah, sy sendiri xtahu kenapa. Berdasarkan sejarah hidup sy yang pelbagai sy harungi, x sepatutnya saya jatuh terjelupuk mcm nih. Mcm org putus harapan, SEMATA2 KERANA SAYA AKAN MENINGGALKAN KAWAN2. Tengoklah dunia..betapa kepentingan kawan2 itu mengatasi segala2nya dalam dunia !!! Jgnlah ego sgt mengatakan yang seorang manusia boleh hidup sendiri. Jgnlah berlagak dengan mengatakan yg awak boleh berjaya tanpa kawan2. Sekaya mane pon kite, segagah mane pon kite, kawan2 tetap diperlukan untuk mengisi perasaan. Kaya dan kegagahan tidak boleh mengisi keperluan kasih sayang, kecintaan, rasa dihargai...sebagainya. Ada banyak sgt2 perkara yang kita akan tertinggal jika kita tidak berkawan.
Malam tadi bergayut dgn Fatah. Dan xtahulah kenapa gatal sgt mata nih nak nangesh jugak. And sbb nangesh nih lah satu perbalahan terjadi lagi. Tp kali nih sy dah belajar dr pengalaman lepas2, TOLONG JGN EGO ! Akui kesalahan. Pujuklah dia sebaik mungkin. Kalau syg jgn lepaskan. Malah tingkatkan perhargaan buatnya ! Lagipun zmn skrg nak carik seorang lelaki yang baik bukan mudah. Fatah dh cukup baik buat saya. Dah tertutp pintu hati sy utk mencari yang lain. Fatah is worth more than a million men in this world. Kesian Fatah. Hari2 terpaksa melayan kerenah manja sy yang x bertempat. Sory syg, saya bukan manja, saya bukan x kuat, saya bukan berubah, tapi sy skrg cepat menangis ! Bak kata Fatah, " tak mungkin awk menangis tanpa sebab". Tapi ye..sy memang menangis tanpa sebab. Saya rase lega dgn menangis. Mcm sume benda yang sedih dpt saya lepaskan dari bahu. Saya akan rase lega dgn menangis. Rase lega dari apa? Rase lega dari memikirkan hal2 yang menyedihkan cthnya memikirkan betapa saya akan tinggalkan kwn2 sy nnti, memikirkan macamana hidup sy jika satu hari Fatah tinggalkan sy, memikirkan macamana kalau sy terpaksa posting jauh dr Fatah dan kluarga..macam2lah dalam kepala sy setiap hari. So menangis dapat melegakan dan meredakan hati yang tertekan.
Saya gadis cengeng. Mungkin itulah perkataan terbaik setakat nih sebab sy kuat sgt menangis. Malam nangis, siang nangis. Kesian mata sy. Tapi sy harap sumeorg x risaukan sy. Sbb sy MASIH DILLA YANG DULU. YANG KUAT MINDANYA. YANG KUAT HATINYA. YANG BOLEH MEMBAWA IBUBAPA KE SYURGA. YANG BOLEH MENCINTAI FATAH SEBAIKNYA. YANG BOLEH MENGHARGAI KAWAN2 SEMAKSIMANYA. SAYA MASIH DILLA YANG DULU. ^___^
2 beautiful judges:
T.T~~~
hye paan syg :))
Post a Comment